ADLILA keluar dari bilik dengan tuala menutupi kepalanya. Malas nak bertudung. Kelihatan Darrin duduk di sisi ibunya sambil melihat ibunya menjahit seluar.
Dengan buku nota di tangan, dia menghampiri mereka berdua. Dia henyakkan punggungnya di kusyen. Melempar buku nota itu kepada Darrin.
"Aisy, Lila ni nak marah apanya?"
"Tulis kat situ," tuding Adlila pada buku nota tersebut.
Terpinga-pinga Darrin tak faham maksud Adlila. Dengan tangannya, dia menyuruh Darrin menulis.
"Eii, mat salih ni bodoh ke apa? Orang suruh tulis pun tak faham." Adlila merungut.
"Lila, kenapa panggil dia bodoh? Dia tak faham saja tu."
Puan Amni ambil buku nota dan buat isyarat tulis kat situ. Darrin sengih dan segera faham. Tapi, Darrin tak tahu nak tulis apa. Terkebil-kebil dia memandang Adlila.
"Why are you here?" tanya Adlila.
Darrin angguk dan dia terus menulis. Hairan kenapa perempuan yang dipanggil Lila ini menyuruhnya menulis sebab dia ada di sini.
Darrin hulurkan buku nota tersebut kepada Adlila. Adlila membacanya.
"Ibu!" Adlila menjerit.
Terhenti mesin jahit yang sedang berjalan itu apabila Adlila menjerit bagai halilintar.
"Kenapalah jerit nak bagi satu kampung dengar."
Puan Amni rasa macam nak gam saja mulut Adlila. Sejak tadi asyik menjerit saja.
"Ibu tahu tak dia ni siapa? Dia ni abang kepada perempuan rambut merah yang Falik nak kahwin tu!" tuding Adlila kepada Darrin. Gigi Adlila menggerit.
"Hah!" Puan Amni pandang Darrin.
Perempuan rambut merah itu namanya Lucia. Rasa macam nak terajang Darrin sekarang juga. Kerana adiknya, Falik berubah hati. Kerana adiknya juga, Darrin terperangkap di sini. Sofa yang ada di tepinya diangkat dan Adlila melemparnya ke muka Darrin.
"Lila, dia ni tetamu kita. Layan elok-elok sikit!" marah Puan Amni.
Tak semenggah sungguh perangai Adlila. Kalau boleh hari-hari nak mengamuk. Faliklah punca Adlila asyik mengamuk dan menjerit begini.
Darrin ambil sofa yang mendarat di mukanya tadi. Ganas sungguh perempuan ni. Tak pernah dia jumpa perempuan seganas ini di London. Semuanya lemah lembut. Lucia pun tak macam ini. Cumanya, Lucia nak kahwin dengan lelaki Melayu itu.
Dia tak mahu Lucia kahwin dengan lelaki Melayu itu. Sebab itulah dia datang jauh ke sini. Seorang diri.
"Bukan tetamu Lila, dia tetamu ibu." Adlila bingkas.
Pintu bilik dihempas dengan kuat. Sakit hatinya. Terpandangkan muka Darrin, dia nampak bayangan Falik dan Lucia yang sedang menikmati malam pertama. Argh! Adlila menjerit. Dia hempaskan tubuhnya di atas katil.
Keturunan orang putih ni memang tak guna! Adlila menyumpah. Kakinya dihentak-hentak ke hujung tilam. Tiba-tiba hujung kakinya tersauk sesuatu.
Adlila naikkan kakinya. Mengecil matanya dan dia menjerit apabila melihat boxer yang tersarung di hujung jari kakinya. Boxer berwarna putih dilempar dengan kakinya ke bawah katil.
Adlila keluar dari bilik tanpa tudung. Tak ingat nak tutup kepalanya kerana dia sakit hati. Terus saja dia menuju ke arah Darrin yang sejak tadi duduk saja di sisi ibunya. Terpaku mereka berdua melihat muka bengis Adlila.
Tangan Darrin ditarik. Hampir tersungkur Darrin kerana tidak bersedia dengan tarikan Adlila.
"Lila! Kenapa ni?" tanya Puan Amni.
Hairan kerana Adlila menarik tangan Darrin. Puan Amni turut mengekor, bimbang Adlila mengamuk.
