Pusara Khairul di pandang sayu. Bacaan doa untuk si mati kedengaran dan dipimpin sendiri oleh baba. Aku menahan sebak di hati. Ya Allah, kalau ini takdirku.
Aku reda Ya Allah. Di saat aku melahirkan penguat ikatan cinta kami, kau membawa pergi cinta ku. Aku reda Ya Allah, andai ini takdir hidupku. 'Kaca' yang ditahan-tahan sejak tadi akhirnya mengalir jua.
Pergi dengan tenang abang. Semoga abg dikelilingi orang yang beriman dan tunggu Dee di syurga bersama-sama anak-anak kita ya bang.
Kawasan perkuburan mula lenggang. Tinggallah aku seorang diri. Berdiri menghadap pusara suami. Masih belum percaya dengan kepergian mengejut Khairul.
"Okey. Abang pergi dulu. Jaga diri elok-elok tau. Jaga anak-anak abang elok-elok. Abang sayang Dee sangat-sangat.", sejurus itu, Khairul menarik aku dalam pelukan.
Entah mengapa hati ku jadi tidak enak tiba-tiba. Perlakuannya seperti dia mahu tinggalkan aku selama-lamanya.
Aku menguraikan pelukan. Mukanya dipegang dengan kedua tanganku.
"Abang, kenapa cakap macam ni? Abang nak tinggalkan Dee ke?", sayu aku menyoal.
Khairul kuntum senyum. Dia merapatkan dahinya dengan dahiku. Dia terpaksa menunduk sedikit kerana ketinggian aku yang hanya separas bahunya.
"Mana adalah. Mengarut tau sayang ni. Abang memang sayang sangat dekat Dee tau. Ingat tu.", perlahan-lahan aku ukir senyuman manis. Terbuai dengan kata-kata manisnya.
"Dee pun sayang sangat-sangat dekat abang. I love you, abang."
"I love you more Aireen Nadhirah."
Masih teringiang-ngiang ucapan kasih Khairul. Air mata mengalir deras.
Maafkan Dee sebab tak jadi isteri sebaik yang mungkin untuk abang. Abang sangat bermakna untuk Dee.
Dee janji akan jaga dan sayang anak-anak kita dengan sepenuh hati. Abang jangan risau ya.
Hingus di tarik entah ke berapa kali. Nasib baik ada kain sapu tangan.
Bahuku seperti disentuh oleh seseorang. Aku berpaling.
"Abang."
Naufal mengukir senyuman hambar. Hujan mula turun perlahan-lahan.
"Jomlah kita balik. Dah hujan ni. Qash dengan Qalif tunggu ibu dia dekat rumah. Nanti kita datang lagi ya?", Naufal memujuk.
Aku menghadap semula pusara arwah Khairul. Pusara yang masih merah itu dipandang buat kali terakhir mungkin. Takkan mungkin aku kembali lagi. Mungkin ini kali terakhir. Aku tidak mahu sedih menyelubungi hidupku.
Aku memegang batu nisan yang di ikat kain putih. Kayu yang di ikat dengan kain putih.
Selamat tinggal abang. Dee doakan abang tenang di sana.
Aku melangkah meninggalkan kawasan perkuburan dengan hati yang hiba seiring dengan hujan yang turun. Turut sedih dengan kepergian cucu adam.
Masuk sahaja dalam kereta, aku termenung. Air mata masih lagi mengalir walaupun mataku sudah bengkak dek menangis dari semalam.
Naufal mengerling Nadhirah disebelah. Dia tenang memandu walaupun hujan turun dengan lebatnya.
"Reen. Janganlah sedih. Mungkin ini yang tersurat untuk hidup Reen. Reen kena reda dengan kepergian Khairul. Ada hikmah disebalik yang berlaku. Doalah kepada Allah supaya Khairul ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.", Naufal terus menasihati aku.
Aku hanya medengar tanpa bersuara. Biarlah hati ini pulih sepenuhnya.
"Allahuakhbar!", kuat Naufal menyebut takbir sehingga menyentakkanku.
Kereta mula hilang kawalan dek hujan terlalu lebat dan jalan raya licin.
"Abang!"
BOOM!!!
Kereta Naufal mula terbalik dan tergolek beberapa kali sebelum merepuh penghadang jalan.
Waktu itu, aku mengucapkan kalimah syahadah. Andai ini ajal menjemputku, ampunilah aku ya Allah. Hamba yang penuh dosa ini.
Abang, Dee datang.
.
TAMAT
YOU ARE READING
SUAMIKU USTAZ KOREA (COMPLETED)
RomanceFirst story by najwain: WARNING: * CLICHE AND CRINGE STORYLINE :) * Nama watak utama bertukar atas sebab tertentu. Khairi = Khairul Natrah = Aireen Nadhirah SIPNOPSIS Khairul telah memendam perasaan sukanya terhadap Nadhirah 7 tahun yang lalu. Mere...