Di sini tidak mungkin
terdengar sekuntum mawar
berbicara dan bersuara ria
kerana pada tiap-tiap kembang kelopaknya
ada titik-titik hitam yang mencengkam
maka itulah kesakitan amat
di mata mawar terpinggirTidak pernah akan terjawab
betapa dalam makna kehidupan
apabila ada saja puspa yang indah mekarnya
maka selebihnya adalah kering mawar terpinggirDatanglah mentari
keringkan jernih air yang terbayang
di celah-celah kelopak mawar terpinggir
yang kian suram sinarnya
kerana selagi itulah
mawar terus terpinggir