❌ČHĂPŤEŘ 1❌

20 4 0
                                    

"Baby, terima kasih bawa i keluar jalan-jalan pusing sekitar bandar malam ni. It such a great date i ever had you know" Hani mendepakan tangannya bersama senyuman keriangan.

"Your welcome sayang. I dapat bonus gaji kelmarin. Jadi hari ni I decide nak bawak you spend time. Hanya kita berdua"

Chen mencubit hidung kekasihnya Hani. Manja sungguh mereka berdua malam ini. Hani tergelak kecil lalu meletakkan kepalanya melentok di lengan Chen.

"Jom balik sayang. I penat la. Esok kita jalan-jalan lagi ok ?" Chen cuba memujuk kekasih hati untuk pulang dan berehat.Riak wajah Chen tak ubah seperti orang yang kepenatan bersenam. Berjalan di pusat shopping complex daripada jam 10 pagi hingga 10 malam .

Hani membuat mulut muncung seperti itik. "Alaa.. tak nak. Awal lagi ni"

"Ok.. kita nak pergi mana pulak ni ?"balas Chen.

"Haa kita ke sana"Hani menunding jari telunjuknya ke arah dataran yang terdapat banyak lampu warna-warni. Tempat tersebut merupakan tarikan orang ramai. Lebih-lebih lagi orang yang suka melepak larut malam.

"Baby ambikkan gambar I boleh?" kata Hani dengan nada manja. Dia sudah berdiri terpacak di tepi tiang elektrik dan badannya dilimpahi dengan cahaya berwarna-warni.

Setelah selesai bergambar,Chen minta izin daripada kekasihnya untuk berehat di bangku.

Chen memilih bangku yang agak jauh daripada pemgunjung lain dan suram kerana tiada lampu yang menerangi di kawasan itu. Bangku itu berhadapan dengan tasik. Waktu siang kawasan itu selalu di penuhi orang. Tetapi waktu malam, tempat itu nampak begitu seram.

"Sayang. Duduk sini" lirikan manja dan senyuman nakal terukir di bibir Chen.

"Kejap. I rasa angle ni tak lawa" Hani mengubah kepada pose 'peace'. Untuk kesekian kalinya. Berapa puluh gambar yang ditangkap semuanya sama. Angle, senyuman dan pose yang sama.

Chen mula bosan. Fikirnya malam ni dia mahu lebih ekstrim. Hanya dia dan Hani sahaja. Chen cuba memikirkan helah apa yang sesuai untuk gadis naif seperti Chen. Hah!. Chen memetik jari.

"Sayang,boleh picit bahu I tak. sakitlah" Chen mengerang lembut.

"Huh? Baby sakit?" Hani memasukkan telefon bimbitnya ke dalam kocek seluar. Dia terus berlari anak ke arah Chen. Dia duduk di sebelah Chen.

"Sakit dekat mana ?" Hani gelisah. Ha sudah. Macam mana kalau Chen pengsan. Macam mana dia mahu pulang. Bandar ini sangat asing bagi dia. Macam mana pulak kalau dia kena hantar Chen pulang ke rumah. Masaklah dia kalau isteri Chen tahu yang dia merupakan kekasih gelap Chen.

"You kenapa nampak gelisah ni?" Chen mencium lembut jari jemari Hani.

"I takut..." Hani memandang bawah. Kaki yang bersarung kasut Converse berwarna merah bergerak menguis pasir dengan manja.

"You takut apa ? I kan ada. Jangan takut" kali ini Chen mengelus lembut jari jemari Hani untuk cuba menenangkan Hani. Dia tahu apa yang Hani takutkan. Hani takut kalau Chen memilih Hani berbanding dengan isteri tua kerepot yang menunggu ajal tu. 

Dia juga takut. Tapi nak buat macam mana. Kalau hati dah dimilik oleh Hani. Dia perlu laksanakan hasratnya.

Hani mendongak.
"I.. I-I takut ARGGGGHH"

Ada tangan misteri melingkar di leher Chen.

"Sayang tolonggggg" Jerit Chen sambil cuba melawan.

PRAP! Sekali kilas sahaja leher Chen patah. Automatik nyawanya sekali terbang melayang.

