chapter 5

2.6K 101 18
                                    

            Selesai saja Mark menyediakan makanan untuk Eping, ia terus dihidangkan kepadanya di atas meja. Masakan lelaki itu agak menyelerakan di mata si balu.

       "Habiskan semua ni tau? Kalau tak habis, awas." Mark memberi amaran keras sambil mengesat tangannya yang basah.

       "Err.. banyak sangat ni. Awak tak nak makan sekali?" Kata Eping.

        "Saya tak lapar sangat. Saya nak rehat dulu," balas Mark lalu bergerak keluar dari dapur.

Betapa segannya Eping bila dilayan baik oleh si bujang tua. Sebelum Mark hilang dari pandangan, Eping lantas memanggilnya.

         "Bos,"

Mark menoleh ke arahnya seketika tapi dia tidak menyahut.

         "Thank you," ucap Eping. Senyuman ikhlasnya terlukis di wajah.

Bagai ada sesuatu menghentak jantung Mark ketika itu! Dia pun membalas senyuman si balu tanpa sahutan dan kemudian keluar dari dapur.

Dup.. dup.. dup..

Jantungnya seperti dipicit-picit, ia lain sungguh! Mark berdengus sambil menggaru kepala. Tangga dinaiki perlahan-lahan. Ingin dia turun semula dan menemani Eping di sana, tetapi dia batalkan niat itu.

        "Huh.." keluh Mark.

Eping menjamah makanan di atas meja sehingga dia kekenyangan. Pinggan dicuci, ruang dapur dibersihkan selepas makan. Sekarang barulah dia kembali normal, tidak seperti tadi.

*****

         Malam seawal jam 7, Mark langsung tidak keluar dari biliknya sejak petang tadi. Eping membalas budi lelaki itu dengan memasak makanan sihat untuknya.

Tok.. tok.. tok..

      "Bos?"

Pintu bilik diketuk perlahan diikuti suara Eping memanggil.

      "What?" Sahut si bujang tua dari dalam.

      "Tak nak makan ke? Saya masakkan makan malam untuk awak," balas Eping.

Ia tidak dijawab selama seminit. Tapi tiba-tiba Mark membuka pintu biliknya.

Krakk..

        "Saya tak suruh awak masak pun?" Katanya.

        "Makan ni," Eping tidak melayan soalan Mark, malah dia mengarah pula lelaki itu.

         "Why are you..? Hm.. nevermind. Letak di sana," Mark mahu memarahinya tetapi tidak jadi.

Eping masuk ke dalam bilik lalu meletakkan pinggan beserta minuman pada meja kecil Mark. Ubat-ubatan milik lelaki itu turut disediakan juga.

         "Lepas makan, ubat tu jangan lupa.." suara Eping tidak lagi kasar seperti selalu.

         "Ya.. thanks. Erm.. awak macam mana sekarang? Dah ok? Kalau lapar, pergi makan sesuatu. Dengar tak?" Prihatin juga lelaki itu terhadap Eping.

         "Saya dah ok.. saya masih kenyang lagi. Nanti saya jenguk awak," jawab Eping lalu keluar dari bilik itu.

Mark mengeluh pendek. Direnungnya makanan malam di atas meja. Oleh sebab dia tidak mahu menyia-nyiakan masakan Eping, Mark terus saja menyantap hidangan itu.

Pada masa yang sama, Eping masuk ke bilik dan membuka satu persatu baju yang dipakainya. Dia masuk ke bilik mandi dalam keadaan tidak berpakaian. Sedang air pancuran membasahi badan beserta buih-buih mandian pada tubuhnya disental, tiba-tiba perkara yang tidak diingini berlaku!

Widow and the Boss 🧔👱‍♀️Where stories live. Discover now