Eyra pov
KEPULANGAN aku dari kerja disambut meriah oleh keluargaku.Eh,jarang mereka sebegini.Bukan kata jarang,tidak pernah langsung mereka peduli apabila aku pulang ke rumah.
Tetapi hari ini,Erni dengan senang hati membawa masuk beg tanganku ke dalam rumah sambil tersengih.Walid dan umi juga turut berkelakuan seperti adikku.
"Eyra anak umi," kata umi bernada manja.
Manja-manja umi yang aku lemah ni!Kalau Hadi nak manja seperti umi juga,memang aku bagi pelangkung di muka.
"Jomlah masuk.Umi dah masak sedap-sedap," ajak umi.
Mestilah kena masuk rumah.Takkanlah nak duduk je dekat sini!
"Program mana pula yang buat prank dekat rumah kita ni umi?Rumah jiran sebelahkan ada,apa yang istimewa rumah kita?" tanya ku.
Tak puas hatilah.Nak buat program prank,pergilah berambus tempat lain.Keluarga aku bukannya selebriti pun kau nak prank bagai.Kalau yang tukang prank si Tom Cruise,berabad pun aku tak kisah.
"Mana ada prank.Ini realiti," jelas walid.
"Kesian kami.Buat baik pun dianggap prank"
"Padan muka.Selalu sangat buat jahat,buat baik pun orang pelik," perli ku.
"Umi,walid.Apa yang bertenggek tiga orang depan rumah tu?Hurry up!Tetamu dah tunggu!" jerit Erni dengan suara lantang mengalahkan petir.
Budak Erni ni kalau excited memang melebih.
"Mari,mari"
Mereka menarik tangan ku sehingga ke halaman rumah.Aku dapat lihat banyak kasut bersusun kemas.Adakah ini tahlil?
Aku respect sangat dekat tetamu macam ni.Pergi rumah orang,tak menyusahkan tuan rumah.Bagus!
"Kasut banyak-banyak ni untuk apa?Walid nak buka kedai kasut bundle ke?"
Walid menepuk kepala ku.Penat-penat aku belajar tinggi-tinggi,senang je bapa aku tepuk.
"Jangan banyak cakap.Masuk cepat"," arah umi tegas.
Aku segera menanggalkan kasut tumi tinggiku.Terkejut diriku memandang ruang tamu.Ruang tamuku dipenuhi monyet-monyet!
Okaylah,bukan monyet.Manusia maksud aku.Aku pernah terbaca fakta yang mengatakan bahawa manusia merupakan keturunan monyet.Kesian manusia disamakan dengan monyet.Dahtu monyet nak disamakan dengan apa?
Masing-masing senyum kepada ku.Tanpa berkata apa,aku membalas senyuman mereka.Nanti dua orang tua di hadapanku ini merajuk dan buat hal,susah aku.
"Hai," tegur seorang pakcik yang lebih kurang sebaya walid.
"Ermm,hai," balasku kekok.
"Makanan dah hidang!Jemput makan semua"
Erni menjemput kami semua ke dapur.Aku pula hanya membuntuti umi yang sedari tadi asyik menarik tanganku.Kalau lengan baju aku koyak,aku koyakkan balik lengan baju umi lepastu lari.
"Hah duduk semua.Rul nak duduk sebelah Eyra tau"
Menjengkelkanlah budak Fairul ni.Diam sahaja yang aku boleh lakukan sekarang ini kerana ada tetamukan.
Kami mengambil tempat.Fairul tersenyum gatal merenung ku.Seronoklah tu dapat duduk sebelah aku.Aku tahu perempuan-perempuan dekat kampung dia tak secantik aku.Huh!
YOU ARE READING
House Husband(EYRUL) ✅
RomanceBook I *Di antara kita penuh rahsia* Start :19/7/2019 End :11/1/2020 Fairul Amin si pengganggur terpaksa menyara diri menjadi 'house husband' kepada isterinya yang jelita.Dibayar gaji,tiada masalah baginya. Eyra Hayati si gadis korporat yang mewah...