BAB 4

478 7 0
                                    

BREK kasar daripada kereta yang dipandu Adlila mengejutkan Puan Amni. Dia terus keluar dari rumah, meninggalkan bakul kain yang sedang dilipatnya. Bimbang ada sesuatu yang berlaku kepada anaknya itu.

Hempasan pintu kereta mengejutkannya. Riak bengis wajah itu mengejutkannya.

"Kenapa ni, Lila?" tanyanya.

Adlila melangkah masuk ke dalam rumah. Dia tidak menjawab pertanyaan Puan Amni.

"Lila, kenapa ni?" tanya Puan Amni lagi.

Dia bimbang dengan riak Adlila. Tak pernah Adlila sebengis ini.

"Ibu!" Adlila menjerit sekali dengan pakej teriak.

Meraung sambil menepuk-nepuk lantai. Kaki juga dihentak ke lantai. Gaya serupa budak kecil tak dapat mainan.

"Ya Allah, kenapa ni Lila?" tanya Puan Amni.

Dia duduk di sisi Adlila. Jangan kata Adlila dirasuk hantu. Puan Amni lantas membaca ayat Kursi dan menghembusnya ke telinga Adlila.

Adlila berhenti menangis apabila hembusan itu menusuk masuk ke telinganya. Dia berpaling kepada ibunya.

"Ibu buat apa?" tanya Adlila. Pelik melihat mulut ibunya terkumat-kamit.

"Lila kena rasuk?" tanyanya. Terkebil-kebil memandang Adlila.

"Ibu..." Adlila jerit lagi. Dia terus memeluk ibunya.

"Falik ibu, dia dah ada orang lain." Sekali lagi Adlila meraung.

"Kan ibu dah cakap, jangan percaya sangat dengan Falik. Jangan tolong cari duit untuk dia ketika dia belajar." Puan Amni terus membebel.

"Siapa perempuan tu?" tanya Puan Amni.

Dia akan ganyang-ganyang perempuan yang buat anaknya menderita. Setelah puas menolong Falik, dengan senangnya dia tinggalkan Adlila.

"Perempuan mat salih, ibu." Adlila teriak lagi bila bayangkan perempuan mat salih itu.

Cantik serupa stok-stok supermodel. Tinggi lampai dan mungkin berinci-inci lebih tinggi daripadanya. Kalau tak cantik daripadanya, dia tak meraung sampai begini agaknya.

"Mat salih!" Terjerit Puan Amni.

Adlila anggukkan kepalanya.

"Orang kafir juga yang dicarinya. Jom kita ke rumah dia." Puan Amni bangun.

Selama ini dia cuma bersabar apabila Adlila mengadu Falik tidak membalas mesejnya. Dalam hati, memang dia ada rasa macam-macam. Tapi, dia tidak mahu meracuni fikiran Adlila dengan perasaan negatif. Tapi, perasaan negatifnya itu memang betul-betul berlaku sekarang.

"Tak mahulah, ibu. Nanti Lila jadi perempuan tak bertamadun pula. Malu satu kampung. Terjerit terlolong di rumah mereka." Adlila mula berfikir secara rasional.

"Mak dia macam mana? Dia tahu ke selama ni?" tanya Puan Amni.

Dia bakal berbesan dengan Puan Hamilah, tapi mereka berdua jarang bertegur sapa meskipun terjumpa di kedai ketika membeli ikan.

"Tahulah kut. Sebab dia yang paksa Falik beritahu."

"Maknanya selama ni dia tahulah. Masa Lila jumpa dia dua minggu lepas?"

"Tahulah kut."

Adlila sakit hati bila memikirkannya. Emak Falik juga turut bersubahat. Ah, kalau anak-beranak, mestinya akan bersubahat. Tambahan pula, Falik adalah anak lelaki tunggalnya.

"Geramnya ibu." Puan Amni mengetap giginya.

Terbayang-bayang muka berlagak Puan Hamilah. Nak berbesan, tapi tak serupa nak mengukuhkan silaturahim itu. Buat hal sendiri. Ketika nak sarungkan cincin ke jari Adlila waktu bertunang pun, serupa tak nak saja.

CINTA HARUS MEMILIKIWhere stories live. Discover now