Part 10: Grandmother

37 7 9
                                    

"Aku kena pujuk..Ussy untuk ikut aku pulang ke mystic world"Gumam nenek tua itu atau lebih dikenali Velvet Iross Vendick.

Brak

"Uhuk ohok ohokkk!!"Ussy mula terbatuk batuk apabila memasuki bilik witch milik dirinya.Maklumlah setahun sekali je masuk bila perlu tu pun kadang ada tahun tu yang tak masuk lansung.Kenapa?Sebab Ussy tak suka buat potion,bau dia pelik katanya.

Habistu kenapa Ussy tiba-tiba nak masuk bilik tu?Itu sebab nenek belah mama dia nak datang.Lagi lagi nenek dia tu 'Master'.

"Berhabuk gila..tahun lepas aku masuk ke tak ek?"Fikir Ussy sejenak.Tetapi lamunan Ussy dihentikan dengan ketukan penyapu di kepalanya.

"Aduh!"Kata Ussy sambil memegang kepalanya."Siapa yang pukul!?"Marah Ussy sambil berpusing kepala.

"Mama kenapa?"Soal Carla dengan dingin.Ussy terus terdiam.

"O-oo..fikir Shin tadi"Kekok Ussy.Carla mengeluh."Adik kamu dah lari tadi"Selamba Carla sambil menyerahkan penyapu itu ke Ussy.

"Ehh!?Dia buat lagi macam tu tahun ni?"Kata Ussy sedikit geram."Bertuahnya dia tak dapat perhatian nenek,bebas la sikit dia tu"Ussy mengecis.

Bukk

"Aduhh!!"Kata Ussy lagi.Pukulan tumbukan yang kuat diberikan oleh mamanya.

"Kamu tak patut kata macam tu...mama pasti Shin pun teringin nak merasa kasih sayang nenek kamu"Kata Carla.Ussy terdiam,memang dia agak melampau.

"Ya..ya maaf"Kata Ussy."Kemas bilik ni..nenek kamu tu boleh tiba tiba je sampai,cepat sikit"Tegas Carla

Ussy mengangguk laju.

...

Sementara itu Shin yang berada di Wc'donald sibuk melayani karenah rakan rakannya ini tapi pada masa yang sama dia mahu juga berjumpa neneknya.

"Woi Shin!"Kata Colin

"Ya..?"Kata Shin sambil memandang ke Colin."Sampai bila nak duduk sini?Jom la pergi tempat lain pula"ajaknya

"Haah bosan la lepak sini..jom kembara hutan!"Ceria Renn.Colin yang mendengar hutan terus membantah."No!Situ ada serangga..aku geli"Kata Colin

"Apa kau ni Wit---"Percakapan Renn dihentikan oleh Lein menggunakan burgernya."Kau nak rahsia kita bocor?"Kata Lein

Renn menggeleng laju.

Shin mengeluh."Kalau bosan sangat jom melepak rumah siapa-siapa kecuali rumah aku"Katanya.

"O ooh oh!Jom pergi rumah Bella!"Kata Renn."Aku dengar papa dia beli game baru kat dia dari luar negara!"Semangat Renn.

"Ouh maksud kau game laser tu ek?Aku dah try main..tapi permainan tu perlukan kefleksibelan"Kata Lein

Untuk pengetahuan.Renn,Gishin,Lein dan Bella bersekolah rendah di tempat yang sama.Mereka kenal sejak kecil.Sama seperti Shin dan Colin yang kenal sejak kecil.

"Tapi kalau nak pergi sana..tanya Bella dulu"Pesan Gishin.Angguk mereka semua.Renn mengambil telefon bimbitnya dan mendail nombor Bella.

"Aku try call"Senyum Renn.Mereka menunggu.

Tuut Tuut Panggilan anda tidak dijawab.

"...."Renn terdiam dia melihat kembali telefonnya.Bella mereject panggilannya.

"Aku agak kau selalu sangat kacau dia sampai dia benci kau"Sengih Lein."M-mana ada!Dia ter kot.."Senyum Renn kekok.

"Aku try lagi"Renn mendail lagi.

The Cursed Where stories live. Discover now