CHORONG terburu-buru masuk ke dalam rumah agam besar itu. Tempoh yang diberikan Chakyun sudah tamat. Dan sekarang , dihadapannya sudah berkumpul keluarga Junmyeon , Kayoon dan juga rakan-rakannya.
"Chakyun !" Chakyun berpeluk tubuh memandang Chorong.
"Explain it. Now." Chorong meneguk air liurnya kesat.
"Jangan macam ni , Kyun. Noona merayu sangat."
"Sampai bila ?!" Terhinjut bahu Chorong.
"Kyun tak boleh noona. Kyun tak nak tengok noona terseksa lagi."
"Benda dah lepas , Kyun."
"You got that point ! Sebab benda dah lepaslah Kyun suruh noona berterus terang. Susah sangat ke ?!" Yang lain hanya melihat perbalahan adik beradik itu.
"No , Chakyun. Noona tak boleh."
"Okay , fine ! Let me do it !" Chorong sudah berair air matanya. Lengan Chakyun dipegang."Nak tahu kenapa noona saya bawak diri ?"
"Park Chakyun !" Chakyun tersenyum sinis. Kali ini , memang dia takkan bertolak ansur.
"Sebab ahjumma." Pn Kim sudah menunduk. Dia tahu salah dia.
"Eomma ?" Pn Kim masih tertunduk.
"Dia pergi bawak diri atas permintaan ahjumma sendiri yang tak nak dia ada masa majlis tu."
"Geumanhae , Park Chakyun !!" Chorong memandang Chakhyun.
"Cukup , Chakyun. Cukup... Noona dah penat , Kyun. Tolonglah !" Dia terus terduduk.
"And you want semua pandang serong pada noona ? Yang lari dengan lelaki lain. Macam tu ke noona ?! Nama noona dah buruk tau !" Chorong diam tidak berkutik. Choyeon memeluk Bomi ketakutan. Junho pula berpeluk tubuh sahaja. Lagak sudah besar sangat."Yes ! Eomma yang suruh Chorong pergi tapi kalau eomma tak suruh pun , Chorong tetap akan pergi untuk kebahagiaan Suho ! Cho...Chorong tak nak Suho terseksa sebab Chorong ! Chorong nak tengok Suho bahagia ! Chorong tak mampu bagi Suho anak..." Dia mengalirkan air matanya. Junmyeon meraup wajahnya.
"Gambar tu ?" Chakyun tersenyum sinis. Dia menolong Chorong bangun.
"Ya. Itu kami berdua. Saya yang jaga noona selama 4 tahun ini. Masa dia mengandung , saya ada dengan dia. Masa dia lahirkan pun saya yang ada dengan dia. Anak-anak dia membesar dihadapan mata saya. Dan gambar tu diambil masa noona baru mengandung 5 bulan." Kayoon menunduk bila Chakyun memandangnya."Noona dah banyak terseksa. Tengok orang yang dia sayang , bahagia tanpa dia." Junmyeon melangkah kearah Chorong dengan wajah merah. Terus sahaja Chorong ditarik masuk ke dakapannya. Dia mahu Chorong berada di dalam dakapannya.
"Mianhae..."
Makin teresak-esak Chorong di dalam dakapan Junmyeon itu.Chorong diam tidak membalas pelukan itu. Dia hanya melepaskan tangisannya sahaja.
"Mianhae... Jeongmal mianhae...."
Junmyeon mengusap belakang Chorong perlahan. Dia menolak sedikit tubuh Chorong untuk melihat wajah wanita itu.
"Kenapa Chorong ? Kenapa awak buat semua ni ?" Chorong mengesat air matanya.
"Saya nak awak bahagia , Suho. Saya tak nak awak terseksa. Awak...bahagiakan ?"
Junmyeon menahan sesak di dada. Arghh , apa yang dia dah buat ni ?
"Tu. Betul anak saya?" Chorong terdiam. Apa Junmyeon cakap ni ?
"Awak cuba nak pertikaikan anak kit—saya ke Suho ?" Junmyeon terdiam.
"I know you hate me because of this. Bodohkan saya ? Tunggu awak macam orang gila tahu tak ? Awak ingat saya patung ke , Suho ?!"Jelas Chorong seperti dalam keadaan tidak terurus ketika itu.
"Dia anak kita Kim Junmyeon ! Saya mengandungkan mereka 1 minggu lepas saya sampai dekat Venice ! Awak ingat saya ni apa ? Pelacur ke , Suho ?!"
Junmyeon terdiam.
"Murah sangat ke saya di mata awak , Suho ? Saya isteri awak , Suho. Mereka anak kita dan awak...awak pertikaikan semua ni macam salah saya !" Turun naik dada Chorong menahan amarahnya.
"Unnie..." Bomi merapati Chorong lalu bahu Chorong dipeluk erat.
