chapter 12

2.5K 107 37
                                    

             Kucupan berahi itu berlangsung selama beberapa minit sehinggalah bibir Mark mula beralih ke leher si balu. Anak-anak kumis yang menyentuh kulit Eping menggelikan hatinya sambil dia mengusap rambut lelaki itu. Eping bagaikan teransang akibat dari ciuman intim pada tengkuknya sampailah bibir Mark turun ke permukaan dadanya. Tangan si bujang tua pula bergerak nakal ingin meneroka tubuh Eping dengan menyelak bajunya.

Bila itu terjadi, kenangan Eping bersama mendiang suaminya berlalu dalam kotak fikiran. Matanya serta merta terbuka, dia yang tadi hanyut dalam ombak asmara bersama lelaki lain terus tersedar! Lalu dengan kasarnya Eping menolak badan Mark dari meneruskan perbuatannya itu. Mark terkelu di atas katil pesakit.

          "S.. sorry.. saya keluar kejap," tergugup-gugup suara Eping setelah turun dari katil sambil membetulkan rambut dan baju.

          "Eping.." Mark memanggilnya tapi Eping segera keluar dari bilik tanpa menyahut.

Mark bangun dan duduk pada permukaan katil dengan hati yang agak kecewa. Ditenungnya keadaan bilik yang lenggang dan bersih itu. Rambutnya yang berserabai diusap-usap seiringan perasaan gundahnya.

'Tentu dia teringatkan mendiang suaminya. Huh.. you're stupid Mark. Sepatutnya awak tak boleh bertindak melulu.. ah!'

Katanya untuk diri sendiri. Sementara itu di luar bilik pesakit, Eping bersandar pada dinding sambil menekup kedua-dua belah tapak tangan pada mukanya. Dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang baru saja dia lakukan! Cincin perkahwinannya masih tersarung di jari manisnya, ia membuatkan Eping takut sekali walaupun suaminya telah lama meninggal dunia.

        "What have i done..? Maafkan saya Josh.. saya tak sedar ia berlaku.. i'm so sorry.." dia meminta keampunan dari mendiang suaminya dalam bisikan kecil.

         "Adakah saya telah curang..? Ma.. macam mana ni..? Saya masih berkahwin.. erm.. bodohnya saya sebab balas ciuman dia. Tapi kenapa saya biarkan? Eping.. awak tak boleh jatuh cinta dengan lelaki itu! Awak masih isteri kepada Josh!" Bentaknya lagi. Betapa dia memarahi dirinya sendiri kerana terlalu takut berdosa terhadap mendiang Josh.

~~~~~

           Hampir satu jam Eping berada di luar memikirkan hal tadi. Tapi dia kuatkan semangat untuk masuk semula ke dalam bilik Mark. Dia terapkan pegangan dalam diri bahawa hubungan  dia dan lelaki itu hanyalah majikan dan penjaga. Kejadian tadi akan cuba dilupakan, segalanya akan kembali seperti sedia kala tanpa ada perasaan suka atau cinta.

Krak..

Pintu dibuka perlahan, Eping menarik dan menghembuskan nafas gelisah sebelum menjejakkan kaki ke dalam. Ketika itu, Mark bersandar pada penghadang katil besi sambil anak matanya memerhatikan si balu dari muka pintu. Eping berlakon seperti biasa.

         "Nak minum sesuatu?" Sengaja Eping menyoal.

Mark diam membisu. Wajahnya yang pucat tampak muram. Ditenungnya si balu agak lama kemudian barulah dia bersuara.

        "Thanks for coming last night.." ucapnya. Ia tidak selari dengan soalan Eping tadi.

Si balu berdiri di tepi tingkap tanpa memandang Mark. Renungan lelaki itu tajam sekali, ia membuatkan jiwa Eping tidak tenteram!

Jari jemari yang menggeletar digulumnya. Kelakuan Eping diperhatikan oleh Mark. Lalu dia sengaja bersuara kasar supaya keadaan janggal dapat ditepis dari diri mereka berdua.

         "Hoi, saya nak minum air." Dia mengarah tegas.

Eping tidak menyahut, tapi dia terus mengambil minuman untuk si bujang tua dengan segera.

Widow and the Boss 🧔👱‍♀️Where stories live. Discover now