5

251 18 9
                                    

Kini sudah sebulan aku di neraka ciptaan Yoongi. Tubuhku dipenuhi lebam dan luka hasil 'hadiah' Yoongi kerana sikapku yang suka melawan. Aku semakin kurus hingga tulang kelihatan kerana aku diberi makan jika aku berkelakuan baik sahaja. Aku bangun menuju ke cermin panjang yang dipasang oleh orang suruhan Yoongi 3 hari lepas. Aku menyelak baju ke atas untuk melihat perubahan badanku.

Kurus

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kurus. Tersangatlah kurus hingga menampakkan tulang aku. Termasuk hari ini sudah 5 hari aku tidak menjamah makanan walau sebutir nasi. Yoongi hanya bekalkan sebotol air mineral padaku selama 5 hari ini. Lapar. Itulah yang aku rasa sekarang ni. Nampaknya aku harus berbuat baik padanya demi sesuap nasi.

Perakam suara yang terlekat di dinding aku hampiri. Nafas ditarik sebelum permintaan aku suarakan.

"Yoongi, aku lapar. Dah 5 hari aku tak makan. Aku nak makan. Boleh?" pintaku dengan berhati - hati. Aku menunggu balasannya dengan sabar walaupun perutku perit kerana lapar. Namun tiada balasan darinya. Aku mengeluh.

"Please Yoongi. Aku janji aku akan ikut cakap kau. Tolong la. Bagi aku makan" tangannya disatukan merayu pada lelaki itu.

🍃

Kerjaku terhenti apabila suara Ryujin masuk ke corong interkom. Aku diam tidak membalas kata - katanya. Mendengar permintaannya yang meminta makanan membuatkan aku sedar yang sudah 5 hari aku tidak memberinya makan. Hanya sebotol mineral aku bekalkan termasuk pagi tadi.

Aku mencapai telefon lalu nombor Taehyun didail. Aku menunggu panggillan di sambung.

"Beli makanan dan bagi perempuan tu" arah Yoongi sebaik sahaja Taehyun menjawab panggillannya.

🍃

Aku mengangkat muka apabila terasa pintu dibuka dan ternyata ianya benar. Taehyun melangkah masuk ke dalam bilik ini dan aku nampak ada sebungkus polisterin di tangan kirinya. Nampaknya Yoongi mendengar rayuanku cuma tidak membalas.

Taehyun meletakkan polisterin itu di hadapan aku dan terus berlalu keluar. Tidak lupa pintu dikunci dari luar. Aku mengeluh apabila terdengar bunyi yang tidak aku suka tu iaitu bunyi pintu dikunci. Sudah pasti aku tidak suka dan sukar untuk aku melarikan diri dari sini.

Polisterin berisi makanan aku ambil dan makan isi didalamnya.

🍃

Tepat jam 2 petang semua pelajar yang menduduki CSAT keluar dari dewan peperiksaan dengan perasaan gembira setelah hari itu merupakan hari tamatnya zaman persekolahan mereka. Masing - masing mencapai beg sekolah yang diletakkan di luar dewan.

Huening Kai mencapai begnya lalu menuju ke taman sekolah. Dia melabuhkan punggung ke atas bangku yang tersedia di taman itu. Keluhan keluar dari bibirnya. Rambutnya dikusutkan. Tiga butang uniform sekolahnya dibuka sebelum menyandarkan tubuhnya. 2 bulan. Sudah 2 bulan dia berkeadaan begini. Semuanya kerana gadis itu. Gadis yang telah bertakhta di hatinya sejak setahun lagi.

Walaupun hatinya gundah gelana kerana kehilangan gadis itu, dia tetap berjaya fokus pada pelajarannya. Sehingga hari ini dia tertanya - tanya ke mana hilangnya gadis itu.

Apa dia buat...

Sihat ke tak...

Sudah makan atau belum...

Tinggal di mana...

Semua itu mengusutkan kepalanya hingga suara Beomgyu mengusir kekusutan di kepalanya.

"Rindukan Ryujin?" soal Beomgyu sambil duduk di sebelahnya. Huening Kai melepaskan keluhan kecil.

"Bila dah sayang, nak tinggal sekejap pun susah. Inikan pula dah 2 bulan dia tak datang sekolah. Exam pon tak amik" balas Huening Kai sambil mengeluarkan sekotak rokok dari kocek seluarnya. Sebatang rokok dikeluarkan lalu dikepitkan di bibirnya sebelum dibakar muncungnya. Asap dilepaskan. Nikmat. Itulah yang dirasakan apabila rokok itu dihisap.

Beomgyu tersengih melihat kelakuan rakannya. Tangan kanannya dihulurkan pada Huening Kai. Seperti tahu apa yang dipinta, kotak rokok diserahkan pada Beomgyu. Diambil sebatang dan dihisap.

"Kalau orang lain yang bercinta, mungkin hanya bertahan 2 3 bulan je, tapi kau almost 1 year dengan Ryujin. Aku respect kau dari segi loyalty even ramai perempuan kat sekolah ni tergedik - gedik ngan kau. Dan sepanjang kau dengan dia, sekali pun kau tak pernah buat dia menangis. Sayang betul kau kat dia" asap rokok itu di sedut dan dihembus. Huening Kai tersengih mendengar kata - kata rakannya seorang itu.

Memang betul pun apa yang dikatakan Beomgyu tu. Dia amat menyayangi gadis itu seperti mana dikatakan Beomgyu tadi. Abu rokok di buang ke tepi.

"Macam aku cakap, kalau dah sayang. Heh"

INCREDIBLE GIRL : SHIN RYUJIN Where stories live. Discover now