lapan/yeodeol/hachi

1.3K 113 57
                                    

Y/n bangun pagi dengan penuh semangat, sampai nak pakai baju sekolah pun boleh terjatuh. Telefon Y/n berdering mesej daripada Fina dia sudah pun berada di depan pintu.

"Huish! Semangat betul perempuan ni, baru pukul 6:30? Sarapan pun aku belum lagi. Aku suruh datang pukul 7 sebab kelas start pukul 8 tapi tak apa la boleh dia join makan dengan aku! Boek!" Kata Y/n lalu berlari turun ke bawah.

"Assalamualaikum! Y/n...!!" Panggil Fina.

"Waalaikumussalam!" Jawab Y/n laju membuka pintu dan menajak Fina sarapan bersama, dia menarik tangan Fina. Mama Y/n tersenyum gembira kerana anak nya sudah mempunyai rakan.

"Anak mama dah ada kawan rupa nya. Sejuk hati mama ni ha." Kata mama Y/n penuh terharu. Y/n dan Fina tersengih. "Ni nak pergi sekolah sama-sama ke?" Tanya mama Y/n.

"Mesti la ma! Adik baru dapat tahu semalam yang Fina duduk kat laluan belakang rumah kita! Boleh la adik kenal kan dia dengan Yaya dan Ying!" Kata Y/n senang hati.

"Elok la tu, apa kata petang nanti panggil la Yaya dan Ying datang rumah." Cadang mama Y/n.

"Ok ma!" Teriak Y/n.

Di Sekolah

"Aku tak tahu pula kau ada kawan?" Soal Fina.

"Sekarang kau dah tahu, apa kau ingat aku hidup sebatang kara ke bila kat sekolah? Eyh! Satu sekolah aku dulu suka kawan dengan aku siapa-siapa je aku boleh rapat termasuk budak laki. Bukan macam sekolah ni seorang budak perempuan pun tak nak berkawan dengan aku sombong gila menyampah aku!" Bebel Y/n.

"Ok ok sekarang kau dah ada kawan. Macam mana plan kita hari ni? Kau ada bawa tak lipas tu?" Tanya Fina.

"Eyh! Mesti la prank tetap prank hari ni juga kita kena buat habis la budak-budak hingusan tu!" Balas Y/n.

"Ok cun! Kau bawa berapa?" Soal Fina.

"Malang nya aku hanya dapat bawa tiga je." Kata Y/n sambil muncung kan bibir rasa kesal.

"Tak apa la aku ada bawa satu peket lipas tau! Aku suruh adik laki aku beli semalam kat kedai rm2 hehehe." Terang Fina. Y/n tersenyum lebar.

"Kau ada adik laki?! Best nya! Aku teringin nak ada adik lagi-lagi adik laki boleh main bola dengan aku." Kata Y/n.

"Kau pandai main bola?" Tanya Fina.

"Aah, kenapa? Tak percaya? Kau tunggu je sukan lepas ni. Ha lipas tu letak dalam kotak ni!" Kata Y/n dan keluar kan kotak yang berbentuk segi empat tepat. Fina memasukkan lipas-lipas tu dalam kotak itu.

"Jom! Masuk kelas!" Kata Fina.

Y/N POV

Aku dan Fina berjalan nak masuk ke kelas. Tiba-tiba rasa tak sedap hati sebab aku tengok pintu kelas kitaorang tertutup, itu pelik selalu aku datang sekolah pintu tu sentiasa terbuka. Aku mendepa kan tangan untuk berhenti kan Fina, dia pun berhenti dengan muka yang hairan.

"Kau ni dah kenapa? Kelas kita depan tu je." Soal Fina pelik.

"Aku ada firasat tak baik la kat sini." Kata aku memerhati pintu tu.

"Firasat tak baik? Kenapa? Ada piano jatuh atas kita ke?" Soal Fina lagi. What?! Piano?!

"Bukan piano la! Tu! Tengok tu kelas kita tak ada orang ke? Sebab pintu kelas kita tertutup. Aku rasa diaorang nak kena kan kita la." Jelas aku sambil menunjukkan bibir muncung ke arah pintu tersebut.

"Eh aah la! So apa kita nak buat?" Balas Fina. Aku berfikir dan mula memandang sekeliling untuk mendapat kan idea. Aku memusing badan dan aku tersenyum sinis. Fina memandang aku.

Private School [SU]Where stories live. Discover now