chapter 6

2.5K 107 22
                                    


            Keesokan harinya, Mark keluar dari rumah sebelum Eping bangun dari tidur. Hari ini dia tidak mahu lagi wanita berstatus balu itu mengikutinya ke pejabat. Secara senyap-senyap dia meninggalkan perkarangan rumah menaiki keretanya tanpa pesanan. Kejadian dia hampir mengucup Eping semalam membuatkan dia malu untuk bersemuka dengan wanita itu.

Jam 7 pagi, Eping bangun dari tidurnya selepas terdengar jam penggera telefon bimbit berbunyi. Selesai saja menyiapkan diri, dia sempat mengetuk pintu bilik si bujang tua untuk sedarkan dia dari tidur. Tetapi ketukan dan panggilannya tidak disahut. Eping menyangkakan lelaki itu masih tidur lena, padahal dia telah pun meninggalkan rumah banglonya terlebih dahulu.

        "Ah, pandailah awak bangun sendiri." Gumam Eping lalu turun ke bawah.

Sebenarnya dia berasa tidak selesa sejak kejadian yang terjadi semalam, tetapi dia tidak mahu hal itu menjejaskan tugasnya sebagai penjaga. Akan dia tepiskan rasa janggal itu dan melakukan kerjanya seperti selalu.

~~~~~

         Hampir pukul 8 pagi, kelibat Mark di dalam rumah itu masih tidak kelihatan. Eping yang berada di dapur menyediakan sarapan pagi mulai curiga. Dalam fikirannya sekarang..

'Takkan dia pengsan? Lebih baik saya pergi tengok,'

Kata hatinya. Dia risau jika sesuatu yang tidak baik terjadi kepada Mark. Eping berlari pantas menaiki anak-anak tangga menuju ke bilik si jejaka bujang.

Tok! Tok! Tok!

Ketukan serta merta dilakukan.

        "Bos? Awak dah bangun ke?" Panggilnya.

Namun ia tidak terjawab. Dia mengetuk dan memanggil berulang kali tetapi langsung tiada sahutan dari dalam. Dengan hati yang takut dan panik, Eping terus saja memulas tombol pintu.

Dup!

Bilik itu kosong tidak berpenghuni. Katil si bujang tua tampak kemas, pintu bilik mandinya juga tidak tertutup.

         "Bos?" Eping mencari lagi di seluruh ruang bilik besar itu sambil memanggil Mark.

Tapi apa yang dicarinya tidak ada di situ. Eping menggaru kepala, dengusannya terjadi.

         "Huh.. mana pula orang tua ni? Takkan dia pergi ke syarikat awal-awal macam ni? Hm.." keluh si balu.

Dia meluru keluar dari bilik itu dan terus mengambil telefon bimbit yang berada di biliknya. Mark dihubungi segera.

Tut.. tut.. tut..

Eping menanti panggilan telefon itu disambut selama beberapa saat, tapi ia tidak dijawab. Betapa gusar hatinya sekarang! Ia tidak mematahkan semangatnya, malah sekali lagi dia mendail nombor Mark.

Tut.. tut.. tut..

📞 "Hello,"

Akhirnya Eping berasa lega setelah mendengar suara Mark. Dia sangkakan terjadi sesuatu kepada si lelaki hinggakan panggilan pertamanya tadi tidak disambut.

📞 "Hello bos, awak di mana?" Eping terus saja menyoal kasar.

📞 "Office.. why?" Balas Mark.

📞 "Awalnya? Kenapa tak sarapan dulu? Dan kenapa tak beritahu saya yang awak bertolak awal?" Tanya Eping lagi.

Suaranya sememangnya agak cemas ketika Mark mendengarnya.

📞 "Erm.. saya dah breakfast di cafe tadi. Sorry sebab tak beritahu yang saya keluar awal. Saya tak nak ganggu tidur awak," terang Mark, padahal dia tidak mahu Eping mengikutinya ke pejabat lagi seperti kemarin serta mahu mengelak dari berhadapan dengan si balu muda.

Widow and the Boss 🧔👱‍♀️Where stories live. Discover now