"Salah ke unnie nak bahagiakan orang sekeliling unnie , Bomi ? Salah unnie ke semua ni berlaku ? Salah unnie ke Bomi ?" Bomi menahan air matanya dari mengalir. Wajah Hyunmi yang sedang berdiri di sebelah Junho di kerling dan Bohyun yang nyenyak tidur di dalam dukungan Baekhyun itu dipandang.
"Awak nak hina saya tak apa , Suho. Tapi jangan sesekali kaitkan anak-anak saya dan pertikaikan kehadiran mereka ! Sakit yang saya rasa sekarang semuanya sebab awak sendiri. I'm hurt because of you !" Jatuh terduduk terus dia disitu.
"Saya mengandungkan mereka tanpa awak. Saya lahirkan mereka tanpa awak. Dan saya besarkan mereka tanpa awak. Awak tak pernah fikirkan macam mana keadaan saya ?"Junmyeon memandang Chorong.
"Saya—"
"Kalau ini saja jalan yang ada , baik. Saya terima." Chorong mendongak memandang Junmyeon tajam.
"Ceraikan saya."
"Sayang..."
"Don't call me that if you loving someone else , Kim Junmyeon."
Tegas suara Chorong saat itu. Semua memandang Junho yang berdiri tepat dihadapan Junmyeon. Choyeon turut mengikut langkah abangnya.
"Eomma dah banyak menangis sebab appa. Eomma sekali pun tak pernah cakap buruk pasal appa. Tapi appa selalu buat eomma nangis. Appa jahat !"
Choyeon memeluk kaki Junmyeon.
"Eomma kata , sejahat mana appa , appa tetap appa kami tapi...kami lebih sayangkan eomma. Eomma yang sentiasa bersama kami. Maafkan kami kalau kehadiran kami tidak menyenangkan appa." Semua terdiam. Umur baru 4 tahun tetapi berfikiran luas."Ceraikan saya , Suho. Saya tak boleh. Saya betul-betul dah penat. Chakyun... Tolong noona , Kyun..." Tangan Chakyun dipegang. Air mata masih merebes keluar. Kayoon mengetap bibir. Tidak. Dia tidak boleh membiarkan perkara ini berlaku. Dia bangun dari duduknya. Pn Lee sudah menarik-narik tangan Kayoon supaya duduk semula.
"Tak ! Jangan ceraikan Chorong unnie. Chorong unnie tak salah !" Semua memandang Kayoon. Pn Lee turut bangun dari duduknya.
"Apa Kayoon buat ni ?"
"Ceraikan Kayoon. Kayoon yang salah."
"LEE KAYOON !!" Kayoon mengigit bibir bawahnya.
"Kayoon dah penat eomma. Apa eomma dapat bila hancurkan keluarga orang ? Boleh kembalikan appa balik ke eomma ?"
Pn Lee mengetap bibir. Pn Kim dan Tn Kim berpandangan.
"Kayoon ? Apa ni ? Apa yang jadi ?"
"Gambar-gambar Chorong unnie tu , semua kerja eomma Kayoon. Dia nak balas dendam sebab appa Kayoon mati. Kemalangan appa. Eomma masih tak berpuas hati. Dia cuma berpura baik je dan Kayoon... Kayoon mintak maaf. Kayoon terpaksa.""Jangan merepek , Lee Kayoon."
"Kayoon tak merepek !! Eomma nak Chorong unnie dengan Suho oppa bercerai supaya harta Suho jatuh pada anak Kayoon. Tapi Kayoon tak mengandung ! Dan Kayoon tak layak kandungkan anak Suho oppa. Lagipun , Kayoon makan pil perancangan." Chorong terkedu. Junmyeon pula terdiam. Masing-masing tidak dapat bersuara.
"Tolong eomma... Tolong jelaskan semuanya ? Kayoon tak sanggup , eomma. Runtuhkan rumah tangga orang , tak pernah ada dalam list hidup Kayoon."
"Tapi kau dah buat Kayoon." Kayoon memandang Eunji.
"Betul. Kayoon dah buat dan semua tu kesilapan. Kalau boleh , Kayoon akan betulkan semuanya dari awal lagi. Tapi...Kayoon takut semua tu akan keruhkan keadaan. Anak-anak oppa tak salah. Mereka memang anak oppa. You can't doubt about that. Kayoon mintak maaf.""Kau memang tak sedar diri Lee Kayoon !!" Pn Lee mula naik hantu. Dia memandang semua disitu tajam.
"Baik !! Biar aku bongkarkan semuanya !! Anak tak guna !!" Badan Kayoon dipukul berkali-kali membuatkan Chakyun tidak senang duduk.
"Cukup , ahjumma !!" Semua memandang Chakyun.
YOU ARE READING
[C] Hurts Because Of You // SuRong
Fiksi Penggemar{ 2nd Fanfiction } 3 tahun menunggu cahaya mata , akhirnya Chorong mengalah. Dia tidak mahu lagi lelaki itu mengharap padanya. Pn Kim , eomma pada Junmyeon tidak habis-habis meminta Junmyeon kahwin lagi. Hatinya sakit tetapi demi kebahagiaan Junmyeo...