3

113 27 7
                                    

☁

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Yumi menunggu untuk Jaemin menyahut panggilannya.

Harapannya punah, apa yang berada di hadapannya ialah pokok yang  wujud seperti di dunia dinosaur. Mana mungkin sahutannya dapat didengari oleh Jaemin.

"Na Jaemin!" Sekali lagi dia memanggil abang tersayang. Yumi memeluk tubuh, perasaan sunyi dan takut menyelubungi diri kerana abangnya tiada disisi.

Tak sakit untuk mencuba sekali lagi, "NA JAEM-" ada sesuatu yang memotong Yumi dari menjerit sekuat hati.

"Boleh diam tak? Buang tebiat ke jerit-jerit ni,aku nak tidur pun susah" Ada suara menegur. Suara tersebut kedengaran lemah, seolah-olah orang yang mengantuk sedang bercakap. Suara itu datang dari semak-samun yang bewarna biru.

Rasa ingin tahu Yumi membuak-buak. Manalah tahu tu abangnya? Walaupun suara yang menegur Yumi tidak sama walaupun sedikit dengan Jaemin, Yumi masih belum putus harapan.

Yumi menggagahkan diri untuk bangun dan memeriksa apa yang ada disebalik semak-samun tersebut.

Alangkah terkejutnya dia apabila melihat manusia mempunyai telinga arnab melekat di atas kepala. Telinga arnab tersebut sangat besar sehingga dapat menutup mata jejaka yang sedang tidur itu.

Helaian daun yang besar menutupi sebahagian tubuhnya, mungkin daun itu berfungsi sebagai selimut.

Hidung sensitif si arnab dapat menghidu bauan yang asing, lantas dia membuka mata, mata si arnab dan Yumi secara tidak sengaja bertemu.

Yumi jatuh terduduk, terkejut dengan apa yang dia lihat. Tetapi matanya masih tidak melepaskan si arnab.

"Peliknya kau. Bau kau pun pelik" si arnab berdiri, tingginya tak boleh buat main. Walaupun di bumi, arnab ialah makhluk yang gebu, kecil, dan comel, di dunia ni, ciri untuk seekor arnab bertentangan sungguh dengan hukum alam.

"K-kau yang pelik! Tengok telinga tu lon-londeh! Mana ada manusia macam kau wujud dalam dunia ni" ya, di dunia mungkin tak wujud, tetapi dalam buku cerita mungkin ia perkara yang tidak mustahil.

Yumi memuji diri sendiri di dalam hati, tak sangka pula dia dapat berkata-kata dalam  situasi ni. Yumi menjangkakan yang jika dia membuka mulut pasti dia akan menangis.

Perkataan yang keluar dari mulut Yumi membuatkan si arnab bengang.

"Sekurang-kurangnya telinga aku tak kecil macam telinga kau. Telinga aku boleh bergerak" si arnab menggerakkan telinga ke atas dan kebawah. " haha kau mampu? Telinga kecil kau tu belum tentu boleh dengar gajah menangis"

'Wahh.. sungguh mencabar kesabaran. Dia tak sedar ke dia yang pelik sebenarnya?' Bisik suara kecil di dalam kepala otak Yumi.

Ikutkan hati Yumi, nak je dia cubit-cubit lelaki bertelinga arnab tu. Geram.

"Apa yang manusia macam kau buat kat sini?" Tanya si arnab sambil menyilangkan tangan.

Disebabkan si arnab ni tiada nama, apa kata kalau kita namakan dia,Doyoung?

Yumi bercekak pinggang,
Benda yang bersinar pada jarinya mengalihkan pandangan Doyoung dari muka ke jari Yumi.

"Siapa bagi kau cincin tu?" Wajah Doyoung berkerut, bukan sebab dia benci, tetapi dia kenal sangat cincin tu.

"O-oh ni haha" Jejaka berhoodie biru bermain semula di fikiran, "Tadi ada orang kasi. Tak ada benda yang istimewa pun haha" Yumi menyorokkan tangan ke belakang.

"Tengok tangan tu" tangan doyoung mencapai tangan Yumi.

"Hey! Sakitlah!" Yumi cuba untuk melepaskan diri dari genggaman Doyoung,tetapi tidak berjaya.

Si arnab memerhatikan cincin dengan dekat. Nak terjojol mata si arnab memeriksa setiap details yang ada pada cincin tersebut.

Oh sungguh dia kenal siapa empunya cincin tersebut.






Cincin biru yang bertakhta kan bulan, milik "Frost..."































-------
Hai terima kasih kepada yang sudi baca dan voments.

Terima kasih,
Pudu 🌻🌼🦁











TAEYONG FROST - 태용 (Lee Taeyong)Where stories live. Discover now