Kawasan kafe agak lenggang ketika ini.Aku cuba mencari-cari kelibat seseorang.Sampai pada sebuah meja di belah hujung kafe,mata aku berhenti terus fokus ke arah figura lelaki tersebut.Yes,dialah yang aku cari.Baju dikemaskan dan lip gloss dioles sedikit di bibir.Aku mengatur langkah menuju ke arah meja tersebut.Apabila sampai, aku mencuit bahu lelaki itu sedikit."Awak, saya tahu ni tiba-tiba tapi saya dah lama suka awak.Lagi-lagi masa first time awak langgar saya haritu.Hati saya terpaut pandang pertama" ujarku tanpa berkias-kias lagi
"Jom couple" sambungku lagi.Aku dapat lihat riak terkejutnya apabila seorang perempuan yang cantik lagi hot macam aku lamar dia.Lagi-lagi aku ni memang popular dekat universiti dengan sikap aku yang melamar lelaki menjadi kekasih.Semua orang akan fikir tindakan tu gedik tetapi bagi aku, confidence itu merupakan kunci kejayaan.Takkan nak tunggu boyfriend datang dari langit ke tujuh?Aku bukan playgirl tetapi hanya seseorang yang ingin mencari cinta sejati.
"Saya tahu awak selalu dengar yang orang kata saya gedik.Maybe sebab saya terlampau popular awak terkejut.Takpe,awak boleh tutup mulut sekarang"
"Saya ada soalan...mungkin kasar bagi awak" ujarnya teragak-agak.Aku hanya buat muka selamba
"Awak tak tanya lagi, macam mana saya nak tahu soalan tu kasar atau tidak?" balasku
"Awak siapa?"
***
"Wei sabarlah" pujuk Aura sambil mengusap-usap badanku.Aku mencapai lagi tisu dalam kotak tesco yang aku baru beli semalam.Hampir sekotak juga habis"Weh orang yang aku suka separuh mati tak kenal aku.Kau rasa aku boleb sabar?" marahku.Suara sudah serak sebab banyak sangat menangis.
"And all you've to do is cari mangsa baru.Yang kau nak menangis sangat apehal? Selama ni tak pernah-pernah nangis" ujar Kasyaf dengan nada menyampah
"Ye betul tu.Yang aku perlukan hanya dua patah perkataan dan enam huruf.MOVE ON.Mari menuju kejayaaan" ujarku sambil mengangkat tangan.Senyuman manisku terukir di bibirnya.
"Aku rasa kawan kau ni bipolar" kata Aura sambi memandang Kasyaf.Kasyaf pula hanya menjongket bahunya
YOU ARE READING
Misi Memburu Cinta : Kau vs. Aku [ON-GOING] [SU]
RomanceRAISHA INARA GEDIK, itulah gelaran yang selalu diberikan kepadanya tetapi dia tak pernah kisah.Apa? Fikir antagonis je boleh gedik mengada-ada? Heroin pun bolehlah! KASYAF MIKAEL Jiran a.k.a kawan baik Raisha yang COOL DAN MACHO, antara sebab-sebab...