14 B.J.

823 22 0
                                    

Pagi itu, aku bangun dengan perasaan yang gembira dan aman daripada tengkingan Rayden. Sebab, aku dapat berita semalam dia kena tangkap dengan polis.

How foolish he is. Hahaha!

Aku melangkah menuju ke arah dapur di mana Rayyen sudah menyediakan semua sarapan pagi untuk aku. Heheh, beruntung sangat perempuan yang dapat bersuamikan Rayyen ni. Hari-hari laki yang masakkan.

"Goodmorning, Rayyen!" Jeritku gembira.

Rayyen pelik melihat aku dengan senyuman yang lebar pada pagi itu. Sebelum ni aku tak pernah pun nak gembira sampai macam ni sekali.

"Gembira kau hari ni."

"Ofcourse I'm happy. Aku dah buktikan yang Rayden tu akan gagal lagi menggagalkan. Lagi satu, pagi ni telinga aku tak pecah dengar jeritan pontianak Rayden tu. Hahahahahahaha!"

Kejam aku kan?

"Agak-agaklah kau nak merendahkan Rayden depan aku."

Wajah Rayyen kelihatan muram selepas aku menyindir Rayden depannya.

"Hmmm, aku tak kisah. Kau sakit hati ataupun tak. Aku tetap juga nak mengutuk Rayden yang lagi dungu tu."

Aku menyuapkan waffle yang masih panas itu ke dalam mulut.

"Yummy! Sedap kau masak Rayyen. Rasa macam makan dekat kedai."

"Kedai? Tahap kedai je kah masakkan aku ni?"

"Hmmm, yelah.. tahap restoran."

Aku melahap apa sahaja yang ada di atas meja. Semuanya makanan yang digemari olehku. Rayyen juga duduk menyertai aku bersarapan pada pagi itu. Cuma, kurangnya adalah tak ada Rayden.

Betapa indahnya hidup aku tanpa mamat tu.

"Wei.."

"Hmm, apa dia?" Kataku dalam keadaan mulutku yang masih mengunyah makanan itu.

"Tolong bebaskan Rayden."

Serta-merta wajah aku berubah tidak beremosi. Dia ni suka sangat lah kacau mood aku awal pagi ni. Boleh pula dia minta bantuan aku bebaskan mamat tak guna lagi bangang dan keras kepala tu.

"Buat apa aku nak bebaskan orang yang merendahkan aku. Panggil lah White Joker sana tu suruh bebaskan Rayden."

Aku memang pantang orang mengata aku. Siap merendahkan martabat aku sebagai pembunuh yang lagi bijaksana ni.

"Tolonglah, dia je yang aku ada. Satu-satunya keluarga yang aku ada selepas mak dan ayah aku." Rayu Rayyen pada aku.

"Habistu, Jericho itu pula?"

"Jericho itu lain cerita. Ayah angkat kitorang je pun. Bukannya sama darah daging. Please.."

"Hmmmm..."

Aku buat lagak berfikir akan permintaannya itu.

"Tak nak. Buat apa aku nak bebaskan orang yang keras kepala macam dia tu. Ingat nak ikut kepala dia je. Entah-entah kalau aku cuba nak bebaskan dia pun, dengan aku aku sekali yang masuk penjara."

"Oh, tolonglah. Lepas ni kalau kau nak minta bantuan aku pun aku tak kisah. Asalkan kau keluarkan Rayden daripada penjara dan aku perlukan engkau untuk selesaikan semua ni. Kau je yang berpengalaman duduk dalam penjara."

Aku buat muka ke arahnya. Tapi, Rayyen akan tolong aku kalau aku tolong dia. Hmmm, peluang.

"Okey, aku akan tolong. Jadi, petang ni aku nak pergi Las Vegas."

Rayyen berkerut memandang wajahku.

"Kenapa? Tak boleh kah aku nak ke sana?"

"Aku bukannya Rayden nak halang kau keluar rumah. Tapi, kau nak buat apa pergi sana?"

"Hmmm, ada kerja sikit."

"What job?"

"Adalah. Kau mana boleh tahu. Aku tak suka orang banyak tanya pasal kerja aku. Jadi, aku nak kau tolong hantarkan aku ke sana petang nanti."

"Okey, nanti aku call Kris untuk bawakan kau ke sana."

♥♠♣◆

"Hahh, akhirnya aku jejakkan semula kakiku ke bandar ini." Kataku menarik dan menghembus nafas lega.

"Kris, nanti aku beritahu kau untuk ambil aku balik."
"Okey."

Kereta milik Kris dipandu pergi daripada kawasan tersebut. Aku diberhentikan tepat di kawasan perbandaran di mana waktu-waktu sebegini memang ramai orang dan amat mudah untuk polis tangkap aku.

Tak apa, aku dah warnakan rambut aku berwarna perang (blonde) dan memakai cermin mata hitam supaya aku dapat menyamar daripada diketahui oleh polis.

Suasana bandar Las Vegas sesak dengan kenderaan dan manusia yang pelbagai ragam. Ada yang baru sahaja balik kerja, ada yang bekerja, ada yang baru sahaja pulang dari sekolah.

Aku rindu suasana macam ni. Almaklumlah, 4 tahun di penjara. Bukannya aku dapat tengok perkembangan dunia melalui televisyen. Penjara tak akan sediakan benda macam tu pun untuk aku yang buat jenayah.

Telefon yang berada di dalam poket seluar jeans, aku ambil dan mendail nombor Alex.

"Alex, kau kat mana?"

"Aku ada je depan mata kau ni."

Mataku meliar memandang sekelilingku. Satu persatu wajah manusia yang ada di situ aku pandang kerana terlalu ramai dan sesak. Akhirnya, mataku tertancap pada seorang lelaki yang bertopi biru dan berjaket kelabu dengan selura hitam. Mukanya ditutup separuh menggunakan mask hitam dan hanya melihatkan bahagian matanya sahaja.

"Okey, aku dah nampak."

"Aku tak boleh nak lama sangat jumpa kau ni. Aku beri dan terus cau. Sebab, aku ada banyak kerja lagi nak dibuat."

"Okay, dear."

Talian diputuskan serta-merta. Aku dan Alex berjalan bertentangan arus supaya Alex mudah untuk memberikan barangan tersebut pada aku. Dalam keadaan yang sesak dengan manusia itu lah peluang Alex memberikan barangan tersebut kepada aku.

Kami berdua berjalan berhimpit dengan orang ramai supaya tiada sesiapa yang mengesyaki sesuatu yang pelik pada aku dan Alex. Dengan jayanya, beg bimbit hitam yang tadinya berada di tangan Alex, kini berada di tanganku.

Aku mengukirkan senyuman lebar. Dah lama aku tak buat semua benda ni. Rasa macam tak sabar je menanti malam nanti menjelma.

Get ready guys. Black Joker is back. HAHAHAHAH!

B&W |THE PERFECT MATCH|Where stories live. Discover now