LFDW - Chapter 43

1.3K 117 0
                                    

Hazel sudah mula berasa kekok apabila Kris langsung tidak mengalihkan pandangan sejak tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hazel sudah mula berasa kekok apabila Kris langsung tidak mengalihkan pandangan sejak tadi. Aku nak ikat rambut pun jadi susah. Partner aku ni sebenarnya dah kenapa ye.

"Can you just stop looking at me like that?" kata Hazel dalam nada yang berbisik. Kris hanya tersengih. Dia merapatkan jaraknya dengan Hazel lalu mengelus lembut pipi gadis itu.

"Excuse me my beautiful partner would you like to give me a morning kiss?" kata Kris yang juga dalam nada berbisik.

Hazel mengerdipkan matanya beberapa kali. Perlahan lahan dia cuba menjauhkan kedudukannya dengan Kris namun Kris terlebih dahulu merangkul pinggangnya.

Jantung mula berdegup tak menentu.
Semakin Kris mendekatkan wajahnya ke arah Hazel semakin itu jugalah jantung Hazel berdegup kencang.

"K...Kriss..." kata Hazel gugup. Dia sedaya upaya tidak mahu menoleh ke wajah Kris yang begitu dekat dengannya. Awal pagi dah mula buat hal hantu ni.

"Yes?" bisik Kris di tepi telinga Hazel.

"Can...can you-"

Dengan selambanya Kris mencium dahi Hazel.

"I love you partner that would be the best kiss ever I did," kata Kris dengan senyuman yang manis. Hazel terkedu. Ini bukan Kris yang aku kenal.

"Are you okey?kenapa diam je ni?" Kris dengan perlahan menongkat dagu Hazel supaya memandangnya. Wajah Hazel sudah merah padan akibat menanggung malu tadi. Kris ni sengaja ke tak.

"Im okey just shy hehe," balas Hazel sambil menutup wajahnya menggunakan kedua- dua tangannya. Kris tersenyum melihat Hazel berbuat sedemikian. Ala malu rupanya.

"So where is mine?" Kris tersenyum jahat di dalam hati. Haha now you must do the pay back partner.

"What?" Hazel mengerutkan dahinya.

Kris meletakkan jari telunjuknya di pipinya.

"What for?" Hazel masih lagi bingung. Apasal pula dia tunjuk pipi ni dah buang tabiat ke apa.

"For the response dear,"

Terbeliak mata Hazel. Gila dia nak aku kiss pipi dia. Oh no please. Kris ni makin menjadi pula sweet dia tu.

"Tak nak!" kata Hazel.

"Tak apalah," balas Kris dengan gaya yang seakan akan merajuk. Dia membelakangi Hazel dan berpura pura bersedih. Nak buat taktik lah tu.

Wuaaa nak ke tak. Aku dah lah malu tapi aku tak nak Kris sedih. Help me momma...dadd...nak ke tak?

Hazel tiba-tiba mendapat idea. Dia dengan pantas mencium pipi Kris lalu mengambil beg sekolahnya dan berlari keluar dari bilik dengan secepat mungkin.

Kris tersenyum suka sambil menggelengkan kepalanya melihat Hazel yang berlari keluar. Alahai cutenya dia ni. Sweet pula kiss dari partner aku ni.

Hayden memandang Hazel pelik. Wuish awal pagi dah ada atlet di dalam rumah. Hazel tercunggap cunggap apabila dia berhenti berlari di luar rumah.

"Kau tak nak ikut pertandingan larian ke di sekolah?aku nampak bukan main laju lagi kau tadi,"

"Aku saja nak lari biar ada senaman sikit di awal pagi. Ala kau memang tak perasaan ke aku memang pun laju," ujar Hazel sambil tersenyum bangga. Padahal kalau ada pertandingan larian di sekolah selalu dapat nombor satu paling belakang.

Hayden senyum mengejek. "Betul ke?haha kau ni menipu pun tak pandai. Aku tau kaulah pelari yang selalu dapat nombor terakhir," kata Hayden diikuti dengan tawanya.

"Ceh kau sendiri tak laju dahlah lari macam pondan. Tak macho betul," Hazel menjeling sekilas abangnya.

"Eleh kau belum nampak aku lari yang betul punya lagi,"

"Yelah tu. Jomlah jalan nanti lambat pula jangan saja aku kena marah pengetua,"

"Itu yang bagus," kata Hayden.

Hazel lantas memukul bahu Hayden.Dasar punya abang.

***

Shawn memerhati gerak geri Hazel yang baru sahaja keluar dari perut kereta. Setelah kereta yang dinaiki Hazel itu bergerak dia pun berlari anak mengejar langkah gadis itu.

"Hazel..." panggil Shawn.

Hazel menghentikan langkahnya apabila mendengar namanya dipanggil seseorang dari belakang. Suara ni bukan suara Shawn ke?

"Hye sorry sebab dah lama tak jumpa kau. So boleh tak ambil sedikit masa nak berbual dengan kau?"

Hazel hanya mengangguk walhal dalam hatinya memberontak tidak mahu. Kalau Kris tahu aku layan si Shawn ni rasanya jadi perang dunia ketiga.

"Sorry sebab selama ini saya tak dapat nak lindung kau dari Kyra. Tapi saya cuba mana yang boleh supaya Kyra tak buli kau lagi. Kau kena hati-hati lepas ni sebab Kyra ada sesuatu plan yang dia nak buat,"

"Saya dah ada seseorang yang setia nak lindung saya. Its okey Shawn saya dah faham sangat niat Kyra and thanks sebab beritahu saya tentang ni," kata Hazel sambil tersenyum nipis.

Shawn berasa tertanya tanya. Dia ni dah berpunya ke belum tapi bila aku perhatikan betul betul dia ni masih belum berpunya.
Apa pula kena mengena dengan ayat dia tadi.

"Kalau petang ni saya nak ajak kau keluar boleh tak?saya cuma ada sesuatu nak cakap dekat kau. Tapi kalau kau tak terima ajakan saya its okey saya faham,"

"Saya boleh pergi tapi sekejap je sebab saya tak boleh lama-lama," balas Hazel.

Kalau diikutkan hati dia tidak mahu keluar dengan Shawn tetapi memandangkan dia ingin sangat tahu apa yang hendak dikatakan Shawn dia pun terpaksa pergi.

Shawn lega mendengar jawapan dari Hazel.

"Thanks Hazel. Kita jumpa dekat taman yang berhampiran dengan rumah kau. Saya tahu mesti kau tak nak kalau tempat yang jauh,"

"Okey boleh. Eh dah nak masuk kelas ni saya kena pergi sekarang. Sorry ya..."

"Its okey saya yang patut minta maaf sebab dah buat kau lambat masuk kelas. Byee..." Shawn tersenyum lalu melambaikan tangannya.




Enjoy🍀

ʟᴏᴠᴇ Fʀᴏᴍ Dɪғғᴇʀᴇɴᴛ Wᴏʀʟᴅ ✔ [Completed]Where stories live. Discover now