"BABYYYY"

Tinggal Hani yang menggigil ketakutan. Matanya terbuntang luas. Dia tak nampak apa-apa. Yang dia nampak tangan manusia disarung dengan glove berwarna hitam dan bertopeng  sudah bunuh kekasihnya Chen.

"Shhh" satu suara entah datang daripada mana. Yang pasti suara itu amat dekat dengan telinga Hani. Dia dapat merasakan ada dengusan kasar menyapa telinga dia.

"Tolongg... siapa pun kamu. Jangan bunuh saya" rayu Hani meminta dirinya dilepaskan. Kedua tangannya dirapatkan.

Si pembunuh tersenyum sinis. Kalau gadis ni minta untuk dilepaskan kepada anak kecil mungkin 'YA'. Baginya, bukan senang si pemangsa boleh lepas daripadanya. Kerana dia bukan orang biasa yang punya hati perut, simpati, empati.

Semuanya kosong.Dia seorang yang kejam.Memburu dan membunuh merupakan hobi. Dan dia tidak akan pernah gentar. Sama sekali tidak.

Sebilah pisau yang tajam. Baru diasah dibawa keluar daripada poket hoodie nya.

"Shh.." arahan yang diberi buat kali kedua. Hani berhenti menangis. Di mendongak ke arah si pembunuh. Walaupun dalam keadaan gelap. Hani dapat merasakan bahawa suara itu datang daripada arah bertentangan dengannya.

Sebilah pisau diletakkan di dahi turun turun ke kening di sebelah kiri, kemudian ke hidung dan berhenti di bibir mungil Hani. Seketika kemudian pisau itu bergerak lagi dan destinasi terakhirnya ialah di leher Hani.

Miran menelan air liur dan dia tidak mampu membuat sesuatu. Kelat ! Dia tahu, ini adalah saat terakhir dia hidup.Chen sudah pun mati dengan tragis. Kalau dia mati dia akan berjumpa dengan Chen. Di alam lain. Jika bukan takdir dia untuk kahwin dengan Chen pada hayat ini. Mungkin pada hayat akan datang dia pasti akan mencari Chen.
Hani memejam mata serapat mungkin.

"Excuse me sir. Apa yang awak tengah buat ni?" Soal lelaki dalam lingkungan 60-an. Mungkin penjaga kawasan tersebut. Lampu suluh dihala tempat ke arah si pembunuh. Begitu juga Hani yang sudah banjir dengan air mata.

"Oh My Gosh. What the.." Lelaki tua itu menyuluh di bahagian kakinya pula. Dia rasa dia terpijak sesuatu lembut. Macam buah jambu yang jatuh ke tanah. Tetapi bukan. Rupa-rupanya mayat Chen. Dia terpijak bahu Chen.

Mulut lelaki tua itu berketar. Dia mahu mengungkap sesuatu tetapi tak keluar dek kerana perasaan takut yang teramat menyelubungi dirinya.

ZAP!

Sekali hayunan sahaja. Leher lelaki tua itu terus mengalirkan hemoglobin. Dia tidak dapat berbuat apa-apa. Sekelip mata sahaja. Dan dia jatuh ke tanah. Buat kali kedua tusukan pisau lebih dalam memotong urat leher. Putus urat leher maka putus juga nyawa daripada jasad lepaki tua itu.

Si pembumuh menoleh ke belakang. Dia perlu membunuh gadis tadi.Hani sudah menyaksikan persembahan yang mengerikan yang tidak sama sekali ditonton oleh orang normal.

Malangnya gadis itu hilang daripada tempatnya. "Damn" desisnya. Pisau tajam tadi disimpan di dalam poket hoodienya semula. Dia perlu cari gadis tadi. Raut wajah gadis itu sudah tersemat disimpan di dalam kota fikirannya dan dikunci dalam kotak memorinya.

Sebelum dia pergi,dia sempat meninggalkan nota misteri yang mengandungi kod kod gabungan huruf dan nombor dan dia berazam bahawa dia perlu cari gadis itu sampai ke lubang cacing. Dia berjanji dan dia bergegas meninggalkan dataran itu.

BY
alsoblinkeu & me

The Këy Of Mýsteriøus DeåthWhere stories live. Discover now