Duhai otak,
berhentilah berfikir tentang dia,
Kau hanya menyusahkan diri sendiri,
tidak memadai,
memikirkan tentang orang yang langsung tidak mempedulikan dirimu,
sebagaimana dirimu mementingkannya.Duhai hati,
berhentilah,
hapuskanlah,
lenyapkanlah,
perasaan itu karna perasaanmu tiada nilai di matanya,
perasaanmu hanya memakan dirimu,
malah dia di sana tiada sekelumit pun rasa padamu.Duhai mata,
berhentilah berjaga di setiap malam,
dia takkan pulang,
jangan kau berharap karna dia takkan kembali lagi,
dia telah bahagia disana bersama orang yang baru,
yang lebih baik dari dirimu.Kau ,
bagaikan tiada nilai di matanya.
Kau,
bagaikan tiada ruang di hidupnya.
Kau,
bukan siapa siapa .Sedarlah,
segalanya sia-sia sahaja.
Jagalah hati , Jagalah diri , Jagalah kesihatan,
Hargailah diri.Kerana ,
Kau ada nilainya dan kau bermakna :)