28 W.J.

606 19 0
                                    

Aku mengambil tempat di atas gunung yang sudah pasti tiada sesiapa akan menemui aku disitu kerana jarak aku jauh daripada kawasan USP Florence sejauh 10 km. Aku menanti untuk menembak mangsa yang aku sasarkan itu muncul di depan mata. Sebab, aku tahu dia menggunakan motorsikal untuk datang ke USP Florence.

Aku lihat ke arah lelaki yang duduk di sebelah aku itu. Dia asyik tersenyum ke arah aku. Aku pula diam tidak memperdulikannya. Aku rimas sebenarnya dia temankan aku buat kerja. Tapi, nak buat macam mana? Aku mana boleh melawan kata-katanya.

Aku pandang ke arah jalan raya. Mata aku tertancap ke arah sebuah motorsikal dari jauh yang dipandu dengan kelajuan yang laju. Aku meniarap di atas tanah dan mendekatkan wajah aku pada skop sniper milikku. Aku memacukan muncung sniper tersebut ke arah penunggang motorsikal tersebut.

Aku memerhati penunggang motorsikal itu melalui skop dan aku mengacukannya ke arah bahagian kepala.

"Shoot her, now!" Arah lelaki itu pada aku.

Aku menarik picu dan tembakkan dilepaskan. Motosikal itu terbabas di atas jalan raya. Penunggang motorsikal itu terjatuh daripada motorsikal miliknya. Dia bergolek jatuh sehingga badannya jatuh ke dalam sebuah gaung yang berdekatan di situ.

Aku bertindak menyepak lelaki yang bersama aku itu tadi sehingga menyebabkan dia jatuh terbaring di atas tanah.

"What the?!"

Aku mengengsotkan badan aku ke kiri dan mengeluarkan pistol yang aku bawa lebih bersama aku itu.

Aku melepaskan tiga das peluru ke arahnya. Namun, hanya satu tembakkan sahaja yang mengena pada lengannya kerana dia sempat mengelak daripada dua tembakkan pertama aku.

"Shit! Kau takkan dapat lepaskan diri daripada aku!" Jeritnya pada aku.

Aku cuba untuk melarikan diri daripada lelaki itu. Aku belari menuruni gunung tersebut menjauhkan diri aku daripada lelaki itu.

Tiba-tiba, badan aku merasakan ada sesuatu yang merenjat ke seluruh tubuh badan aku. Aku rebah dan badan aku berguling jatuh daripada gunung tersebut. Pandangan aku kelihatan sedikit kabur.

Bayangan lelaki itu mendekati aku semakin kabur. Dia tersenyum ke arah aku dalam keadaan lengannya yang masih cedera itu.

"Kau fikir kau boleh terlepas daripada aku?"

Rambut aku dicengkamnya kuat dan kepala aku didekatkan ke wajahnya.

"Selagi kau pakai benda ni. Kau tetap jadi milik aku."

♥♠♣◆

Kepala aku sakit dan seluruh tubuh aku terasa sakit. Sakit yang terlampau sakit. Aku mencelikkan mataku dan benda pertama yang aku lihat adalah siling bilik yang berwarna putih.

Aku cuba untuk bergerak.

"Aduh.."

Aku lihat pada lengan aku. Terdapat banyak wayar yang melekat pada lengan aku. Bukan itu sahaja, termasuk bahagian kepala, leher dan dada sebelah kiri aku yang menempatkan bahagian jantungku. Wayar itu pula bersambung dengan sebuah monitor yang sedang membuat perhitungan.

Ia menunjukkan pada angka 56%.

Aku mengangkat kepala aku sedikit dan memandang ke arah depan. Ianya terdapat kaca lut sinar yang menampakkan bahagian luar bilik tersebut. Aku dapat lihat wajah lelaki yang amat aku kenali itu berada di luar bilik. Dia menguntumkan senyuman lebar.

Dia yang keluarkan aku dan dia juga lah yang mempergunakan aku selama ni.

"Goodmorning or..goodnight? Ah, whatever. Well, kau dah sedar."

Dia masuk ke dalam bilik yang menempatkan aku itu. Dia mendekati aku yang berada di atas katil di mana aku sedang terbaring lemah. Aku tak tahu apa yang buatkan tubuh badan aku jadi lemah.

"Aku tak sangka cecair itu cepat habis dalam badan kau. Tapi, tak apa. Lepasni, aku tingkatkan ketahanannya pada tahap tinggi. Lepastu, cecair tu akan kekal dalam tubuh badan kau." Katanya dengan nada yang sinis.

Aku tersenyum sinis mengejek perbuatannya yang sia-sia itu.

"Kekal? Kau rasa sempat kah?"

Kata-kata aku sedikit mencabarnya.

"Sudah tentu benda tu akan kekal dalam badan kau. Lagipun, sasaran yang aku nakkan sangat tu dah mati. Siap masuk gaung lagi. Terima kasihlah atas bantuan kau."

"Hahahahah!"

Ketawa aku bergema di seluruh bilik tersebut. Aku masih kaku tidak dapat berbuat apa-apa sebab kedua-dua belah tangan dan kaki aku diikat kuat. Aku nak bergerak pun susah dalam keadaan aku yang masih lemah itu.

Jadi, aku ketawalah.

"Oh my gosh! How much longer I didn't laugh like this? You, idiot." Sumpah aku padanya.

"Hmmm, aku bodoh? Aku lagi bijak dari kau. Siapa yang bebaskan kau? Aku juga kan? Nak harapkan kawan baik kau tu.. sampai mati dalam tu pun kau takkan keluar. Lagipun... aku memang banyak kerja untuk kau. Takkan kau tak nak kerja dengan aku?"

Aku menjulingkan mata aku ke atas tanda menyampah dengannya. Aku bukannya suka kerjasama dengan orang lain.

We can't trust people nowadays.

"Buat apa aku nak kerja dengan kau? Sibuk je nak ganggu life aku."

"Hmmm, tak apa lah. Kau rehat lah sepuas-puasnya. Bye, darling~"

Lelaki itu berlalu kelaar daripada bilik tersebut. Pintu kaca itu ditutup dan dia sempat melambai ke arah aku sebelum kelibatnya hilang.

Aku kena keluar daripada sini. Aku tak nak buat semua benda ni! Aku kena cari Carolyn juga.

Tiba-tiba, kepala aku terasa sakit yang amat. Pandangan aku berpinar-pinar. Aku rasakan ada sesuatu yang mengalir ke dalam darah aku.

Mata aku sempat melihat ke arah monitor tersebut, ianya tertulis perkataan 'COMPLETE' sebelum aku tidak sedarkan diri.

B&W |THE PERFECT MATCH|Where stories live. Discover now