"Aku sentiasa ok. Dah, pergilah duduk tempat kau. Tiba-tiba je muncul sini. Aku tak perlukan herolah, lagi-lagi lelaki macam kau," balas Hannani sambil menarik buku teks Pendidikan Syariah Islamnya di bawah meja.
Sambil berlalu ke tempat duduknya, 'Hampeh. Tak hargai langsung pertolongan aku. Tak perlukan hero konon. Takpe Hannani, today is yours,' gumam Elham sambil melirik senyuman perlahan.
'Apahal pula dah mamat tu. Berlagak konon nak jadi hero aku. Tak layak langsung. Setakat minah diva lalat ni bawah tapak tangan aku jelah,' desis Hannani.
Betullah tu, apa yang Hannani katakan. Setakat diva lalat tu, hal kecil je bagi dirinya. Hanya diam dan tidak perlu dilayan. Nanti senyaplah dua ekor tu. Kalau dilayan, makin membaralah hati sesiapa yang terlalu sensitif dengan perlian.
Pink itu kan tanda kuat. Apa yang nak dikisahkan.
Setelah 1 jam pelajar 5 Excellent memberikan sepenuh perhatian terhadap mata pelajaran Pendidikan Syariah Islam, kini mereka sedang asyik mengemas peralatan untuk persediaan bagi sesi pembelajaran subjek sains. Mereka mula melangkahkan kaki menuju ke makmal sains.
"Okey, kamu semua boleh memilih ahli kumpulan seramai 5 orang. Kumpulan tersebut mestilah terdiri daripada 2 orang lelaki dan 3 orang perempuan." Arah Cikgu Yasmen.
Maka, seperti biasalah dalam mencari ahli kumpulan mereka akan memilih orang yang mereka berkenan.
"weyh, aku nak dengan kau!"
"weyh, sini!"
Dan aku hanya mampu melihat sahaja telatah mereka. Tak cool lah kalau berebut ni. Just calm down and relax. Bukannya kau kena buat kumpulan dengan hantu pun.
Tiba-tiba, "Erm, Hannani... Boleh saya join dengan awak?" Haih, baru je sebut pasal hantu tadi. Tup tup 'hantu' yang ini muncul pula. Kacau daun betul. Nak juga dengan aku.
"Hannani, boleh tak ni? Saya gembira kalau dapat satu kumpulan dengan awak," ujar si hantu yang bernama Elham itu. Tak habis-habis dengan ayat lollipop dia tu. Dasar mamat kepala senget.
" Hmm... join jelah. Bukan kena bayar pun," balas Hannani acuh tak acuh. Ramai je yang nak si mamat ni join kumpulan diorang. Tapi, entah kenapa kumpulan aku juga yang dipilihnya. Sebenarnya hati Hannani terasa berat sangat untuk menerima Elham masuk ke kumpulannya. Tapi, nak bagi alasan apa lagi kan, tidaklah dirinya tergamak untuk menghalau orang yang sudi menyertai kumpulannya yang masih mempunyai satu kekosongan sahaja.
See, tak perlu pun nak meraih simpati atau kata lainnya, memilih kawan untuk membina satu kumpulan. Asalkan ada yang sanggup bekerjasama dengan kita, dah.
'Yes, akhirnya... dapat juga join kumpulan Hannani ni. Hannani, awak kena tahu satu benda, di mana ada awak di situ juga saya akan ada. Ahaks,' gumam Elham lalu senyumannya dilirik perlahan.
Amboi Elham, masuk kumpulan tu, jangan ingat nak mengorat anak dara orang je. Fikir juga tentang projek sains yang bakal memberikan markah kepada setiap ahli kumpulan.
"Ina, kau tengok tu. Bukan main lagi si Elham tu... asyik nak dengan Hannani je. Asal buat kumpulan je, mesti pergi dekat Hannani. Ishh, rimas akulah!" bentak Dina sambil matanya teralih ke arah kumpulan Hannani. Cara Dina bercakap seolah-olah seperti sedang... Cemburu mungkin?
" Apalah yang dia nampak pada Hannani tu," sambung Ina pula yang sudah terjuih-juih mulutnya kerana menyampah.
