Aku keluar dari rumah dan menuju ke garaj kereta.Kelihatan Luqman sedang ralit mengelap cermin tingkap kereta BMW 5 series papa.
Tanpa mengendahkan Luqman aku terus membuka pintu kereta dan masuk ke dalam perut kereta di bahagian belakang penumpang.
Luqman yang perasan akan kehadiran aku menghentikan kerjanya dan terus masuk ke dalam kereta.
"Assalammualaikum ,cik Rin! Sihat?" Soal Luqman sambil tersenyum manis.
Luqman menghidupkan enjin kereta dan mula memakai seat belt.
" Tak payah nak baik sangat tanya saya sihat ke tidak!" Jawab aku kasar.
Luqman lansung tidak terkesan dengan jawapan balas aku.Pelik betul dia ni.Memang hati batu betul.
"Cik Rin tak jawab lagi salam saya.Kan hukum jawab salam tu wajib.Kalau dah hukumnya wajib sudah tentu kena buat dan kalau tak buat akan dapat dosa," tegur Luqman dengan lembut.
"Haih,waalaikumussalam.Dah,puas hati awak! Cepat hantar saya ke kolej sekarang.Jangan asyik nak membebel je."
"Hah,jawab pun.Saya bukan apa.Saya tak naklah dosa Cik Rin makin bertambah sebab kita manusia ni memang selalu buat dosa dan silap.Dah jadi tugas sesama kita orang Islam ingat mengingati antara satu sama lain."
Sebelum memulakan perjalanan Luqman membaca doa naik kenderaan dan aku hanya memerhati sahaja gelagatnya.Kemudian, Luqman membuka radio siaran IKIM dan terus memulakan perjalanan.
Radio yang dipasang sedang membicarakan tentang aurat seorang muslim dan muslimah.Aku mula berasa bosan dan meluat mendengar siaran radio itu.
"Argh! Awak boleh tak tukar siaran radio lain.Siaran ni bosan tahu tak asyik membebel je.Acah diri diorang bagus sangat," ujar aku.
"Eh,bagus apa siaran ni Cik Rin. Tajuk yang dibicarakan pun bagus.Yalah ramai sekarang pemuda dan pemudi kita tak tahu aurat seorang Islam macam mana.Tapi ada je yang dah tahu tapi buat-buat tak tahu.Itu yang macam-macam fashion dedah sana dedah sini.Macam dah tak cukup kain je tapi yang peliknya baju tak cukup kain tulah ramai orang suka pakai dan dijual dengan harga yang mahal.Haih, fashion sekarang pelik-pelik."
"Awak nak perli saya ke? Saya suruh tukar tu tukar jelah.Susah sangat ke? Ni kereta awak ke?Bukan kan, so sila dengar arahan saya!"
"Saya tak berniat pun nak perli awak, Cik Rin.Tapi kalau Cik Rin terasa baguslah itu maknanya dalam diri awak masih ada iman.Tak payahlah tukar siaran lain Cik Rin.Dalam perjalanan macam ni better kita buat benda yang bermanfaat.Yalah,kita tak tahu kita kemalangan ke and mati ke? Sekurang-kurangnya sebelum kita mati kita dengar ceramah dan benda yang bermanfaat.Jadi tak adalah kita mati katak iaitu mati sia-sia.Lagi satu Cik Rin, saya kerja dengan papa awak jadi saya kena dengar cakap majikan saya sahaja."
Aku merengus kasar." Awak ni kan mulut macam bertih jagung.Kalah perempuan tahu tak.Banyak sangat bunyinya."
"Saya nasihat saja Cik Rin.Saya just kongsi...."
Belum sempat Luqman menghabiskan ayatnya aku terus memotong.
"Dah-dah.Please shut up yourmouth.Saya tak nak dengar apa-apa lagi."
Kelihatan Luqman tersenyum di bahagian pemandu.Aku menghadiahkannya jelingan tajam melalui cermin pandang belakang.
Sepanjang perjalanan ke kolej aku hanya mendiamkan diri. Kang Makin aku balas makin banyak tarbiah mamat ni keluar.Nanti aku juga yang sakit hati.
Setelah sampai di perkarangan kolej, Luqman terus keluar dari kereta dan membukakan pintu untuk aku.
Aku dapat melihat beberapa pasang mata melihat ke arah aku dan Luqman.Aku hanya membiarkan sahaja.
YOU ARE READING
Suami Aku Mr.Tarbiah[On Going]
RomanceCover by @theAisyah_ Hanna Rianna ialah seorang gadis yang sempurna dari segi rupa paras malah harta.Namun tidak semua manusia dalam dunia ini sempurna.Begitu juga Hanna Rianna, meskipun kaya rupa dan harta, tak dapat dinafikan bahawa dirinya yang m...