☁
Na Yumi berlari masuk ke dalam rumah, tidak menghiraukan abangnya yang sedang memasak di dapur.
"Na Yumi jangan lari dalam rumah!" Jerit lelaki berambut merah jambu. Dah nak berbuih mulut abang Yumi menasihatinya, tetapi nasihat si abang tidak memberi kesan pada si adik.
Apabila sampai ke dalam bilik, Yumi menghumban dirinya ke atas katil walaupun badan dibasahi peluh.
Peristiwa yang berlalu tadi dikenang semula,
Jejaka misteri tadi tidak berhenti berlari di dalam pemikiran Yumi, tak penat ke?Mata birunya,
Bibir,
Rambut seputih saljunya,
Holy pudu,ciri-ciri fizikal jejaka tadi mirip betul dengan hero di dalam novel kegemarannya, 'Taeyong Frost'.
"Na Yumi turun makan sekarang kalau tak abang habiskan semua!" Teriak si rambut pink dari dapur.
"Sekejap! Yumi belum mandi!"
Yumi bergegas ke bilik air. Cincin mainan yang berada di dalam poket dikeluarkan dan diletakkan di atas meja.
Yumi mengulum senyuman, suka betul dia pada cincin mainan tu.
☁
"Sekolah macam mana? Homework dah buat ke?" Tanya Na Jaemin sambil menuangkan air ke dalam cawan untuk Yumi dan dirinya.
"Okay..." penipu.
"Homework nanti Yumi buat"
Jaemin dapat rasa ada sesuatu yang tak kena, tetapi dia bersangka baik sahaja, mungkin Yumi terlalu penat.
"A-abang ada kat sini kalau Yumi nak cerita apa-apa, abang minta maaf kalau abang tak dapat ganti tempat daddy dengan mommy" belum sempat Yumi mengambil sudu, Jaemin memegang tangannya. Wajah Jaemin memaparkan perasaan risau. Wajah Jaemin juga seperti hasil copy dan paste dari ibu mereka.
"Abang" Yumi tersenyum lembut, "Yumi okay, abang tu yang patut risau pasal diri abang, dah makin cengkung dah muka, dah tak handsome dah" ketawa kecil milik Yumi memecahkan ruang makan milik keluarga Na.
Jaemin tidak lagi risau setelah mendengar Yumi ketawa. Sebaliknya, dia mengalihkan tangannya dari tangan Yumi. "Abang masih kacak okay. Dah jom makan nanti sejuk tak sedap"
Cebisan steak yang dimasak Jaemin dimasukkan ke dalam mulut. 'Masin' fikir Yumi, tetapi mulutnya tidak lekang mengukirkan senyuman untuk menyedapkan hati Jaemin.
Sebaik sahaja rasa steak kena pada lidah Jaemin, si rambut pink mengambil tisu lalu meludahkan masakannya. "Yumi! Jangan makan! Masin! Kenapa tak bagitahu abang, sekejap abang masak ramen. Dah jangan makan steak tu" Jaemin membawa langkah ke kabinet dapur.
"Hahahahah nanti abang sedih pula bila Yumi cakap makanan abang masin"
"Mana boleh macam tu, esok Yumi ada sekolah. Nanti sakit perut macam mana? Abang tak ada kat rumah esok" suis keibuan Jaemin dipetik.
'Sekolah...' Yumi mengeluh perlahan. Takut si abang terdengar keluhannya.
☁
Yumi kembali semula kedalam bilik, novel kegemarannya dicapai, waktu malam memang sesuai untuk Yumi menghabiskan masanya dengan membaca..
....Novel. Homework? Apa tu?.
Helaian demi helaian dibaca, masa yang berlalu langsung tidak diendah oleh Yumi.
Apabila mata terasa berat, Yumi memutuskan untuk berhenti. Yumi bangun dari katil untuk meletakkan buku kegemarannya di atas meja.
Cincin plastik diambil Yumi lalu disarungkan di jari manisnya.
Cincin itu muat dengan sempurna, seolah-olah jejaka tadi tahu saiz jarinya.
Yumi tersipu malu.
Badannya, diselimut dengan selimut yang tebal, hadiah dari Jaemin sempena hari lahirnya yang ke-8.
Yumi mengira kambing biri-biri sebelum tidur,
"Satu..."
"Dua..."
"Tiga...."
"Em-..."
Gadis kecil pun lena dibuai mimpi.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.Belakang Yumi sakit, setahu dia, katilnya lembut dan bukannya keras seperti dibuat dari tanah.
Yumi bangkit dari posisi baring.
Dan apa yang dia nampak sungguh aneh, seolah-olah dia seperti di dunia lain. Pokok bewarna unggu, bunga matahari setinggi 5 kaki bukan itu sahaja, malah bunga-bunga tersebut mempunyai wajah!
"Hah mimpi je ni" Yumi baring semula. Tapi betul ke ini semua mimpi?
Dia cuba untuk tidur semula. Kambing biri-biri dikira, tetapi tidak mendatangkan hasil.
Yumi duduk.
"Kalau orang tu tidur, dia akan rasa sakit kalau kena cubit lepastu terus bangun" Yumi mencubit pipi, tangan dan kaki.
Tetapi dia masih disitu, di dunia aneh.
Yumi mendongak ke atas, langit bewarna merah jambu bercampur hijau. Kombinasi yang pelik, tetapi menarik.
Dia sedar yang dia tidak lagi berada di bumi,
"Abang!!!"
🌸🌻🍀🌹
Next chap akan di update sekiranya chapter ini mencecah 10 reads and votes. Tqsm💚-holy pudu
YOU ARE READING
TAEYONG FROST - 태용 (Lee Taeyong)
FantasyAlkisah heroin nerd yang gilakan fantasi dan hero yang datang dari dunia fantasi. Hanya disebabkan sebentuk cincin mainan, dunia Yumi berubah 360° {Started 191119} #41 taeyong 191119 #103 fantasi 231119 #17 taeyong 241119 #2 2k19 291119 #22 t...