Gempa membuka pintu rumahnya dan pemandang pertama yang nampak adalah keadaan rumah yang bersepah dengan plastik makanan ringan, permainan yang berterabur di merata tempat dan televisyen yang terpasang tanpa orang menontonnya. Gempa mengeluh berat, dia membuka kasutnya dan berjalan masuk ke dalam rumahnya. Gempa meletakkan beg sandangnya di atas sofa dan terus mengemas ruang tamu yang bersepah itu.
"Assalammualaikum," ucap Taufan yang berjalan masuk ke dalam rumah.
"Waalaikumsalam," balas Gempa tetapi tangannya masih sibuk mengemas.
"Abang Gem bari balik dari kerja ke?" soal Taufan apabila dia baru perasan yang Gempa masih memakai seragam 7Enya.
"Ya," balas Gempa ringkas.
"Ya Tuhan, bersepahnya. Siapa yang buat ni?!" Taufan bercekak pinggang sambil melihat keadaan ruang tamu yang bersepah.
"Apa yang terjadi?" soal Ais yang berdiri dibelakang Taufan, dia turut terkejut apabila melihat keadaan ruang tamu itu.
"Ni mesti kerja dorang bertiga ni," kata Taufan dengan nada geram.
"Abang Gem, nak aku panggil dorang ke? Kemas tempat ni?" soal Taufan apabila dia terperasan Gempa berasa penat untuk mengemas ruang tamu itu.
"Tak perlu, biar aku kemas. Korang pergilah bersihkan diri korang dulu," kata Gempa.
"Tapi, Abang Gempa.."
"Tak apa, pergi mandi cepat. Hali mana?" soal Gempa apabila dia terperasan yang Halilintar tidak bersama mereka berdua.
"Hali ada latihan bola sepak hari ni, jadi dia balik pukul enam karang." Taufan membalas.
"Okey," balas Gempa pula ringkas lalu dia kembali mengemas ruang tamu itu, Taufan dan Ais hanya mampu pasrah dan mereka terus berjalan ke bilik mereka.
Taufan dan Ais menatap tajam ke arah Blaze dan adik-adiknya yang santai berbaring di atas katil sambil membaca komik, bergembira dan gelak tawa. Taufan berasa mahu menumbuk wajah Blaze kerana berasa menyampah yang teramat.
"Apa pandang-pandang? Ada hutang?" soal Blaze dengan nada mengejek membuatkan Taufan berasa semakin menyampah dengan dia.
"Aku tumbuk muka kau, baru tahu!" jerkah Taufan dan dia cuba melayangkan tumbukannya ke arah Blaze tetapi dihalang oleh Ais.
"Jangan, Taufan. Nanti cedera anak orang tu," kata Ais sambil memeluk Taufan erat untuk menghalang Taufan melakukan sesuatu yang tidak dijangka-jangka.
"Nasib baik ada Ais. Kalau tak, dah lama muka kau tu berlebam. Geram betul aku ngan kau ni," kata Taufan dan Blaze hanya menjelirkan lidahnya ke arah Taufan.
"Aku nak pergi mandi," kata Taufan sambil mengambil tualanya dan berjalan keluar dari bilik.
Blaze tersenyum sinis dan dia berjalan turun dari katil, dia berjalan keluar dari bilik dan dia ternampak Gempa sedang baring di atas sofa. Kepenatan.
"Gempa, aku laparlah. Boleh kau masak apa-apa tak?" soal Blaze.
"Blaze dah besarkan, masaklah sendiri. Gempa penat," kata Gempa tanpa memandang ke arah Blaze.
"Tapi ini rumah Gempa, nanti kalau Blaze tersalah masak. Meletup! Siapa yang susah? Gempa juga yang susah," kata Blaze yang sebenarnya mencari alasan kerana malas untuk memasak.
"Okey tapi bagi Gempa mandi dulu," kata Gemp.
"Okey," balas Blaze dengan nada gembira.
"Senangnya, bolehlah aku minta benda lain pula nanti. Best juga ada abang sulung ni," kata Blaze dalam hati dan dia kembali ke biliknya.
YOU ARE READING
[C]Dramarama (BBB Elementals Malay Fanfiction)
FanficApa yang bakal terjadi apabila lelaki yang kau paling benci kembali dan membawa pulang 3 orang anak ke rumah kau? "Ini papa nak memperkenalkan, adik beradik baru kau." "Jangan haraplah aku nak duduk kat sini selamanya, kau bukannya adik beradik aku...