4 TAHUN KEMUDIAN...
VENICE , ITALIPENING kepala Chorong melihat rumah yang bersepah itu.
"Kim Choyeon ! Kim Junho !" Sekali panggil sahaja , kembar itu sudah berada di hadapannya.
"Eomma...." Meleret sahaja mereka memanggil Chorong.
"Apa ni ?"
"Daddy Kyun !" Chakyun yang baru mahu hendak minum itu tersedak.
"Tuduh ! Tuduh ! Mana ada noona..." Haih , anak buah dengan pak cik sama sahaja.
"Kemas rumah. Now ! Malam ni dah nak flight !"
"Kita boleh jumpa appa ke eomma ?" Soalan itu membuatkan Chorong terkaku dan Chakyun tersentak. Chorong melutut dihadapan kedua anaknya itu.
"Maybe ? Kita tengok keadaan ya sayang ?" Dahi kedua anaknya dikucup sayang. Air matanya jatuh dan dia berlalu. Choyeon memegang air yang berada di pipinya. Chakyun memandang Choyeon pelik.
"Eomma nangis." Chakyun terdiam. Noona nya masih belum kuat.•••••||•••••
SEOUL , SOUTH KOREA
"NOONA , tu. Kemeja noona." Chakyun membetulkan kemeja Chorong yang terselak menampakkan bahu putih Chorong. Pakaian noonanya kali ini sangat kasual. Mesti orang tak percaya yang Chorong itu anak dua sebab muka noonanya baby face !
Yang membezakannya hanya rambut. Noonanya dengan rela hati memotong rambut panjang pada paras bahu. Wanita itu terlalu berharga untuknya.
"Choyeon , Junho ! Jangan lari !" Chakyun menggeleng. Selepas tiba di Korea , Chakyun terus mengheret Chorong ke pusat membeli belah. Jakun sekejap.
"Cho—Yeon !" Choyeon yang sudah jatuh terduduk itu di tarik. Satu badan Choyeon dibelek membuatkan Junho terkebil-kebil.
"Kan eomma kata jangan lari. Janganlah degil. Kalau jadi apa-apa tadi macam mana , Kim Choyeon ?" Choyeon menunduk.
"Noona , sudahlah. Dia bukan sengaja pun." Chorong memeluk Choyeon.
"Jangan buat eomma risau."
"Mianhae , eomma..." Chorong membantu anak gadis itu bangun.
"Encik , saya mintak maaf bagi pihak anak saya. Maafkan—"
Chorong hilang kata melihat pasangan yang berada di hadapannya. Dia salah tengok ke ? Tangan Kayoon erat di lengan Junmyeon. Mereka bahagia , Chorong. Mereka bahagia tanpa kau !"Maafkan anak saya. Jom , Choyeon." Junho mendapatkan adik dan eommanya.
"Yeon ah , sakit tak jatuh ?"
"Eomma , oppa tanya soalan bodoh !" Chakyun memandang Junmyeon tajam sebelum mengikut langkah noonanya. Junmyeon memandang mereka tidak berkelip. Siapa kanak-kanak itu pada Chorong ? Anak saya ? Anak siapa ? Kayoon menepuk bahu Junmyeon.
"Oppa , okay ?" Junmyeon mengangguk perlahan. Kayoon mengetap bibir. Rasa bersalah mula bersarang di hati. Dia telah bersubahat dengan eommanya demi kepentingannya. Dia memfitnah Chorong. Dia memburukkan Chorong. Dia buat Junmyeon benci Chorong. Dia buat orang yang tidak bersalah terseksa. Maafkan saya , Chorong...
YOU ARE READING
[C] Hurts Because Of You // SuRong
Fanfic{ 2nd Fanfiction } 3 tahun menunggu cahaya mata , akhirnya Chorong mengalah. Dia tidak mahu lagi lelaki itu mengharap padanya. Pn Kim , eomma pada Junmyeon tidak habis-habis meminta Junmyeon kahwin lagi. Hatinya sakit tetapi demi kebahagiaan Junmyeo...