berambus ;
kehadiran kau sesungguhnya menyemak,
dunia bagai meletakkan matanya pada wajah kau jelek,
kau bersuka ria ibarat diundang--
sedangkan satu dunia membenci,
kehadiran kau tiada siapa undang.
nyah kau ;
nyah kau dari sini,
mulanya dia juga membenci,
entah racun apa yang kau suntikan,
ibarat merasuk tubuh yang suci,
juga dijadikan dia tidak suci lagi.
kau sememangnya saitan dari neraka ketujuh.
semak.
usah kau berdekatan lagi, nyemak.
semak sememangnya semak.
aku membenci kau,
tidak kerana aku membenci kehadiran kau pada awalnya.
racun
dia lebihkan kau,
dia sayangkan kau,
dia pedulikan kau,
dia tinggalkan aku, kerana kau.
racun apa yang kau berikan--
tikus? lipas? bomoh apa?
ingat,
sememangnya kau tidak akan bahagia lama.
ingat,
sememangnya satu dunia membenci kau sudah lama.
ingat,
satu dunia membenci,
tidak kerana kehadiran kau pada awal lamanya.
YOU ARE READING
Si Dia.
PoetryHanya sang penulis yang tahu segala maksud isi puisi ini ; benci, cacian, makian. . Untuk meluahkan segala isi kandungan perasaan semua diatas, melalui puisi ini.