EYRUL 11

1.2K 84 101
                                    

SEORANG perempuan  yang sedang mencangkung membuat sesuatu yang mencurigakan diperhatikan Eyra.

Perasaan ingin tahunya membuatkannya bertindak mendekati perempuan itu.

"Adik!Adik buat apa ni?"

Eyra begitu kalut dan terkejut apabila mendapati perempuan itu sedang menoreh tangannya.Tidak dapat Eyra bayangkan kesakitan tersebut.

Yalah! Sedangkan tangannya yang terkena percikan minyak pun sudah sakit,apatah lagi tangan ditoreh.

"Hah,alang-alang tu bunuh lah diri sekali.Bodoh agaknya adik ni"

Dia mencebik kerana perempuan itu hanya diam dan menggerakkan-gerakkan badannya ke depan dan ke belakang dalam keadaan mencangkung lagi.

"Huh,gila agaknya," kata Eyra perlahan.

Tiba-tiba perempuan tersebut berpaling ke arah Eyra dan Eyra menapak ke belakang apabila perempuan itu memberikan senyuman psiko sambil menoreh pula pipinya.

Kesakitan di tangannya dilupakan.Yang penting sekarang situasi di hadapannya.

"Shit!"

Eyra lari lintang pukang sambil mencarut kerana perempuan tersebut pantas mengangkat pisau lipat di tangannya lalu menjerit memandang dirinya.

"Tolong!Ada Zabed 2.0 kejar aku!" jerit Eyra nyaring.

Perempuan di belakangnya tergelak-gelak.Sah,gila!Eyra putus harapan apabila melihat perempuan itu tidak penat mengejarnya.

"Wei adik!Janganlah kejar akak!"

Harapan supaya perempuan itu berhenti mengejarnya tinggi menggunung tetapi hanyalah sia-sia.

Akhirnya,Eyra terjatuh menghimpap lengannya yang luka dan dia tidak berdaya lagi kerana kepenatan.

Dia hanya mampu redha dan memejamkan matanya bersedia untuk ditikam.

"Woi!"

Jeritan garau seorang lelaki menyebabkan Eyra membuka matanya.Kelihatan lelaki itu memarahi perempuan gila tersebut.

"Hei budak!Pergi balik!Menyusahkan orang aje!"

Budak perempuan itu akur dan segera melangkah pergi.Eyra yang lega cuba membangunkan diri tetapi lengannya terlalu sakit.

"Eh akak ni Abang Airul punya bini kan?" soal lelaki muda itu.

Eyra hanya mengangguk tetapi hatinya mengutuk lelaki itu.

"Ei budak ni!Aku terbaring macam ni kau sibuk dengan laki aku!"

Lelaki itu mencangkung dan menolong Eyra bangun.

"Ahhh!"

Sakitnya!Macam dihembap lori balak!Pedih.

"Kak tangan akak patah ni"

"Patah?"

"Ya,patahlah.Akak ada dengar saya cakap tangan akak tercabut ke?" perli lelaki itu.

Gadis itu diam tak berkutik.Entah-entah lelaki ini pun gila!Dia tanya sekali lagi sebab nakkan kepastian!

"Nak pergi hospital jauh.Jom balik rumah saya dulu"

Lelaki itu tersenyum apabila melihat Eyra yang masih diam.

"Jangan risau.Mak,ayah,adik beradik saya semua ada.Saya bawa akak balik sebab abang saya doktor.Dia boleh tolong," terangnya.

"Okay,tapi takkan nak naik motor awak ni"

House Husband(EYRUL) ✅Where stories live. Discover now