Hari yang ditunggu pasangan tersebut telah tiba.Sembilan bulan yang ditunggu telah pun tiba.Dalam kegembiraa itu,Adrian sedikit takut .Dia takut jika sesuatu terjadi ketika isterinya melahirkan.Dia tidak mahu kehilangan salah satu dari mereka.Dia juga berharap isterinya kuat untuknya .
Adrian segera membawa isterinya ke hospital.Mertuanya di kampung juga telah dihubungi.Mereka di dalam perjalanan ke sini.Mujur kampungnya tidak jauh dari bandar.Daddynya juga di situ untuk menemani Adrian.
"Adrian,doa banyak-banyk supaya anak dan isteri kamu selamat" nasihat Datuk Muhaimin menepuk-nepuk bahunya.Adrian sudah risau di bilik menunggu.
Kelihatan seorang doktor perempuan keluar menuju ke arah mereka.Mertuanya masih belum sampai.
"Encik Adrian boleh masuk .Temankan isteri encik" Adrian mengangguk.
Ketika ini Adrian melihat muka Rina kelihatan pucat menahan sakit.Tangannya kuat mengenggam tangan Adrian.Adrian sentiasa di sisinya .Dia terdengar suaminya membaca doa.Kurang sikit takutnya ketika ini."Sayang,sayang kena kuat untuk abang untuk baby kita.Kalau sakit sangat baca doa" nasihat Adrian.Rina hanya mengangguk kerana terlalu sakit sehingga tidak terkeluar kata-katanya.
"Puan Daerina sekarang sudah hendak melahirkan ni.Sedia ye" pesan doktor itu.Adrian di sebelah sudah gelisah.Besarnya pengorbanan seorang ibu.bisiknya.Ini membuatkan dia semakin kuat menyayangi wanita ini.
Di luar pula,Encik Hasyim dan Puan Aminah sudah tiba di hospital.Mereka tidak putus-putus mendoakan keselamatan anak dan cucu mereka.
"Sabarlah Aminah.Semuannya baik-baik sahaja" Encik Hasyim faham perasaan seorang ibu merisaukan anaknya.Isterinya itu tidak berhenti risau dari mula mereka keluar dari rumah.
Kini Rina sudah selamat melahirkan .Mereka tersenyum mendengar tangisan bayi yang sudah bergema di dalam bilik itu.Adrian bersyukur kedua-dua cinta hati dia selamat.Adrian terus mengucup dahi isterinya dan mengucapkan terima kasih.Berpeluh-peluh isterinya itu,kerana terlalu penat.Mereka diluar sudah tersenyum dan sama-sama mengucap syukur.
Bayi tersebut dibalut dan diserahkan kepada Adrian.Tersenyum Adrian melihat anak lelakinya.Dia mencium anaknya dan mendekatkan anaknya ke wajah Rina serta -merta Rina mengucup pipi anaknya.
Rina terasa penat sekarang.Dia gembira semua selamat.
"Alhamdulillah sayang" ucap Adrian.
Rina hanya tersenyum.Adrian terus mengazankan ke telinga kanan anaknya.Wajah anaknya begitu irasnya.Cuma hidungnya kecil dan comel seperti Rina.Rina ditempatkan di bilik khas yang ditempah Datuk Muhaimin untuk menantunya.Terbuka sahaja kelopak matanya terkejut dia melihat keluarganya melawatnya.Semuanya berasa teruja untuk memegang bayi lelakinya terutama bapa mertuanya.Adrian setia di sisinya mengusap kepalanya.
"Abang saya nak duduk" pintanya.Adrian terus meletakkan batal di belakangnya dan memegang tangan isterinya dan dikucup lembut.Mujur semua orang leka bermain dengan bayinya.
"Abang apa nama baby kita" tanya Rina.
"Muhammad Aiqal .Sayang suka tak?" soal Adrian.
"Papa dia yang pilih,mestilah saya suka" balas Rina lembut.
"Sayang,terima kasih atas segala.Terima kasih juga sudi lahirkan zuriat abang sanggup tanggung semua sakit.Abang janji abang akan selalu sayang ,cinta dan jaga sayang sepenuh hati abang.Abang nak kita sama-sma jaga anak-anak kita " bisik Adrian perlahan yang mengenggam tangan isterinya dam mencium dahinya.Terpejam mata Rina.
"Anak-anak?" soal Rina kembali.
"Ye lah Aiqak mesti nak adik lagi" usik Adrian nakal.Kemudian mereka memamdang Aiqal yang terlelap di pegangan maknya.
"Assalamualaikum" sapa dua suara serentak.Kesemua mata memandang ke bahagian pintu.
"Waailaikumussalam" balas Rina.Terkejut Rina dengan kehadiran kedua-dua rakan baiknya yang tiba di situ.
