11

106 14 19
                                    

5 tahun kemudian.

Hana's side

Lima tahun berlalu sejak kejadian dahulu, dan selama lima tahun tu juga lah aku menanggung rindu dekat Yoongi. Hari ini, aku akan pulang ke korea setelah lama menjadi pemastautin di America.

"mummy, bila flight kita?" tegur seorang budak kecil berumur 4 tahun.

"sekejap lagi sayang, sabar ya"

Mesti korang tertanya-tanya siapa budak kecil tu kan. Sebenarnya itu anak Aunty Yemi. Aunty Yemi meninggal dunia dalam kemalangan 3 tahun lepas jadi aku lah yang jadi 'eomma'  kepada Lisa. Ya, nama dia Lisa.

Aku harap selepas sampai di korea aku  dapat bertemu dengan Yoongi semula, jujur aku terlalu rindu dengan jejaka pujaan hati aku dan aku harap agar dia pun merasakan perkara yang sama. Atau dia telah bahagia dengan Sandara sekarang?, kalau itu yang sedang terjadi aku terima dengan hati yang terbuka.

'perhatian kepada penumpang pesawat mh321 sila bersedia untuk berlepas sebentar lagi'

Flight dah ready jadi mari kita pulang ke tanah air. Yahooo, Korea here we go.

                                  🌸🌸🌸🌸

Yoongi's side

Kring!! Kring!!

'Hello, ha Namjoon kau nak apa call aku ni?'

'Bro, aku nak minta tolong kau ambil aku dekat airport ni. Please!'

'Hmm, ye lah aku pergi ambil kau'

'Yeah, that's why I love you so much. Mmuahhh'

'Euww, kau jangan melebih aku lempang karang'

'Eleh, gurau je. K lah aku tunggu kau cepat sikit'

'Ha ye'

Dia ni lah kalau tak ganggu hidup aku tengah kerja tak sah. Mentang mentang aku ni producer  lagu je kau ganggu aku suka suka hati kau eh.

Hm, tapi kalau bukan Namjoon yang ganggu aku siapa lagi nak ganggu kan?. Sejak aku kehilangan Hana, Namjoon lah kawan yang aku ada waktu susah dan senang. Dah lima tahun Hana tinggalkan aku. Aku harap aku boleh jumpa dia semula.

Ha, marilah kita pergi airport  kang kalau lambat merajuk pulak anak tenuk sorang tu.

                                    🌸🌸🌸🌸

Author's pov

Yoongi berjalan masuk ke dalam airport  sambil bermain telefon. Tanpa dia sedari seorang kanak - kanak perempuan telah melanggarnya.

"Aduh, mianhae uncle  Lisa tak sengaja." kata kanak kanak perempuan itu dengan muka yang bersalah.

Yoongi bercangkung bagi menyamakan ketinggian nya dengan budak itu.

"It's okay dear, uncle maafkan. Mana mama kamu?" tanya Yoongi sambil mengusap rambut anak kecil itu.

"Tak tahu Lisa sesat. Ni first time Lisa datang Korea sebab Lisa lahir dekat America"

"Ouh, jadi mama  Lisa --"

"Lisa!!"

Mereka berdua menghadap ke arah suara yang memanggil nama si kecil itu.

(C) loving you ❣ <myg>Where stories live. Discover now