1

201 42 6
                                    

☁

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Seperti biasa, Na Yumi balik dari sekolah menggunakan laluan yang sama. Gadis berambut paras leher bersiul, gembira kerana dia tidak sabar untuk menamatkan novel genre fantasi yang mengisahkan tentang, pemuda biasa mati kerana tenggelam di sungai yang sejuk beku, kemudian pemuda tersebut dibangkitkan semula dan dijadikan 'pelindung' untuk hutan yang mempunyai kuasa magik.

Yumi suka sangat novel itu sehingga dia membaca berulang-ulang kali. Rasa muak tidak pernah singgah di hati apabila dia menyelak semula halaman satu.

Sedang dia gembira bersiul, tangan kasar menarik Yumi masuk ke dalam lorong di celah-celah bangunan.

Yumi jatuh. Lututnya berdarah kerana tercalar pada jalan tar. Bibir mungilnya digigit kerana menahan perit.

Si gadis memandang ke arah orang yang menariknya.

"Wong Yukhei..." Wong Yukhei, pembuli yang tidak pernah walaupun sehari untuk tidak membuli Yumi. Kesian si gadis, dia tidak tahu apa salahnya pada si raksaksa, tahu-tahu sahaja dia menjadi mangsa buli.

"Hai Yumi, hari ni aku tak jumpa kau pun dekat pusat sumber" Yumi sudah meramal apa yang akan terjadi sekiranya dia meluangkan masa rehat di pusat sumber. Yukhei, akan selalu membulinya atas sebab,Yumi tidak suka bersosial dan hanya melekatkan buku pada mukanya.

Yukhei membuat analisis bahawa Yumi tidak normal. Dan pada pandangan Yukhei, tidak normal adalah perkara yang tidak baik.

"Kau nak apa?" Yumi menjeling tajam. Walaupun saiz badan Yukhei tiga kali ganda lebih besar daripada Yumi, tetapi tidak menjadi masalah untuk Yumi membela nasib sendiri.

Yukhei berfikir sejenak. Mata liarnya memandang buku yang Yumi genggam bagai menatang minyak yang penuh.

"Aku nak ni." Yukhei merampas buku yang digenggam Yumi. "Apa benda ni. Bosannya" Yukhei menyelak dengan kasar setiap helaian, yang dinampak olehnya hanyalah tulisan sahaja. Tiada rajah mahupun warna.

Yumi melompat-lompat kerana mahu mengambil semula haknya. Tetapi malang, si pembuli terlalu tinggi.

"Bagi balik! Jangan selak macam tu! Kau tak tahu selak elok-elok ke?!" Tengking Yumi.

"Areum,jatuh terduduk. Air mata Areum mengalir laju. Dia hanya mahu berjumpa dengan manusia yang dia cintai dan mengucapkan selamat tinggal untuk kali terakhir. Sungguh dia rindu pada manusia yang menjadi bapa kepada Nakamoto Yuta." Yukhei membaca petikan yang terdapat dalam buku milik Yumi.

"Cerita apa ni? Mengarut je. Hey Yumi, kau tu dah lawa. Buat la macam perempuan normal. Bukan membutakan diri dengan baca buku-buku merepek ni." Dengan sekelip mata, Yukhei menyiat setiap halaman buku tersebut lalu mencampakkannya ke timbunan sampah.

Jantung Yumi terhenti. Dia tidak pernah dibuli sekejam ini.

Apa salah dia?

Apa yang dia sudah buat pada Yukhei sehingga dilayan seperti sehina khinzir?

Na Yumi, gadis bermata kuyu jatuh terduduk. Lututnya lemah. Dia sudah tidak tahan dibuli sebegitu sekali.

"Selamat tinggal Yumi" Yukhei membelakangi Yumi dan berjalan pergi.

.
.
.
.
.
.

Bahu Yumi bergerak ke atas dan bawah kerana tidak tahan dengan perasaan sedih yang sudah lama dipendam. Dia penat untuk berlakon jadi kuat.

Yumi mengutip kertas-kertas yang dikoyak oleh Yukhei sambil mengelap air mata yang tidak mahu berhenti walaupun otak Yumi sudah mengarahkannya untuk berhenti.

Mungkin hatinya penat, penat dengan dunia.

Sebelum Yumi sempat untuk mengutip helaian terakhir, ada tangan yang menghulurkan helaian tersebut.

"Aku nampak apa yang jadi tadi" kata empunya tangan misteri. Pipi Yumi merah, malu kerana ada orang asing yang menyaksi kelemahannya.
"Maaf sebab tak tolong kau" sambung si lelaki misteri.

Yumi yang memandang ke bawah, mendongak.

Lelaki tersebut memakai hoodie bewarna biru tua, rambutnya bewarna putih. Mata lelaki tersebut biru seperti laut. Satu perkataan untuk huraikan lelaki misteri itu ialah 'sempurna'. Kulitnya putih seperti sinaran bulan yang menyinari malam.

Mungkin ni yang dipanggil cinta pandang pertama?

"A-aa tak mengapa" Yumi mula berkelakuan aneh. "Saya pergi dulu, te-terima kasih" Yumi membongkok 90°.

Belum sempat Yumi memecut, tangan lelaki misteri itu mencapai tangan Yumi. "Aku nak kasi benda kat kau" lelaki berambut putih itu mengeluarkan cincin plastik yang bewarna biru cair, di tengah-tengah cincin terdapat bentuk bulan sabit bewarna biru.

Cincin plastik itu diletakkan dalam genggaman tangan Yumi. "E-eh ni untuk saya?"

"Ya. Sekarang pergi. Terima kasih kerana percaya kepada 'kami'

"Oh o-okay! Terima kasih" Yumi tidak faham apa yang dikatakan oleh lelaki misteri ,tetapi itu tidak penting sekarang, sekali lagi Yumi tunduk hormat dan pecut dengan laju.














Yumi tidak tahu, kisah remajanya akan berubah 360°.





















🌸🌹🌻

haiiiii apa pendapat korang? Korang boleh sokong saya dengan vomebts sahaja cerita ni, kalau ada yang perlu saya baiki, jangan segan untuk tegur. Terima kasih 💚

TAEYONG FROST - 태용 (Lee Taeyong)Where stories live. Discover now