LFDW - Chapter 38

1.3K 143 3
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Xavier dan Xander saling memandang antara satu sama lain. Masing-masing melihat rumah berdua tingkat yang mempunyai design kolonial bergaya Amerika itu.

"Kita tak salah alamat kan?" ujar Xander. Xavier pula hanya menggelengkan kepalanya. Dia dah empat kali double check alamat itu sebelum jalan dan dia yakin mereka tak salah tempat.

"Apasal aku tengok rumah ni macam familiar je," kata Xander lagi. Dia bagaikan tidak percaya apabila mendapat tahu yang keluarga Hazel berpindah di rumah yang pernah Kris dan keluarganya tinggal dahulu.

"Jomlah balik," kata Xavier. Xander memandang abangnya dengan riak muka yang tak berpuas hati.

"Kenapa pula?kita dah sampai takkan nak balik,"

"Kau tak nak ikut aku tak apa. Aku boleh balik sendiri," Xavier yang baru ingin menghidupkan enjin motorsikal berkuasa tingginya dihalang oleh Xander.

"Eh kejaplah. Hayden suruh kita datang lepas tu kita dah janji datang pula tu. Jomlah pergi takkan kot kau takut rumah ni berhantu pula," Xavier memandang tajam ke arah adiknya.

"Betul lah apa yang aku cakap ni," kata Xander lagi. Dia hanya menghiraukan pandangan abangnya.

"Ni yang aku malas dengan kau mesti nak kaitkan keadaan dengan hantu. Jomlah jalan sebelum aku pekakkan telinga aku ni baik kau yang masuk dulu,"

Xander tersenyum tetapi lebih kepada senyuman mengejek.

"Penakut gilerr kau ni,"

"Diam lah!aku suruh masuk pergi jelah ni banyak mulut pula,"

"Nak marah aku pula. Kalau kau nak sangat kau yang pergi dulu, pergilah jelah tak ada siapa pun yang nak halang,"

"Kalau macam ni baik aku pulang daripada nak dengar kau punya songeh lagi malas aku nak berdiri lama depan pagar ni,"

"Okey fine aku masuk. Eee...abang jenis apa lah macam kau ni. Penakut tak bertempat," kata Xander yang sempat lagi menyindir Xavier. Xavier pula hanya memberikan jelingan padu.

Hayden yang baru ingin menuju ke tingkat atas terpaksa membatalkan niatnya apabila terdengar loceng rumah berbunyi.

Dia lantas membuka pintu rumah dan sempat berdoa agar bukan makhluk lain yang datang.

"Fuh!nasib baik korang yang datang," Hayden mengusap perlahan dadanya. Xavier dan Xander pula yang berasa pelik.
Apasal dengan dia ni macam baru lepas jumpa alien pun ada. Bisik hati Xavier.

"Nampak macam kau ada takutkan sesuatu. Kau okey ke tak ni?" kata Xander apabila dia seperti menyedari ada sesuatu yang disorokkan oleh Hayden.

"Kalau aku ceritakan kamu percaya ke tak. Aku rasa mesti korang gelakkan aku dan kata cerita aku ni mengarut dan sangat merepek,"

"Cerita jelah. Mengarut ke merepek itu tak penting. Yang penting sekarang ni kau kena ceritakan kenapa kau seperti ada sesuatu sorokkan dari kami?" ujar Xavier. Xander pula menganggukkan kepalanya, menyokong kata-kata abangnya.

"Tadi masa aku-" belum sempat Hayden memghabiskan kata-katanya Hazel sudah memanggil namanya. Xander dan Xavier terus mengahlikan pandangan mereka ke arah Hazel.

Tak silap aku perempuan ni lah yang hampir aku langgar tempoh hari.

Mata Hazel dan Xavier bertemu. Kedua-duanya saling berpandangan dengan pandangan tajam.

Tak sangka dunianya ni kecil. Aku nak tarik balik kata-kata yang pernah aku cakap nak kirim salam dekat adik Hayden ni. Bisik hati Xavier dengan geram.

Xander tersenyum ke arah Hazel. Dia melambai-lambaikan tangannya ke arah gadis itu dengan senyuman yang sentiasa lekang di bibirnya.

Hazel menuju ke arah Hayden dan hanya menghiraukan pandangan Xavier. Sememangnya dia pun sangat terkejut dengan kehadiran Xavier iaitu abang Xander. Dia masih kenal siapa Xavier begitu juga dengan Kris tetapi dia hanya berlakon seperti tidak tahu apa-apa.

"Hazel, this is my friend Xavier and Xander. I know you and Xander already know each other so Xavier this is my sister, Hazel."
ujar Hayden dan dia tahu yang Hazel seperti tidak suka akan perkenalan Xavier itu. Dari riak muka adiknya pun dia sudah tahu.

Xavier menghulurkan tangannya ke arah Hazel. Dia tersenyum manis namun dalam hatinya terukir senyuman sinis. Hazel menyambut huluran itu tetapi hanya sesaat dia menarik kembali tangannya. Bibirnya pula langsung tiada senyuman yang terukir membuatkan Xander berasa pelik.

"Eh guys semalam korang ada tengok drama tak berbayar ke yang perempuan tu hampir buat nyawa seorang biker tu melayang. Dahlah perangai dia mengalahkan witch," kata Xavier yang penuh pada sindiran. Hazel sudah mengepal buku limanya.

"Macam best pula tu tapi mana pula datang drama tak berbayar ni bro?" kata Hayden.

"Pernah tak kau jumpa orang berlakon depan kau. Itulah namanya drama tak berbayar," balas Xavier. Dijelingnya sekilas Hazel yang sudah menahan geram mendengar sindiran itu.

"Best drama tu saya pun ada tengok juga. Tapi saya tak berapa suka dengan biker tu sebab perangai dia mengalahkan iblis. Perempuan tu dah minta maaf tapi biker tu yang mengada. Terserlahlah bangang si rider tu di sana," balas Hazel dan tersenyum bangga dapat mengenakan Xavier.

Xander menepuk tangannya. "Baru dengar cerita pun aku dah rasa rider tu memang bangang," kata Xander membuatkan Xavier bertambah geram.

"Korang berbual lah dulu. Saya nak ambil angin dekat luar takut ada orang makin panas pula," Hazel tersenyum ke arah Xander dan Hayden tetapi menjeling apabila pandangannya terhenti kearah Xavier.




Enjoy🍀

Don't wanna talk too much but thanks for whoever that read my story💚you guys are so awesome!ILY😁😘

ʟᴏᴠᴇ Fʀᴏᴍ Dɪғғᴇʀᴇɴᴛ Wᴏʀʟᴅ ✔ [Completed]Where stories live. Discover now