A I D E N 1

35.2K 956 12
                                    

DERINGAN telefon yang berada di table nightstand menganggu lena seorang lelaki yang masih lagi menyelubungi tubuh kekarnya di dalam cormforter tebal.

Sesekali lelaki itu berdecit tatkala deringan telefon tidak henti-henti membingitkan suasana, sekaligus mengganggu tidurnya.

"Kau nak apa sial."

IPhone yang berada di atas table nightstand di ambil lalu diangkat. Tanpa memeriksa dahulu siapa yang berada dihujung talian dia menyergahnya tanpa ucapan selamat pagi mahupun salam.

"Liam, kau dah kenapa kacau tidur aku pagi-pagi ni. Aku penat Liam."

Aiden meraup rambut keperangan miliknya kebelakang. Anak mata helang berona kelabu gelap itu mengerling sekilas jam dinding yang besar tergantung di biliknya.

'It's only 8.30 am in the morning . Dude.'

Aiden mengetap bibirnya menahan diri dari terus terlena.

"Tengku Aiden. Dah setengah jam aku tunggu kau kat airport ni. Motif kau nak suruh aku mereput kat sini?" Aiden memejam matanya sekejap.

Dia terlupa akan janjinya kepada Liam. Dirinya telah berjanji mahu mengambil lelaki itu di airport.

"Urgh, give me 20 minutes nanti aku sampai."

Tidak menunggu balasan dari Liam telefon mahalnya dia matikan lalu diletakkan ke atas table nightstand di tepi katil king miliknya.

Aiden menghela nafas kasar. Pada hujung minggu begini pula Liam tidak membawa kereta bersamanya ke airport. Selalunya lelaki itu meninggalkan keretanya di airport jika dia mempunyai flight ke oversea.






















ADEENA mencebik tatkala matanya tidak menemui susuk tubuh yang dia tunggu. Hampir 30 minit dia menunggu namun batang hidung gadis yang dia tunggu itu tidak munculkan diri.

Jam berjenama yang terlilit di pergelangan tangannya di kerling sekilas. Sudah hampir jam 10.00 pagi.

Gadis berketurunan France itu bangun dari kerusi menunggu, bagasi berwarna merah jambu miliknya dia tarik untuk ke pintu keluar.

"Adeena!" Dia tersentak tatkala belakang bajunya ditarik.

"Abang Liam." Lelaki itu tersengih sehingga menampakkan barisan giginya yang tersusun rapi.

"Mateen tak ikut sekali?" Adeena hanya menggelengkan kepalanya menjawab soalan dari Liam. Kebiasaannya dia bertemu mata dengan Liam untuk menemani Mateen, abang sulungnya.

Liam dan Mateen sudah 5 tahun mengenali antara satu sama lain. Sejak mereka berdua bersama melanjutkan pelajaran di pusat pengajian negara Eropah.

Adeena hanya mendiamkan diri, matanya meliar melihat suasana di dalam airport untuk mencari susuk tubuh kawannya.

Tatkala anak mata berona hazel gadis itu mengalih pandangannya ke tepi dia tergamam buat seketika. Bak panahan mata helang iris berwarna kelabu itu memanah ke arahnya.

"Adeena tunggu siapa?" Adeena tersentak segera dia mengalih pandangannya ke arah Liam.

"Adeena tunggu Sophea tapi batang hidung dia pun Adeena tak nampak. Mana pergi entah nenek kebayan tu."

MRS AIDEN NATHANIEL [C]Where stories live. Discover now