Ending ( CHAPTER 23 )
THE SWEET ESCAPE
BY: ANNELL CJROSEY ADOREYBarox duduk di samping katil, sambil merenung wajah Tiara. Tiara masih tidak melarikan lirik matanya dari arah pintu keluar.
"What' s wrong?"Barox tiba-tiba bersuara. Membuatkan Tiara tersedar dari lamunannya.
"Oh, nothing... Macam mana ko tau saya di sini?"Tiara baru sedar, dia belum lagi menghubungi Rossa. Bagaimana Barox tahu yang dia berada di hospital itu.
"Well, ko pigi macam itu saja. Mestilah saya minta tolong PI cari ko... And looks like. You have guest. Saya ganggu kamurangkah?"Reaksi pada wajah Barox tenang saja.
"Hurm, nda juga bah... But i think, i need to rest for a while."Barox mengangguk.
"Kalau macam tu, nanti saya datang balik. Take care."Barox terus beredar.
Tiga hati mula merasa gelisah, masing-masing dengan telaah sendiri. Barox mencari-cari kelibat Mafia. Tetapi nampaknya Mafia sudah beredar.
"Siapa dia?" Hati kecil Barox, berbisik.
****
Marco dan orang-orangnya dengan teliti, mengepung kawasan di mana Davis dan sekutunya sedang berada. Derick pula mengetuai kumpulan yang satu lagi. Mafia? Mafia tidak dibenarkan mengikuti mereka. Kerana dia masih belum sihat sepenuhnya.
Marco memgarahkan orangnya menendang pintu markas itu. Bertempiaran orang-orang Davis yang masih belum bersedia untuk bertempur. Akhirnya orang-orang Davis tertangkap. Cuma Davis yang berjaya melarikan diri.
"Bro ko urus yang ini, Davis biar saya yang urus."Marco dan Brendon mula mengejar Davis. Mereka berpecah.
Marco memilih haluan yang betul. Dia menemui Davis sedang duduk keletihan.
"Pandai panat juga ko pula ni..."Marco merenung tajam ke arah Davis.
"Mimanglah, ko ingat saya robot!!"Davis masih angkuh berkata-kata.
"Tamat riwayat ko hari ni Davis!!"Marco datang meluru, dan menendang kepala Davis. Jatuh terjelepuk Davis menahan sakit.
Davis berpura-pura pengsan. Tetapi sebenarnya dia hanya ingin memancing Marco supaya lebih dekat dengannya. Tangannya sudah sedia menggenggam sebatang kayu yang sederhana besar. Seperti yang diramalkannya Marco datang menghampirinya.
Davis tiba-tiba berdiri dan sempat memukul perut Marco. Marco mengerang kesakitan sambil memegang perutnya. Dia berundur sedikit. Davis tersenyum puas.
"Rapat lagi Taiko! Takkan ko takut? Hahaha..."Davis melemparkan batang kayu itu ke tanah. Dan mengeluarkan pistolnya. Dia mengacukan ke arah dahi Marco.
"Kenapa ko nda guna ja tu pistol dari tadi!!"Marco tersenyum sinis. Davis pula rasa tercabar. Hatinya sakit bila merasa Marco mempersendakan keberaniannya.
"Ko betul-betul nda takut saya tembak ko?"
"Tembaklah!! Apa ko tunggu lagi."Davis sudah berada rapat dengan Marco. Dia terus mengacukan pistol itu betul-betul pada dahi Marco.
"1, 2, 3...."
Bang!! Marco terpegun, dia melihat Davis yang terjelepuk ke tanah. Bukannya dia.
"Gosh! Nasib saya patah balik tadi. Kalu inda... K.O sudah ko Taiko..."Brendon muncul menjadi penyelamat Marco.
"Jadi, apa kita mau buat sama mayat dia ni?"