BAB 66

2.7K 150 17
                                    

Gusar. Gelisah. Risau. Semua bercampur aduk sekarang. Tak berhenti kaki itu melangkah ke kiri dan ke kanan menanti operation room terbuka.  Hampir sejam sudah dia mundar mandir di hadapan operation room itu. Rambut digusutkan. Argh! Hampir saja dia terjerit disitu tetapi dihalang dengan panggilan telefon kawannya.

"Kau dekat mana?"

"Operation room."

"Okey, aku datang sekarang. Kau tunggu situ. Apa-apa hal call aku tau."

"Ya.", setelah tamat panggilan telefon tersebut, dia kini duduk pula di kerusi menunggu. Lenguh jugak berdiri dari tadi lagi.

Tiba-tiba..

"Anak ni siapa?",

Terus dia bingkas bangun. Menyalami  lelaki yang berusia lewat 50 an itu. Wanita yang sebelah lelaki itu hanya dihulur dengan senyuman nipis sahaja.

"Saya Syafiq. Bekas pelajar ustaz Khairul. Kawan Nadhirah."

"Kamulah yang call uncle tadi?", soal Haji Zahari.

Syafiq mengangguk mengiyakan.

"Apa sebenarnya berlaku dekat Khai? ", dari tadi lagi wajah hajah Aishah gusar memikirkan anak tunggalnya.

"Sebenarny..."

"Hello?", tidak sempat Syafiq menerangkan situasi Khairul, tiba-tiba haji Zahari mendapat panggilan.

"Masya Allah. Betul ke Hamzah?"

Berkerut dahi hajah Aishah dan Syafiq melihat berubahan wajah haji Zahari. Nak kata muka gembira pun tak. Nak kata muka sedih pun tak. Entah! Confius!

"Aku dekat hospital juga ni. Aku tak tahulah apa yang malang sangat dengan nasib anak menantu kita ni.",suara haji Zahari mula kendur.

"Khairul accident. Ya. Nanti aku dengan Aishah pergi sana. Insha Allah tak ada apa-apa. Doalah yang terbaik. Okey. Okey. Waalaikumsalam.", phone ditangan dipandang dengan sayu. Kemudian, haji Zahari menggeleng kepala.

"Kenapa bang?", hajah Aishah terus menyoal.

"Aireen. Dia dalam labour room sekarang. Tengah bersalin. Awak nak pergi sana ke nak tinggal sini?"

"SubhanaAllah. Betul ke abang? Ya Allah.", air mata perlahan-lahan membasahi pipi hajah Aishah.

Syafiq meraup wajahnya. Dahlah tak sempat jumpa Nadhirah. Khairul pulak excident. Nadhirah pulak tengah bersalin.

"Sabar shah. Kita berdoa anak menantu kita tu kuat. Saya tahu Khai dengan Reen kuat.", haji Zahari memeluk hajah Aishah menenangkan isterinya.

Pintu operation room tiba-tiba terbuka. Seorang doktor lelaki menghampiri mereka.

"Waris pesakit?"

"Saya ayah dia. Kenapa dengan anak saya doktor?", terus haji Zahari menyoal.

Hajah Aishah dan Syafiq menunggu penerangan doktor.

Doktor tersebut menggeleng kepala.

Hajah Aishah terus meraung.

Haji Zahari meraup muka.

Syafiq? Meramas kasar rambutnya.

Salah aku kah?



.




"Arghhh!"

"Teran lagi puan. Sikit lagi baby nak keluar. Kepala dah nampak."

Aku tercungap-cungap. Aku menarik nafas dan terus meneran dengan sekuat hati.

SUAMIKU USTAZ KOREA (COMPLETED)Where stories live. Discover now