Matahari pagi mula menyinar.Burung burung mula terbang mencari makanan.Gempa yang sudah bagun sebelum matahari terbit lagi sedang mengemas rumah.Kebersihan Diutamakan katanya.Habistu kalau kau lawan raksasa berlendir kau nak cuci ke semua lendir lendir tu? :v
Usai membersih,Gempa memandang sekeliling.Meneliti setiap inci sudut rumah itu.Jika masih ada kekotoran,pantas sahaja dia mencucinya.Setelah puas hati,Gempa mula menyarung apronnya.Mula memasak untuk anak anak(?)nya yang masih membebaskan air liur basi kepada bantal mereka.
"Huh....Lambat pulak diorang bangun hari ni...." Gempa sesekali melirik jam dinding di dapur itu.9:30 a.m.Sesungguhnya,elemen elemen tidak pernah tidur sehingga lewat begitu.Lainlah Ais.Ais letak tepi dulu.
Nasi goreng buatan Gempa akhirnya terhidang di dapur.Gempa memandang ruang tamu untuk melihat jika sudah ada yang bangun.Hampa,tiada siapa masih terjaga.Indah sangat ke mimpi bang?
10:00 a.m.Masih tiada siapa.Sah tidur mati.Ke mati?Gempa memutuskan untuk menggerak mereka.Selepas menaiki tangga terlihat bilik BlaIce di hadapannya.Gempa mengetuk perlahan pintu bilik itu lalu memulas tombol perlahan dan masuk ke dalam bilik itu.Terlihat Blaze dan Ais yang masih tidur.Ais tidur dengan senyap sekali.Berbeza dengan Blaze.Kaki Blaze berada di atas perut Ais manakala kepalanya telah terjuntai keluar dari katil.Gempa tersenyum.
"Comelnya diorang...."
Gempa berbisik kecil.Dia mendekati Blaze.Kalau nak dikejutkankan si Ais tu sampai Lusa pun tak bangun.
"Blaze...Bangunlah...Dah pagi ni." Gempa menepuk nepuk pipi Blaze perlahan.Mata Blaze mula terkebil kebil menerima sinaran cahaya pagi itu.Blaze duduk bersila sambil menenyeh nenyeh matanya.Air basi disekanya.Gempa tersenyum lalu menggosok rambut Blaze.
"Indahnya mimpi sampai tak bangun." ketawa halus dilepaskan Gempa.Blaze tersenyum malu sambil jarinya menggaru garu pipinya perlahan.Gempa menyuruh Blaze mandi dan segera turun.Blaze tabik lalu berlari ke dalam bilik air.Gempa menyangkut tuala merah Blaze itu.Sempat juga Gempa berpesan kepada Blaze agar mengejut Ais sebelum bergerak ke bilik sebelah.ThoLar.
Gempa memanggil penghuni bilik itu.Perlahan lahan pintu bilik itu terkuak.Thorn mengeluarkan sedikit kepalanya.Gempa senyum apabila melihat mata Thorn yang masih kuyu itu.Sudah pasti dia baru sahaja bangun.Gempa menggosok kepala Thorn lembut.Perbuatan Gempa itu membuatkan Thorn gembira.
"Pergi mandi.Lepas mandi...Kejut Solar tau." Gempa bertutur lembut.Thorn mengangguk pantas dan terus berlari ke dalam bilik air.Gempa ketawa melihat gelagat adik adiknya.Comel comel je semua.Tapi Gempa malu nak puji diorang depan depan.Kalau dia cuba pun mesti nanti dia yang malu.Bukan yang kena puji.Pelik kan?
Gempa menghela nafas lalu mengetuk pintu bilih HaliTau perlahan.Penat jugak nak kejut sorang sorang ni.Bukan Gempa yang penat.Nana yang penat.Penat menaip.MOHON GELAK!!
Gempa melihat suasana bilik yang dingin tu.Meremang bulu roma Gempa apabila melangkah masuk ke bilik itu.Gempa melihat Hali dan Taufan.Katil jenis double.Tapi...Hali tidur dekat atas katil dan Taufan tidur dekat lantai.Apa dah jadi?
"Apa pulak korang buat ni?Gaduh kot..." Gempa membuat andaian sendiri lalu memutuskan untuk mengejut Taufan dulu.Yelah,kesian Taufan.Mesti sejuk tidur di lantai itu.Gempa mengoncang badan Taufan lembut.Mata Taufan terkebil kebil.Cuba memproses keadaan sekeliling.Gempa menepuk peha Taufan lalu menyuruh Taufan mandi sekarang.Taufan mengangguk.Seperti yang lain,Gempa menyuruh Taufan menggerak Hali.Taufan sekadar menangguk.
Beberapa minit menunggu,semua element akhirnya tiba di dapur.Gempa menghela nafas lega.Nasib baik semuanya bangun.Kecuali Ais yang masih tersengguk sengguk di tangga.Gempa mula mencedok nasi goreng ke dalam pinggan setiap elemental.Kalau nak tahu,diorang ada pinggan tersendiri tau.Pinggan diorang dihiasi dengan corak masing masing.So siapa tak basuh pinggan tahulah pinggan siapa tu kan?
