Bab 26

1.1K 58 2
                                    

EVIL Crown membuka mata sebelum menyedari sesuatu.

"Kau rasa mereka selamat ke, Miku?" tanya Aryana.

"Jangan risau, naga aku dah pastikan bahawa mereka selamat," balas Wendy.

"Sekarang ni kita di mana? Setahu aku kalau tempat gelap macam ni cuma penjara Kerajaan Ghoul. Eh?" Airis menekup mulut apabila seekor lipas melintas di hadapannya.

"Aku rasa nak muntah." Aryana menghalakan tapak tangan kanan ke arah Airis.

"Aria... kenapa kau tak kesan keberadaan Evil Crown terlebih dahulu?" tanya Airis selepas rasa mual hilang.

"Hehehe... aku terlupa..." kata Aryana janggal. Mereka berdua menjeling Aryana yang serba salah.

"Macam mana kita nak keluar dari sini?" tanya Wendy. Dia menyandar pada dinding merah di belakangnya.

"Baby sihat tak hari ni?" Bonda minta maaf sebab bonda, anakanda berada dalam situasi tak selesa ni," pujuk Evil Crown.

"Baby rasa ayahanda sihat tak?" tanya Airis sebelum paparan hologram muncul di hadapan mereka.

Izz berlatih dengan dua buah robot perang mood susah. Kaito menumpukan perhatian sebelum menolak tiga biji bola cahaya ke arah tiga patung jerami. Tiga patung jerami itu terbakar sebelum hilang daripada pandangan. Zen pula meniarap sambil menggoyangkan kaki membaca sebuah buku lama yang tebal. Malah, mereka bertiga tidak berbaju. Kawasan itu telah dilengkapi dengan pelindung Rin agar tiada sesiapa dapat melihat keadaan di dalamnya.

"Tengoklah ayahanda awak tu, tak berbaju. Hidung pun dah merah," ujar Wendy lalu ketawa.

"Sejuk!!" Mereka bertiga menjerit apabila Sora tidak sengaja menyimbah pelindung dengan air daripada ais yang mencair.

"Kenapa duduk dalam tu?" tanya Elias. Dia menghalau Sora supaya berada di samping Scarlet.

"Ingat aku hairan ke dengan muka tiga suku kau?" jerit Sora dari jauh.

"Saja nak luangkan masa," balas Izz sebelum menyarung baju biasa.

"Nasib baik aku tahu cara nak ceroboh masuk. Kalau orang lain, tak ke haru nanti," bebel Elias sebelum meletakkan tangan ke belakang.

"Bila kau nak kahwin? Tak akan kau nak membujang je?" tanya Kaito lalu meletakkan lengan di belakang kepala. Langit biru ditenung seketika. Elias tersentak sebelum berfikir.

"Jodoh tak datang lagi la... Lagipun aku nak berkhidmat untuk tuanku dulu," balas Elias.

"Lain la kau orang. Habis belajar je, nanti akan diajar selok-belok kerajaan," sambung Elias lagi.

"Kau ingat senang ke jadi putera mahkota? Susah tahu. Aku gembira sangat bila dapat tahu kena pindah ke Akademi Harmony tiga tahun lepas. Aku jauh dari kerajaan dan para pengawal. Aku bebas untuk tiga tahun ni," terang Zen.

"Macam mana kau boleh kenal kitorang walaupun kitorang tak pakai topeng. Ye la, selalunya majlis-majlis diraja kami pakai topeng." Mereka menunggu jawapan Elias.

"Tu..." Mereka memandang cincin kerajaam dan rantai yang dipakai.

"Aku pernah lihat sekilas lalu rantai dan cincin tu. Aku tahu tiga utas rantai tu bukan murah malah rekaan tiga utas rantai ialah rekaan sendiri. Bukan senang nak jumpa orang yang sanggup tempa tiga utas rantai semata-mata untuk mendapatkan gem zamrud yang sangat bernilai."

Mereka bertiga menepuk tangan mendengar penerangan Elias.

"Umur kau berapa sebenarnya?" Mereka berempat mengalihkan pandangan ke arah Hatori.

The Powerless Princess©✔Where stories live. Discover now