//Pagi//
//Rumah Yoora//Yoora p.o.v
"Omma!" Aku memanggil omma aku sambil menuruni tangga.
Aku kemudian menuju ke dapur.
"Good morning omma ~" Aku menyapa omma aku yang tengah menyediakan meja makan.
"Eo ,morning too. Jinu dah bangun ke?" Tanya omma.
"Omma ingat budak pemalas tu nak ke bangun awal pagi cenggini ni?" Jawab aku.
"Kamu gi lah bangun kan dia tu. Takkan kamu taknak dongsaeng kamu makan sarapan?" Tanya omma lagi.
"Yoora okeih je— "
"Dah-dah. Takyah nak mengumpat pasal dongsaeng kamu tu ,cepat gi bangunkan dia" Appa aku memotong ayat aku.
Aku terus mencebik.
"Hm ,arasso..."
Ceh,
appa ni tak habis-habis nak bela si Jinu tu.
Tulah budak tu makin hari makin malas sebab appa asyik manjakan dia je.
Aku kemudian menuju ke bilik dongsaeng aku dengan langkah yang longlai.
//Bilik Jinu//
Sampai je aku depan pintu bilik dia ,aku terus menguak pintu tu tanpa mengetuk dahulu.
Geram aku ngan budak ni.
Kau ingat noona kau ni orang gaji kau ke nak bangunkan kau setiap pagi?
"Woii ,taknak bangun ke? Kau ingat sekarang ni baru pukul 2 pagi ke?" Aku menendang punggung dia.
Kesah apa aku kalau punggung dia bocor.
"Aishh ,shikkereo! Bagilah Jinu sejam lagi..." Kata dia dengan mata dia yang masih tertutup rapat.
"Sejam kau cakap! Kalau taknak makan cakap ,noona boleh je tak bangun kan kau sampai tahun depan!" Marah aku.
Senang je kau nak bangun lambat kan?
Omma dah penat-penat sediakan sarapan untuk kau.
Dia terus tukar posisi tidur dia sambil mencebik.
"Deo jinjja! Kaki je panjang tapi pemalas! Bagus kaki tu kau bagi noona!" Marah aku lagi.
Jinu terus bangun sambil mendengus geram.
"Aishh! Arasso ,Jinu bangun! Tapi ,kalau ye pun nak marah Jinu tu takyah lah sampai nak membebel! Panas telinga Jinu dengar bebelan noona pepagi cenggini!" Rungut dia sambil bangun dari katil dia.
"Suka ati noona lah nak membebel! Siapa suruh bangun lambat sangat!" Marah aku.
Dia kemudian mencapai tuala mandi dia sambil menuju ke tandas.
Aku berdiri je kat sini memerhatikan setiap gerak-geri dia.
"Apa lagi yang noona tercegat kat sana tu? Keluar lah! Jinu nak mandi ni!" Rungut dia lagi.
"Noona takkan keluar selagi noona tak nampak kau masuk tandas and mandi. Noona kena pastikan yang shower tu terbuka" Kata aku.
Dia terus mendengus kasar.
"Aishh ,noona!" Rungut Jinu.
Aku menjeling dia.
Budak ni kalau dibiarkan entah-entah lepas aku keluar ni mesti dia tidur balik.
"Ppalliwa!" Marah aku.
Selepas aku pastikan dia dah mandi ,aku kemudian berlalu ke dapur.
//30 minit kemudian//
YOU ARE READING
Life with '프로듀스 X 101' [ ft. 아이즈원 ] (Discontinued)
FanfictionBayangkan kita hidup ngan PDX101 ... _____ Memang sah tunggang-langgang life kita, takyah nak susah-susah fikir memanjang ... tau dah apa akan jadi (・ิω・ิ)ノ _____ A book of Pdx101, their mess is ... (・ิω・ิ)ノ _____ *storyline by @authornim + @songhe...