"Selamat pagi Gempa~" Taufan memeluk belakang Gempa.Gempa terkejut.
°^°^°
Gempa:Err,korang betul-betul tak nak makan ke?
Taufan:*Lempar nasi goreng yang Gempa masak*Kau dah tahu yang kitaorang tak nak makan makanan kau kan!Kenapa tanya lagi!!!
^°^°^
Bagaikan kaset yang rosak,memori dulu mula berputar kembali di dalam kotak minda Gempa.
"TEPI!!!!" Pantas Gempa menepis Taufan.Terkejut akan perbuatan Gempa,Taufan mengundur perlahan lahan kebelakang.Menjauhi Gempa.
"E-eh?G-gempa...?Kenapa ni?" Taufan bertanya cemas.Gempa terkebil kebil memandang Taufan.Tidak lama selepas itu Gempa membalas.
"Eh?A-anu...T-takde apa...Maaf ye Taufan!" Gempa menunduk ke arah Taufan berkali kali.Berusaha Taufan memberhentikan perbuatan Gempa itu.Taufan hanya ketawa lalu memeluk Gempa dan mencubit cubit pipi chubby Gempa itu.Gempa mengaduh kesakitan.
Tipulah kalau semua element tidak melihat kejadian sebentar tadi.Kesemua mereka berada di dapur sekarang.Gempa hanya berdehem lalu menyuruh mereka untuk mula menikmati sarapan mereka.Sebaik sahaja Gempa selesai makan,pantas sahaja dia mengundur diri ke bilik air.Element hanya memandang satu sama lain.
"Benda tu kacau lagi..." Ais berbisik perlahan.
..................................................
"Urgh...Taufan dah mintak maafkan...Apa tak kena dengan aku ni..." Gempa membilas mukanya dengan air.Gempa melihat cermin di hadapannya.Bayangan dirinya yang dipantulkan oleh cermin diteliti.Setiap inci mukanya diteliti tajam.Pelik juga Gempa.Tidur lambat bagaimanapun,tidak pernah muncul eyebag dimatanya.Bawah matanya diusap lembut.
"Gempa!" Terkejut Gempa mendengar namanya dipanggil.Pantas dia membuka pintu bilik airnya.Terlihat Solar dihadapanya.Tanpa berkata panjang,terus Solar menarik Gempa masuk ke biliknya.
"S-solar?!Apa ni?!!!" Dengan paniknya Gempa melepaskan pegangan tangan Solar kasar.Gempa menyapu pergelangan tangganya yang sedikit pedih.
"Engkau tahukan Engkau dah lepaskan reverse dalam badan engkau?" Gempa sekadar mengangguk.
"Engkau tahukan kalau engkau keluarkan reverse dalam badan engkau tu buat kali pertama...Bila bila je reverse tu boleh keluar?" Sekali lagi,Gempa mengangguk.
"Kenapa kau bawak aku kat sini...Lepastu tanya tanya...Tak boleh ke tanya dekat depan bilik air je tadi-" Tidak sempat Gempa menghabiskan kata katanya,Gempa menyuntik cecair pelelap ke dalam badan Gempa.
"S-solar...Urgh..." Solar menyambut badan Gempa.Segera dia meletakkan Gempa di atas sebuah kerusi seperti kerusi doktor gigi(?).
"Maaf...Gempa..." Solar membetulkan spek matanya lalu meletak beberapa wayar di sekeliling badan Gempa.Solar mula membuka tabletnya dan menganalisis badan Gempa.Wait-
"Aku taknak keluarga kita berpecah belah balik...Ini demi kita semua...Maafkan aku Gempa!Aku terpaksa pisahkan benda tu dari kau!!"
"Dan kenapa kau nak buat macam tu?" Sebelum sempat Solar menekan satu punat di tabletnya,sebuah(?) suara garau menghentikannya.Solar memandang susuk tubuh dihadapannya.Peluh dingin mula mengalir di dahi Solar.
"Kau nak pisahkan kami berdua~KEJAM."
"R-reverse..."
_______________________________
Yo!Nana disini!Nana kejam...Nana tahu...TAPI TAK BESTLAH CITER KALAU TAKDE CLIFFHANGER ANNN~Nana menangis masa award MAMA semalam...Eotokke T_T Haha!Nana dah update macam Nana janji!Nanti Nana update lagi!Urm...Korang...Masih setia dengan buku ni ke?Vote and Comments!!BYE!!!
YOU ARE READING
Gempa,maafkan kami! | BBB Gempa | Complete [√]
RandomAkibat satu salah faham,Gempa telah dituduh mencederakan Halilintar.Dia telah dipinggirkan oleh semua orang termasuk Tok Aba,Ochobot,kembarnya dan kawan-kawanya.Walaupun begitu, masih ada seorang kawan yang mempercainya.Didalam keadaan Halilintar y...