Pada tahun 2009 terjadinya kisah yang mengulit kenangan apabila ianya berlaku adalah realiti yang terjadi pada penulis. Kisah percintaan pada zaman sekolah. Semua orang pernah mengalaminya, tidak kira umur, sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Kita mesti inginkan pasangan untuk gembirakan kita. Tapi pada masa yang sama kena tahu jugak diri kita macam mana. Kalau masih lagi guna duit mak ayah kita. Baik fikirkan betul betul. Hahahaha. Ok lah. Balik kepada story line kita. Kisah ini adalah kisah sebenar. Yang mana apa yang terjadi adalah betul betul terjadi.
Pada awal tahun persekolah. Macam biasa, semua dengan berpakaian baru, kasut baru, senang cerita serba serbi baru. Kerana ingin menunjukkan betapa cerianya mereka semua termasuklah Mirul. Mirul adalah pelajar 2 Cekal. Mempunyai geng sendiri. Biasa laa kan kalau sekolah mesti ada kawan baik sendiri. Jadi pada hari pertama sekolah buka. Semua gembira kerana jumpa kawan kawan. Semua bercerita kisah mereka pergi mana bercuti. Ada yang kata pergi luar negara. Pergi sana pergi sini. Tetapi Mirul hanya mampu mendengar kerana pada tahu itu dia hanya luangkan masanya bersama keluarganya di rumah.
Semasa berada di dewan kerana ada perhimpunan pada hari isnin. Mirul ada merasakan sesuatu, rasa macam something happen. Mirul melihat ke arah luar dewan. Kelihatan Ayraa dengan kawan kawannya sedang berjalan memasuki dewan. Mirul terpana melihat kecantikkan dan Kecomelan dia. Dia bersama kawan kawannya menuju masuk ke dalam dewan. Ketika itu fikiran Mirul seperti. Kalau la aku boleh berkenalan dengan dia. Mesti bestkan. Pada saat itu laa, Mirul dah start sukakan dia dan menjadikannya orang panggil zaman sekarang "Crush".
Setelah masuk kedalam kelas, Mirul masih mengelamun kerana si dia. Tiba tiba kawan baiknya Sharin (Rain) menegur Mirul. "Wehhhhhhhhhh !!" Terkejut si Mirul, "haa terkejut pun kau. Dah kenapa mengelamun pagi pagi ni. Haaa pikir awek laa tuu" ujar Rain. Mirul balas "tak de laa. Aku mana ada awek. Orang macam aku ni susah nak ada awek" Rain balas " sudah laa. Jangan rasa rendah diri bro. Bagi aku kau okay. Siapa yang dapat kau mesti dia bahagia. Insya Allah" ujar Rain. Mirul hanya mampu tersenyum dengan kata kata Rain. Mereka sama sekolah dari sekolah rendah. So mereka sangat laa rapat.
Ketika waktu Rehat.
Mirul bersama kawan kawannya (Rain,Amin,Adam,Haris,Aidil,Azrul,Azirul) pergi ke kantin sekolah untuk berehat. Sedang mereka beratur untuk membeli makanan. Mirul ternampak Ayraa dengan kawan kawannya pon beratur untuk membeli makanan. Pada masa itu mirul sudah berada di depan. Mirul panggil Ayraa untuk beli makanan dulu. Semua kawan Mirul pelik. Amin menegur "kau pahal bagi dia beli dulu. Aku lapau ni. Hadehhh. Kau ni baik sangat pulak. Ke kau ada apa apa dengan dia" Mirul hanya tersenyum dan membalas " tak pe laa. Ladies first" yang lain seperti terpinga pinga kerana perbuatan Mirul.Bersambungggg. 😊😊
YOU ARE READING
Cinta Monyet Mampu Berkekalan ?
RomanceKisah sebenar yang terjadi. Kisah seorang lelaki yang comel, bulat dan baik yang bernama Amirul (Mirul) yang ingin mengenali seorang wanita yang bernama Syahira (Ayraa), sama umurnya pada zaman sekolah mereka. Kisahnya bermula apabila Mirul yang ing...