2

289 20 8
                                    

"Bye korang" kata Ryujin sambil melambaikan tangannya kepada rakan - rakannya.

Debuk

Ryujin berdecit sakit sambil menggosok dahinya yang terhantuk sesuatu. Kepala didongak lalu wajah Huening Kai menghiasi matanya.

"Kau ni. Sakit dahi aku. Ergh" marah Ryujin. Huening Kai tersenyum melihat muka marah Ryujin. Comel. Lalu tangan kanannya naik menggosok dahi Ryujin.

"Aku sayang kau. Sangat" Dahi Ryujin dicium. Ryujin terkesima dengan perbuatan Huening Kai. Bagaikan arus elektrik mengalir dalam tubuhnya membuatkan tubuhnya mengeras.

"Hoii dengar tak. Berangan la tu. Siang - siang pon berangan. Tak tahu lah sapa nak kahwin ngan perempuan kuat berangan macam kau ni" kata Huening Kai sambil tangan kirinya memeluk bahu Ryujin. Mereka berjalan meninggalkan kawasan sekolah sambil mulut Huening Kai tidak berhenti membebel pada sang buah hatinya. Mulut gadis itu mencebik mendengar bebelan lelaki itu.

🍃

Kedua - dua belah tangan diangkat untuk memeluk Ryujin namun gadis itu lebih pants menghalang perbuatannya. Huening Kai mengerutkan dahi tanda tidak suka.

"Why, sayang?" soal Huening Kai dengan nada tidak puas hatinya.

"No no no. Nanti appa aku marah. Dah gi balik. Cuaca mendung ni nak hujan" kata Ryujin sambil memusingkan tubuh Huening Kai menghadap jalan.

"Bye" kata Ryujin sambil melangkah masuk ke dalam rumah. Namun, muncul satu akal di minda Huening Kai. Dia berpusing lalu menarik tangan Ryujin dan...

Cup

Satu ciuman singgah di pipi gadis itu.

"Bye sayang" tubuh dijauhkan dari Ryujin untuk pulang ke rumah memandangkan gerimis mula turun. Tanpa disedari, senyuman bahagia terukir di wajah cantiknya. Ryujin terus masuk ke dalam rumah apabila hujan mulai turun.

🍃

Pistolnya digosok - gosok menggunakan sehelai kain berwarna merah sambil kakinya diletakkan diatas meja. Rayuan mangsa dihadapannya tidak dihiraukan malah menganggapnya sebagai alunan muzik.

"Yoongi, tolong lah jangan bunuh aku. Tolong beri aku sedikit lagi masa. Aku janji aku akan bayar balik duit kau" lelaki dihadapannya terus - menerus merayu.

Yoongi hanya tersenyum sinis mendengar kata - kata orang tua itu. Kakinya diturunkan lalu menghampiri lelaki itu. Yoongi mencangkung di sebelah lelaki itu sambil memainkan pistolnya di wajah lelaki itu. Menggigil badan lelaki itu dibuatnya.

"Hermmm baiklah aku bagi lagi satu minggu. Jika tak, kau sendiri tahu apa akibatnya Encik Shin" kata Yoongi.

"Ye terima kasih Yoongi. Aku janji aku bayar balik duit kau tu" bersungguh - sungguh Encik Shin berjanji kepada Yoongi sebelum keluar dari bilik Yoongi.

"Jimin, mana maklumat pasal keluarga dia?" soal Yoongi sambil berdiri. Tangannya dimasukkan ke dalam kocek bajunya.

"Dia ada seorang anak perempuan, Shin Ryujin. Dia dah bercerai dengan bekas isterinya, Song Jihyo 7 tahun lepas. Walaupun bercerai, Encik Shin masih lagi mengambil berat tentang bekas isterinya dan anaknya. Dan, duit yang Encik Shin pinjm 3 bulan lepas, dia gunakan untuk bayar yuran sekolah serta yuran exam Ryujin. CEO JYP Entertainment memecat Encik Shin kerana disyaki melakukan penyelewengan duit syarikat. Itu je yang aku tahu setakat ni" ujar Jimin panjang lebar.

"Berapa umur anak dia?"

"16 tahun"

"Kenapa? Kau berminat?" soal Jimin dengan niat bergurau. Yoongi menjeling Jimin sambil menunjukkan pistol kepada Jimin. Jimin ketawa sambil menaikkan kedua belah tangannya.

🍃


Buku teks Kimia dan buku latihannya ditutup setelah latihan itu selesai dia siapkan. Jam di dinding dipandang. 10:45 malam. Kedua - dua belah tangannya diangkat, meregangkan badannya setelah 2 jam duduk menyiapkan latihan Mr. Jungkook.


Buku - bukunya dikemaskan. Kerusi ditolak masuk ke dalam meja. Lampu syiling dipadamkan dan lampu tidur dibuka. Selimut ditarik menutupi hingga paras pinggang. Bersedia untuk tidur.

2 minit
3 minit
4 minit
5 minit

Tok
Tok

Ryujin membukakan matanya apabila terasa tingkp biliknya diketuk seseorang. Lantas dia bangun dan menuju ke tingkp biliknya. Dilihat Huening Kai sedang membaling batu - batu kecil ke arah tingkapnya. Lantas tingkp dibuka.

"What are you doing here?" soal Ryujin. Huening Kai tersenyum. Sekeping kad manila diambil lalu ditunjukkan pada Ryujin.

Ryujin tersenyum sebelum menganggukkan kepalanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ryujin tersenyum sebelum menganggukkan kepalanya. Sekali lagi Huening Kai tersenyum lalu flying kiss diberi kepada Ryujin sebelum beredar dari situ.

Tingkap ditutup sebaik sahaja kelibat Huening Kai hilang. Senyuman masih tidak hilang dari wajahnya.

"Argh" pantas Ryujin menekup mulutnya apabila Puan Shin berdiri di belakangnya sebai sahaja dia berpusing ke belakang. Tangan dibawa mengurut dadanya akibat terkejut dengan kemunculan tiba - tiba ommanya.

"Omma ni, terkejut Ryu. Bila omma masuk?" soal Ryujin.

"Nak masuk bilik anak sendiri tak boleh ke? Oh lupa pulak 'orang' tu kan baru lepas dating kat tingkap" perli Puan Shin. Ryujin menahan senyumannya daripada terukir.

"Tak payah la nak tahan - tahan senyum tu Shin Ryujin. Dah la tidur. Esok sekolah" kata Puan Shin sebelum keluar dari bilik anak tunggalnya itu.

INCREDIBLE GIRL : SHIN RYUJIN Where stories live. Discover now