First and Last

277 2 2
                                    

Seperti rutin kebiasaan, Diana yang sedang melanjutkan pengajian dalam bidang sakit puan pulang ke rumah ibu bapanya pada hujung minggu. Dirinya yang berasa sungguh gembira untuk bertemu keluarganya dikejutkan dengan berita rombongan meminang oleh sahabat baik ibunya, Auntie Khaira.

Dia berasa sangat risau, bagaimana harus dia katakan kepada ibu bapanya dan Auntie Khaira bahawa dia ingin menolak pinangan tersebut. Dia tidak ingin merosakkan persahabatan yang terjalin oleh dua buah keluarga ini apatah lagi memutuskannya.

Tanpa berfikir panjang, Diana kemudian pergi ke hospital tempat Anaid bekerja. Walaupun keluarga mereka rapat tetapi dia tidak pernah mengenali anak Auntie Khaira tersebut. Mungkin kerana Anaid telah dihantar oleh keluarganya untuk belajar di luar negara sejak kecil disebabkan oleh kesibukan ibu bapanya.

***

"So, how is the preparation for the next surgery?" Tanya Dr.Anaid kepada ketua jururawat yang berada di kaunter tersebut.

Sebelum sempat dia menjawab soalan tersebut, Diana terlebih dahulu mengutarakan suaranya.

"Maaf, boleh saya jumpa dengan Dr.Anaid?" Kata Diana kepada ketua jururawat yang sedang bertugas.

Mereka yang berada di kaunter tersebut berasa pelik dengan pertanyaan Diana. Mana mungkin seseorang meminta izin untuk bertemu dengan doktor yang berada di hadapan matanya. Barangkali, dia tidak mengenali doktor tersebut.

"I told you already! Pampasan atau rundingan, saya takkan terima!" Kata Dr. Anaid dengan tegas.

"Excuse me, what on earth you're talking about?" Kata Diana yang terkejut dengan reaksi Anaid.

"You're not Mr. Farhan lawyer's?" Kata Anaid dengan nada yang lembut.

"I'm not! Now, listen to me carefully. We need to talk" Diana lalu membalas dengan tegas.

"I'm so sorry, my bad. Sorry again, but I have a surgery to do" kata doktor tersebut sebelum menghiraukan Diana

"5 minutes! And you will never see me again, please" kata Diana yang seperti terdesak. Dia tidak ingin memanjangkan masalah ini dan berharap agar Anaid dapat membantunya.

Mereka kemudian menuju ke kafe di bahagian lobi hospital. Anaid masih tidak tahu siapakah gerangan gadis di ini tetapi dia seakan berasa rapat dengan gadis tersebut.

"Boleh tak kalau awak kata kat Auntie Khaira yang awak tak setuju dengan perkahwinan ni? Tak pun, awak cakap je awak tak suka kat saya." Kata Diana dengan selamba.

Anaid bagai ditusuk sembilu mendengar kata-kata Diana. Dia tidak tahu menahu tentang gadis yang berada di hadapannya apatah lagi tentang perkahwinan ini.

"Why?" Tanya Anaid yang seperti ingin tahu.

"Saya suka mak awak, saya tak nak lukakan hati dia. Lagipun, mak awak baik sangat dengan saya." Kata Diana dengan senyumannya yang manis.

"That's not what I mean, kenapa awak reject saya? Sedangkan awak tak kenal pun saya." Kata Anaid dengan ketawa kecil pada awalnya.

"Sorry, it's 5 minutes already. Saya doakan awak dipertemukan dengan gadis yang lebih baik. Terima kasih. Assalamualaikum" kata Diana sebelum berlalu pergi meninggalkan Anaid sendirian tanpa menjawab soalan tersebut.

Jujur, timbul sedikit rasa ingin tahu di hati Anaid untuk mengenali gadis tersebut tetapi apakan daya. Gadis itu terlebih dahulu menolak akan kehadirannya. Dia kemudian menuju ke OT seperti tiada apa-apa yang berlaku dan menjalankan tugasnya.



CINTA LUAR BIASAWhere stories live. Discover now