Rakan-rakan yang terus berlari mendapatkan Rina dan mendakap lembut badan Rina.Berpelukan mereka di situ.Adrian terus mengangkat punggung untuk memberi ruang mereka bertiga.Rakan-rakannya terus meletakkan buah tangan dan segala hadiah yang dibawa di atas meja di sebelah katil.
"Ya Allah bila korang balik?Macam mana korang tahu aku dekat hospital?" soal Rina teruja.
"Aku balik bulan lepas.Sorry tak sempat bagitau kau.Aku busy kerja" balas Dira.Maklumla doktor busy.
"Aku pula baru sampai minggu lepas" kata Fiqa pula.
"Ni aku baru bersalin baru nak datang" ujar Rina dengan nada dibuat sedih-sedih.
"Laki kau bagitau laki kita orang yang kau dah bersalin terus kita orang minta mc sebab nak jenguk kau kat sini.Maklumlah aku sekarang tengah uruskan pemindahan aku kat Malaysia.Fiqa pun sama dah buka butik sendiri kat sini" terang Dira panjang lebar.
"Wah maksudnya korang terus dekat sini lah.Bestnya" balas Rina teruja.
Mata mereka terus memandang ke arah Aiqal yang tidur."Comelnya anak kau.Mesti dia handsome macam papa di besar nanti kan" kata Fiqa yang mencucuk tangan ke pipi gebu Aiqal .Merengek bayi kecil itu.
"Memandai lah kau.Korang dua bila lagi.Busy kerja je" usik Rina
"Ada ni" kata mereka serentak sambil menepuk perut yang masih kempis.Terkejut Rina.
"Congrats korang" mereka memperlahankan suara takut didengari Aiqal.
"Lupa nak tanya.Babh kecik ni apa nama". tanya Dira.Fiqa mengangguk.
" Muhammad Aiqal"jawap Rina .
Tersenyum melihat muka comel anaknya.Iras Adrian."Nama pun handsome.Cun sangat dengan dia". Teruja Fiqa .Dari tadi sesi memujinya belum habis.
" Mana laki korang?"tanya Rina.Adrian juga tidak kelihatan.Mak abah dan daddynya sudah pulang ke rumah untuk membersihkan diri.
"Ada kat luar.Mungkin Adrian kat luar layan diaorang" balas Dira.Patut Adrian tak nampak.Biarlah.Mereka terus bergurau.
Di luar
"Wo bro hebat kau.Tak sangka cepat betul kau dapat anak" usik Danial."Betul la bro.Aku bangga ada kawan macam kau" tambah Faris.Adrian mendengar menjulingkan mata ke atas.Makin bodoh dua rakannya itu semenjak berkahwin.Ingatkan dah tua boleh fikir rupanya makin bodoh.Kesian.
"Aku rasa korang ni makin bodoh aku tengok.Korang bila nak dapat anak" tanya Adrian .Setahunya mereka suda beberapa bulan berkahwin.
"Kau nak tahu tak,isteri kita orang serentak mengandung tau tak.Aku pun pelik" ujar Danial.
"Korang rasakan apa yang aku rasakan selama ini" usik Adrian pula.
"Susah ke nak jaga orang mengandung bro?" soal Faris.
"Kalau Rina tak la susah mana.Tak tahu bini korang.Aku rasa bini korang comfirm susah.Sebab muka pun nampak ganas" kata Adrian serius.Sengaja mengusik mereka berdua.Mereka berdua mendengar hanya mengangguk.
"Korang datang sini tak nak jenguk anak aku ke .Handsome tau macam aku" gurau Adrian
Mereka berdua yang mendengar menyampah."Anak kau je handsome.Kau tak" kata Danial.Berdekah ketawanya.Adrian melihat beriak biasa.Mereka terus melangkah ke dalam bilik Rina.Di situ mereka terus berbual untuk berkongsi cerita.Mengimbau masa lalu.
Mereka berdua saling berpandangan.Sungguh bahagia melihat pemandangan di hadapannya.Bersama orang yang dicinta.bersama anak yang disayangi.Begitu juga dikelilingi oleh orang tersayang.Mereka berdua berharap hubungan mereka kekal bahagia selamanya.Cukup sahaja perkara di depan mata sudah memadai.Terima kasih atas bahagia ini.Terima kasih ya Allah.
Tamat.
YOU ARE READING
Takdir Aku ✔(COMPLETE)
Lãng mạnkalau nak tahu bacalah . Adrian ✖Daerina Mengisahkan seorang wanita yang tabah dalam menghadapi dugaan dalam hidupnya.Dia selalu merasakan dirinya tidak di sukai oleh orang sekelilingnya disebabkan oleh paras rupanya.Setelah sekian lama mendengar hi...