•00:05•

225 42 10
                                    

Selepas kenyang melantak di kantin, aku kembali semula ke kelas.

Semasa dalam perjalanan ke kelas, aku terserempak dengan Hyena dengan geng-geng dia.

Inilah takdir kalau satu sekolah dengan adik.

Pasti akan terserempak di mana jua.

Tapi dia LANGSUNG tak balas teguran aku. Dia cuma menjeling dan buat-buat tak kenal aku.

PEHHH!!! Budak ni!!😬

Tahulah dia lebih pandai dari aku😤.

"Hyewon!" Langkahku terhenti apabila seseorang memanggil aku.

Aku menoleh ke arah milik suara itu.

"Daeyeol? Wae?" Soalku.

"Nah" dia menghulurkan beg kertas kepada aku.

Nak kata hari jadi aku, lambat lagi.

"Apa ni?" Soalku.

"Itu baju sukan Joochan. Kau nak masuk kelas kan. Jadi kau bagi dia" arah Daeyeol.

"Ha? Ba-Baju Joochan?"

"Kau bagi dia tau. Aku ada hal" Daeyeol berlari meninggal aku bersama beg kertas yang berisikan baju Joochan.

Aku melihat baju Joochan yang berada di dalam beg kertas itu.

Wow. Baru buka sikit dah bau minyak wangi dia...

"Hyewon, apa tu?" Soal Mikyong yang tiba-tiba muncul.

Aku terus memeluk beg kertas itu.

"Tak ada apa" kataku.

"Ish! Kau ni. Kenapa kebelakangan ni kau asyik berahsia pada aku? Hyewon yang aku kenal takkan berahsia dengan aku."

Aku memandang Mikyong dengan rasa bersalah.

Mianhae Mikyong...

Aku tak berniat pun nak berahsia pada kau.

Aku cuma...

Malu.

-

Aku memandang Joochan yang baru balik dari kantin.

Kaki aku digoyangkan kerana rasa gemuruh.

Aku tak tahu nak bagi macam mana.

Selepas Joochan duduk di tempatnya, mungkin itu masa yang sesuai.

Baru sahaja aku nak bangun dari tempat aku, Jangjun pergi ke arah Joochan.

Niatku terbatal.

Nantilah aku bagi dia...

-

"Kamu boleh balik" kata Saem Lee.

Semua penghuni dalam kelas itu berpusu-pusu keluar dari kelas.

Aku pulak teragak-agak untuk panggil Joochan.

Aku mengejar Joochan yang hendak keluar dari kelas sambil memegang beg kertas itu.

Suara aku tidak dapat nak keluar memanggil atau menyebut nama Joochan.

Kenapa susah sangat aku nak keluarkan suara aku?!

Nak kata ada emas dalam mulut aku... tak ada pulak.

Sebelum Joochan pergi jauh, aku memaksa diri aku untuk menahan Joochan.

Aku memegang lengannya.

Akhirnya dia berhenti berjalan. Dia memandang aku terkejut.

Mata aku meliar kerana tidak dapat melihat matanya.

"Hyewon? Wae?" Soalnya dengan nada yang lembut.

"N-Ni...Ba-Baju awak...Dae-Daeyeol bagi..." aku menghulurkan beg kertas itu malu-malu.

"Oh! Terima kasih" ucap Joochan sambil melemparkan senyuman yang manis.

Ohohohohohohoooo😋
Senyuman dia......😍

-

Aku duduk di sebelah Omma menonton tv bersama.

Hotel Del Luna menjadi tempat kami sekeluarga masa lapang pada waktu malam.

"Handsomenya...lelaki tu" kata Ommaku yang dituju pada Jinggo.

Aku hanya menganggukan kepala tanda setuju.

"Kan best kalau dapat manantu macam tu..." kata Ommaku berangan.

Mata aku terkelip-kelip mendengarnya.

Apabila Omma aku berkata begitu, aku terus teringat pada Joochan.

Kalau...Joochan jadi menantu Omma aku, Omma aku suka ke?

Eh! Apa aku fikir ni!

"Kalau namchin kamu macam lelaki tu, Omma suka" sambung Ommaku.

"Tapi! Bukan sekarang. Jangan nak mengada cari namchin waktu sekarang. Ingat! Omma tak suka kamu bercinta waktu sekolah. Belajar dulu. Jangan nak menggatal. Zaman sekarang ni, dah ramai pelajar yang mengandung." Bebel Omma aku secara tiba-tiba.

Tiba-tiba je Omma ni...

Orang tak cakap apa-apa pun...dah kena membebel...😩

BOYFRIEND || Joochan GOLDEN CHILDWhere stories live. Discover now