☁
"Frost? Siapa tu?" Tanya Yumi.
"Frost tu, salah satu daripada penjaga hutan ni."
"Penjaga hutan?"
"Yep. Setiap penjaga hutan ada kelebihan tersendiri, tugas mereka satu je iaitu menjaga keselamatan penduduk dan hutan ni. Sekejap kenapa aku beritahu kau semua ni?" Doyoung menyesal seketika.
"Habis tu Frost tu siapa pula?" Yumi kehairanan, dah kenapa tiba-tiba jejaka bernama Frost menghadiahkan dia sebentuk cincin, kenal pun tidak.
"Frost tu apa kelebihan dia? Maksudnya penjaga hutan ni ada banyaklah? Macam mana tu-"
"Satu soalan dalam satu masa please" celah Doyoung. Si arnab memicit di bahagian antara kedua-dua belah matanya. Pening dengan Yumi yang tidak berhenti-henti bertanya dari tadi.
"Kau tahu cakap bahasa english?" WOW! Tak sangka pula hidupan di dunia lain pandai berbahasa seperti manusia di bumi.
Doyoung mencebik. Menyampah dengan perangai Yumi. Sikit je lagi untuk telinga besarnya hinggap ke pipi Yumi.
Doyoung menarik nafas sedalam-dalamnya lalu menghembuska apabila hatinya tenang.
"Ok aku akan jawab soalan kau satu-satu" dia mencucuk jari telunjuknya ke angin. "Frost ada kelebihan seperti penjaga yang lain-"
"Apa kelebihan dia!?" Yumi menjerit sedikit. Teruja.
"Shush woman. Kalau tak aku tak nak cerita"
Yumi membuat aksi menzip mulut.
"Frost, kelebihan dia dingin dan segala benda yang sejuk tu kelebihan dia. Tu nampak tasik yang beku tu?" Doyoung meunjuk ke arah tasik yang beku. "Ha tu dia punya kerja lah tu"
"Ok untuk soalan seterusnya, ya penjaga hutan ada banyak. Contohnya penjaga haba, pokok,serangga,bunga dan sebagainya."
"Boleh cerita tentang Frost lagi? Cerita dia macam menarik"
Doyoung mengeluh. "Tak nak. Aku mengantuk. Kau kacau aku tidur tadi, siapa suruh" Doyoung menguap.
"Sebelum kau tidur, apa nama kau? Dari tadi kita bercakap tapi nama masing-masing tak tau pun" Yumi terkekek kecil.
"Nama aku Doyoung dah pergi sana shuh shuh" Doyoung mengusir Yumi pergi.
"Ok. Nama aku pula Na Yumi. Boleh panggil Yumi."
Doyoung kembali semula baring atas tanah. Dia menjilat tapak tangan dan mengusap kedua-dua telinga gergasinya.
"....comel"
☁️
Jauh di dalam hutan, seorang lelaki sedang menunggu kehadiran Yumi. Dia telah membuat pelbagai persiapan untuk menyambut kehadiran si gadis.
Si jejaka menyentuh permukaan keras pokok dan permukaan tersebut bertukar menjadi kristal-kristal yang bewarna seputih salju. Dia tersenyum melihat hasil kerjanya.
Dia kembali membuat meja dan beberapa kerusi untuk tetamu istimewanya duduk. Kerusi dan meja itu diperbuat dari air batu, dan akhir sekali dia meletakkan daun-daun kering yang bewarna jingga keatas kerusi untuk mengelakkan si gadis kesejukan.
Sudah lama dia tunggu saat-saat ni. Saat dimana dia dan jiwa yang lagi separuh bertemu agar membuat satu hati yang lengkap.
"Semoga dia suka dengan apa yang aku buat ni"
"Dia manusia, manusia mana suka sejuk-sejuk macam ni" muncul suara kecil, menyatakan pendapat.
"Dia mesti suka punyalah. Dia mate aku, dia akan suka apa yang aku suka dan benci apa yang aku benci"
"Ok Taeyong"
"Jangan panggil aku guna nama tu, Yangyang. Berapa kali aku nak cakap" tegur lelaki yang bernama Taeyong.
Yangyang menggulungkan mata keatas dan mengepakkan sayap kecilnya menuju ke rumah khas yang dibuat oleh Taeyong. Rumah kecil yang diperbuat dari bekas lilin antik sesuai untuk pari-pari kecil seperti Yangyang.
"Kalau la manusia tu tak wujud" si pari-pari kecil merengus kasar.
☁️
"Doyoung bangun" Yumi menggoncang perlahan badan si arnab.
"Dah sepuluh minit kau tidur, bangunlah. Aku lonely""Jangan kacau...."
"Doyoung, aku nak balik. Macam mana aku nak balik ni. Aku rindu abang"
Si arnab memekakkan telinga.
"Doyoung...." bunyi esakkan mula kedengaran. Di arnab yang sedang tidur panik apabila terdengar Yumi menangis.
"Ok ok be quiet dont cry. Aku bawa kau jumpa Frost okay. Jangan nangis kalau tak nanti pari-pari yang annoying dengar." Doyoung mengesat air mata Yumi yang membasahi pipi.
"Pari-pari annoying?" Yumi mengambil daun yang lebar lalu menghembus hingusnya.
"Yeah. Nama dia Haechan. Ok jom jumpa Frost, mungkin dia tahu cara nak bawa kau balik. Yelah, sebab dia yang bawa kau ke sini" Doyoung bangun dari posisi duduk.
"Pegang tangan aku" sambung Doyoung.
"Tak mahu, tangan kau berbulu"
"Aku sambung balik tidur nanti baru kau tahu"
Yumi cepat-cepat menyambut tangan Doyoung.
"Ok Doyoung, tolong bawa aku jumpa Frost sekarang sebab aku rindu Nana"
"Vroom vroom, baik cik! Jangan nangis lagi ok?"
Yumi membalas dengan senyuman "baik!"
YOU ARE READING
TAEYONG FROST - 태용 (Lee Taeyong)
FantasyAlkisah heroin nerd yang gilakan fantasi dan hero yang datang dari dunia fantasi. Hanya disebabkan sebentuk cincin mainan, dunia Yumi berubah 360° {Started 191119} #41 taeyong 191119 #103 fantasi 231119 #17 taeyong 241119 #2 2k19 291119 #22 t...