"Argh!"
"Nad, kenapa ni?", Yasmin menerpa ke arahku. Tak jadi dia mahu membuka bungkusan makanan.
Peluh membasahiku. Nafasku tercungap-cungap. Aku bermimpikah tadi? Ke memang betul?
Aku memandang perut ku. Eh dah kempis? Mana anak-anakku? Aku memegang perutku.
"Yas, mana anak aku?"
"Kau dah selamat lahirkan anak kaulah."
Aku menghela nafas lega. Syukur. Tapi Khairul?
"Abang Khairul macam mana? Mak.. Maksud aku ustaz. Ustaz Khairul mana? Dia tak jenguk aku ke?"
Yasmin terlopong. Dia segera duduk dibirai katilku dan mengenggam erat tanganku yang tengah meracau-racau.
"Nad. Sabar okey sabar. Kita kat hospital sekarang. Aku panggil doktor dulu.", Yasmin menekan buntang merah di kepala katil.
"Suami aku mana Yas? Dia okey kan?", aku masih menyoal Yasmin. Gusar hati ini. Takkan betul kut apa yang aku mimpi tadi kut?
"Astaghfirullahalazim Nad. Istighfar banyak-banyak. Kau tahu tak kau tak sedar selama 5 hari lepas kau lahirkan anak-anak kau? Sabar okey. Nanti doktor datang.", Yasmin terus memujuk aku. Takut aku meracau macam orang gila.
Gila kau tak macam orang gila. Bangun je dari tido, mimpi buruk Khairul mati, aku pun mati sama. Mana tak terkejut.
Tidak lama kemudian, doktor Hani dan dua orang jururawat masuk ke dalam bilik aku.
Doktor Hani memeriksa aku. Aku hanya diam. Buntu. Atau lagi tepat blur. Apa dah jadi sebenarya?
"Alhamdulillah, puan Nadhirah dah okey. Ada apa-apa puan nak tanya?"
Aku memandng doktor Hani. Tangannya aku genggam. Lantaklah cakap aku gila ke apa? Yang aku nak tahu sekarang, suami aku macam mana?
"Puan kenapa? Ada masalah ke?", terkejut doktor Hani dengan tindakan drastik aku.
"Suami saya mana doktor? Dia okey ke? Anak-anak saya mana?", penuh pengharapan aku menyoal doktor Hani.
Doktor Hani dan dua orang jururawat tersenyum nipis.
"Suami puan ada. Anak-anak puan pun ada. Jangan risau."
Lega aku mendengarnya. Aku melepaskan tangan doktor Hani bersama ucapan terima kasih.
Doktor Hani dan dua orang jururawat terus meninggalkan bilik aku setelah siap merawatku.
"Yasmin.", aku menggamit Yasmin menghampiriku.
"Kenapa Nad? Nak apa-apa ke?", terus Yasmin menyoal. Risau juga tengok kawannya seakan tidak tentu arah itu.
"Mana anak aku? Aku nak dukung dorang."
Yasmin tersenyum tipis.
"Anak-anak kau pergi melawat baba dorang."
Aku tersentak. Melawat? Baba? Khairullah maksud Yasmin, kan?
"Melawat? Kenapa dengan ustaz Khairul?", takkanlah mimpi aku tu betul pulak!!! Janganlah weh!
"Ya Allah, Nad! Lupa nak bagitahu kau. Ustaz Khairul accident."
"Astaghfirullahalazim. Kenapa accident?", jantungku seperti ditikam dengan pisau yang tajam. Betul ke dengan mimpi aku tu?
"Ustaz kena rempuh dengan lori balak. Lepastu kereta ustaz rempuh pulak penghadang jalan. Nasib baik masa tu Syafiq ada. Dia yang tolong ustaz pergi hospital."
YOU ARE READING
SUAMIKU USTAZ KOREA (COMPLETED)
RomanceFirst story by najwain: WARNING: * CLICHE AND CRINGE STORYLINE :) * Nama watak utama bertukar atas sebab tertentu. Khairi = Khairul Natrah = Aireen Nadhirah SIPNOPSIS Khairul telah memendam perasaan sukanya terhadap Nadhirah 7 tahun yang lalu. Mere...