Well, korang berdua tu yang patutnya perlu sedar diri. Dah namanya pun diva lalat(saja je aku gelarkan mereka diva lalat. Yelah sibuk nak kata itu ini), dah tentu-tentulah takde siapa nak dekat.
Entah-entah, hati pun dah sebusuk sampah yang selalu dihurung. Mengata orang sahaja lebih.Astaghfirullah. Bawa-bawalah mengucap apabila kita telah berkata tentang orang lain. Tak pun, tidak perlulah kita nak berkata tentang orang lain sedangkan diri kita juga ada kelemahan yang tidak disedari. Haish, buat dosa free je. Dah banyak sangat kot pahala mereka berdua, itu yang baik hati nak sedekahkan pahala kepada orang lain.
📘📘📘
Kelihatan bintang bertaburan dan bersinar di langit yang gelap malam itu. Maka, duduklah seorang gadis di balkoni menghirup angin malam bertemankan diari pink nya yang sentiasa di bawa ke mana-mana, kecuali ke tandas.
Angin malam yang menenangkan membolehkan Hannani mencoret sesuatu dengan tenang di dalam helaian diarinya yang setia menunggu.
Isnin 18/5
9:00pm
Hmm... apalah agaknya yang di makan oleh mamat tu ye, sampai mulut dia sentiasa keluarkan perkataan yang... geli? Ergh, ingat aku akan cair dengan setiap yang dia kata? Kepala senget, mulut lollipop, hantu... macam-macamlah. Menyampah plus meluat. Dahlah sampai sini jelah pinky. Ada story, kita share cepat-cepat okey? Bye.
Hana the pink.Setelah meluahkan cerita yang berlaku pada hari ini, Hannani pun masuk ke dalam biliknya dan menyusun jadual untuk persediaan hari esok. Selesai semuanya, kakinya menuju ke arah katil dan terus melabuhkan tirainya bagi episod hari ini.
Pagi itu,
"Alamak! Dah lambat ni!" Bangkit sahaja dari tidur, dia melihat bahawa jam sudah menunjukkan pukul 7 pagi.
Haish, hari ni jugak lah kau nak buat hal. Boleh pula dia tak berbunyi. Syaitan manalah agaknya yang set jam ni supaya tidak berbunyi. Lalu Hannani pun segera mencapai tuala nya dan bersiap sebelum jam menunjukkan ke angka 7:15 pagi.
Selesai memakai baju, dia mencapai beg velvetnya dan turun mendapatkan mamanya. " Hana, makan dulu sayang," panggil Puan Erlin apabila melihat anaknya yang sedang turun. " Takpelah mama, jom ma, Hana dah lambat ni!" kata Hannani tergesa-gesa sambil memakai kasut sekolahnya yang berwarna hitam. " Lah, Hana yelah dah lambat. Haa, jom," balas Puan Erlin setelah melihat jam dinding yang telah menunjukkan ke angka 7:10 pagi.
Nasib baik jarak dari rumah ke sekolahnya hanya mengambil masa 4 minit sebelum ada 'pakcik dan makcik biru' menjaga pagar. Fuh, nasib baik masih tiada lagi yang menjaga pagar. Selalunya, dia akan sampai ke sekolah sebelum pukul 7. Tetapi hari ini, disebabkan jam loceng yang berbentuk epal miliknya tidak berbunyi. Haih, dasar epal masam. Epal pula yang kena.
Sesi pembelajaran yang berlangsung difokuskan sebaik mungkin demi persediaan SPM yang bakal berlangsung 7 bulan dari sekarang. Kelihatan semua pelajar 5 Excellent memberikan perhatian sebaik mungkin. Tetapi tidak kepada seorang murid yang bernama Elham Nash.
"Elham Nash!"
Stay tuned° vote° comment° PLEASE!!!🙏🙏🙏
YOU ARE READING
DIARI PINK [OG]
Teen FictionKisah Nur Zanna yang terlalu obses akan warna pink.Tiba hari kelahirannya, dia telah memperoleh hadiah berupa sebuah diari pink yang diidam-idamkannya selama ini. Diari pink membantu Nur Zanna melampiaskan segala yang terpendam di hati, tidak kira d...