Pada malam itu Kyra bersendirian di balkoni biliknya. Selepas pergaduhan dia dengan abangnya sebentar tadi dia semakin membencikan Hazel.Dia merasakan kehadiran Hazel betul-betul mengacau kehidupannya. Semua yang dia nak buat pun tidak akan berhasil. Apa yang dia berasa lebih tidak puas hati adalah abangnya mempunyai perasaan terhadap Hazel. Entah dia pun tidak tahu apa keistimewaan gadis itu hingga abangnya pun tertarik.
Bila je bergaduh mesti nama Hazel dibackupkan oleh Shawn. Kalau Kyra menuduh Hazel itu ini mesti Shawn akan mula naik tangan.
"Kau memang pembawa malang dalam hidup aku Hazel!"
Kyra menjerit sepuas hatinya. Biarlah asalkan hati dia puas meluahkan apa yang dirasakan olehnya seorang diri.
"Kalau boleh aku nak sangat bunuh kau sekarang juga!biar kau tak wujud lagi dalam dunia ni. Kalau kau hidup pun sama juga kau menyusahkan hidup orang lain!"
Kyra bagaikan orang yang kurang waras, terjerit tak menentu. Keheningan malam itu tiba-tiba membuatkan dia berasa sejuk tetapi amat lain jika dibandingkan dengan sejuk yang kebiasaannya manusia rasai.
Angin di luar tidak bertiup tetapi yang peliknya Kyra merasakan keadaan sekarang amat sejuk mengalahkan berada di tempat yang mempunyai salji.
Semakin lama juga dia merasakan ada sesuatu yang berdiri di tepinya. Tepat di sana!
Walaupun lampu biliknya dan balkoni itu berpasang namun dia masih tidak berani untuk mengalihkan pandangan ke tepi kerana ada sesuatu yang dirasainya amat menakutkan.
"Si-siapa?" terketar-ketar suara Kyra kerana ketakutan. Dia tidak berani untuk berpaling ke arah itu. Seperti ada satu makhluk halus yang berdiri di tepinya.
"Kau dah tak kenal siapa?"
Terus terbeliak mata Kyra mendengar suara itu. Dia bagaikan patung hidup saat ini.
"K...kris...kau...buat apa datang sini?" Kyra memberanikan dirinya untuk bersuara walaupun dalam hatinya takut jika Kris mengapa-apakan dirinya.
"Kalau kau nak saya tak munculkan diri depan kau...bagi saya jawapan yang selama ini saya tak tahu," kata Kris dengan tenang.
Kyra perlahan-lahan berpaling ke arah Kris. Dia merasakan degupan jantungnya berdegup dengan laju ketika ini. Wajah yang kacak tetapi kelihatan sedikit pucat itu membuatkan Kyra merenung lama ke arah Kris.
"Ja...jawapan apa?saya tak ada berahsia dengan kau pun,"
Wajah Kris berubah menjadi tegang. Dia memandang Kyra dengan pandangan yang tajam membuatkan Kyra menggigil ketakutan.
"Saya bagi kau masa untuk bersedia tapi bukan peluang memandangkan saya datang secara mengejut. Kalau waktu saya datang tu kau masih tidak mahu bagi jawapan jangan harap kau dapat tengok dunia ni lagi. Ingat tu!"
Kris memandang Kyra untuk beberapa saat sebelum dia hilang dari pandangan Kyra begitu saja. Kyra terduduk di atas lantai dan menahan esakan tangisannya saat itu yang kian menjadi-jadi.
"What are you doing partner?" bisik Kris di tepi telinga Hazel membuatkan Hazel tersentak. Eh tak dengar pun dia datang.
"Tak ada saja tunggu. Bosanlah," kata Hazel dan membiarkan Kris di belakang yang sedang memegang rambutnya.
"I love you..."
"Apa tu?" Hazel tersenyum dalam diam. Ayat itu diungkapnya dalam nada yang lembut. Kris ni makin mengada pula sejak mereka dah mula officially.
"Do you really want me to tickle you right now?"
"No!I don't want," Hazel segera menjauhkan dirinya dari Kris. Gila otak dia ni memang tak berfungsi.
Kris menghamburkan tawanya. "Just kidding. I won't do that. Come here back please..."
"Saya nak tidur dah. Be my alarm tomorrow morning. Goodnight," Hazel menghiraukan permintaan Kris sebaliknya terus masuk tidur.
"If you want me to be your alarm then you should come here..." Kris menjongketkan keningnya sambil tersenyum.
"For what?"
"Or you want me to come there?" ujar Kris dengan senyuman nakalnya.
"No!go away!" Hazel menjeling ke arah Kris. Rasa geram pula dengan hantu ni.
"Fine. But I will stay here watch you," kata Kris.
"Whatever..." Hazel menjulingkan matanya. Dia memandang Kris sekilas.
"Goodnight partner. Have a sweet dream,"
Enjoy🍀
YOU ARE READING
ʟᴏᴠᴇ Fʀᴏᴍ Dɪғғᴇʀᴇɴᴛ Wᴏʀʟᴅ ✔ [Completed]
Romance#Rank No.2 in Supernatural [21.08.2020] #Rank No.8 in Humor [18.08.2020] #Rank No.8 in paranormal [27.03.2020] #Rank No.3 in humor[3.04.2020] #Rank No.1 in Paranormal [18.05.2020] #Rank No.1 in supernatural [28.10.2020] [PROCESS IN EDITING] Takdir i...