"Tu," tuding Adlila kepada benda kecil berwarna putih itu.
Terkebil-kebil Darrin pandang boxernya. Bila masa pula boxernya ada di situ? Oh, dia terlupa, dia sudah terbiasa begitu.
"Apa tu Lila?" tanya Puan Amni. Tak pasti apakah itu.
Darrin sudah mencapainya.
"Ibu tahu tak, itu seluar dalam dia."
Adlila rasa mahu menangis. Tak terjangka katil dan tempat tidurnya itu menjadi tempat beradu lelaki asing.
Lelaki asing! Bukan lelaki Melayu.
Dia tak suka orang putih. Orang putih yang rasis dengan orang Islam. Sikit-sikit fobia dengan Islam. Macamlah mereka tu baik sangat.
"Oh..."
"Ibu hanya cakap 'oh'? Ibu ni..." Adlila menjerit.
Dia menolak Darrin ke tepi. Cadar dan segala jenis yang tersarung di atas katil dibuang ke tepi.
"Kau jangan pandai-pandai masuk sini lagi," tuding Adlila kepada Darrin.
Terkebil-kebil Darrin memandang Adlila.
ADLILA menjeling ibunya yang sedang melipat baju Darrin. Kenapalah ibunya baik sangat dengan orang putih itu? Geram sungguh. Kalau ikutkan hatinya, dah lama dihalaunya Darrin. Takkan sampai tiga hari Darrin berada di rumahnya.
"Ibu, mari sini. Cuba tengok bangsa mereka ni."
"Bangsa apa?"
"Orang putihlah. Macam tetamu yang ibu suka tu."
Adlila menjuih ke arah Darrin. Adlila memaksa ibunya supaya datang kepadanya. Di kaca televisyen sedang menayangkan aksi agak panas di atas katil.
"Cuba tengok tu, itu dalam cerita. Dah macam tu. Dahlah perempuan tu dah kahwin. Tapi, tengoklah dia sedang berasmaradana dengan lelaki lain. Memanglah itu hanya filem. Tapinya, memang tak patutlah cium penuh ghairah dengan lelaki lain. Bibir dia tu hanya untuk suami dia." Adlila terangkan kepada ibunya bersungguh-sungguh.
Puan Amni ketawa kecil. "Ibu tahulah. Mereka tu kafir. Tak ada batasan."
"Tu macam bangsa yang ibu anggap tetamu ibu tulah." Muncung mulutnya terhala kepada Darrin.
"Aisy, kamu ni Lila."
"Dia bukan faham kalau Lila maki dia pun. Bangsa orang putih bodoh!"
Adlila rasa nak meludah di depan muka Darrin sekarang juga.
"Dia tak salah pun. Adik dia dan Falik yang salah. Dia cuma cari adik dia, nak bawa adik dia balik saja."
Adlila mendengus lagi. Adik dengan abang sama saja. Darrin tulis sesuatu dan menyerahkan buku nota kepada Adlila. Dalam marah-marah pun Adlila ambil juga.
"Ya Allah, ibu. Dia ni hilangkan pasport dia. PATI ni ibu. Kalaulah polis tahu ada PATI kat rumah kita, matilah kita." Adlila terbangun.
"Hah, biar betul Lila."
Puan Amni terus bangun dan menutup pintu rumahnya. Tak boleh bagi orang tahu Darrin ada di rumah mereka.
"Tutup pintu buat apa ibu. Kita hantar dia kat balai polislah. Senang cerita."
"Kamu ni Lila... Tak kasihankan dia ke? Dia nak jumpa adik dia. Dalam dua tiga hari baliklah tu. Ibu dah suruh jiran Falik beritahu ibu kalau mereka balik."
Adlila menjeritdengan tingkah ibunya. Dalam diam ibunya merancang sesuatu. Nampaknya lagilamalah lelaki bangsa asing ni duduk di rumahmereka.
YOU ARE READING
CINTA HARUS MEMILIKI
RomansaTajuk: CINTA HARUS MEMILIKI Penulis: ZAZA QRY Harga: RM25 / RM28 Adlila dicurangi tunangnya, Falik. Daripada mahu menangisi kecurangan Falik, Adlila bertindak memaksa Falik membayar wang yang telah dia habiskan untuk Falik semasa tunangnya itu belaj...