Ni cerita daripada kakak ipar aku masa dia duduk kat asrama dulu.
Kakak ipar aku ni start kena masa dia form 4.Waktu tu dia tengah jalan nak ke masjid dengan kawan dia 3 orang.Nak ke masjid tu kena lalu dewan terbuka dulu.Masa tengah lalu tu,kakak ipar aku ni nampak ada benda hitam and besar tengah berjalan atas atap zink dewan.
Kakak ipar aku ni pun suruh kawan diorang ni jalan cepat sebab benda hitam tu macam nak kejar diorang.Tapi,dia sorang jela yang nampak.
Masuk masjid ok lagi.Selepas maghrib,ada ceramah.Kakak ipar aku ni menyandar la tepi sliding door masjid.Mata dia tertumpu ke arah tingkap tinggi dekat dewan tertutup.
Dia nampak ada sepasang mata merah tengah tenung dia.Dia pelik lah sebab tak logik orang boleh panjat setinggi tu nak ke tingkap tu.
Dia tiba-tiba dia menjerit and satu masjid terkejut.Termasuklah 3 orang lagi budak perempuan yang menjerit macam kena histeria camtu.Kecoh satu masjid.
Warden suruh pelajar lain pegi solat Isyak kat dorm.Tinggalkan yang kena ni jer dalam masjid ditemani 2 orang ustaz dan ustazah.
Ustazah tu tengah pujuk kakak ipar aku suruh baca surah yassin sebab dia dalam keadaan sedar tak sedar.Tapi,kak ipar aku ni pegi lempar buku yassin tu.Ustaz ni pun baca sikit-sikit sampaila semua sedar and ok.
Lepas kejadian tu,kakak ipar aku keluar asrama and berulang je.Rupanya,sekolah tu bertanahkan tempat orang tanam padi dulu.Orang zaman dulu selalu seru semangat padi untuk suburkan tanaman tu..Mungkin roh semangat tu still ada sampai sekarang.
YOU ARE READING
CECERITAA SERAM
رعبKalau suka sangat dengan cerita hantu,baca laaa...Tapi kalau ada benda join sekali tu buat derr je..Hehe