White.....what?

10 1 0
                                    







All right
I can make it better
I can hold you tighter
Oh~
I can make it right

🕊️🕊️🕊️



































Hari:Sabtu
14/12/2019
Cuaca:🌧️⛅(🌤️)🌨️




Pernahkah kamu merasa bagai ada pelbagai masalah yg membelenggu dirimu.

Rasa bagai hati berat menanggung rasa bersalah......
Bagai semua masalah tersebut berpunca dari dirimu sendiri.....

Namun,apabila difikir sekali lagi....
Apa masalah yg sebenarnya telah diri kau buat?
Apa masalahnya?

Hidup kamu baik-baik sahaja,tiada kesalahan.

Atau mungkin dirimu yg tidak normal menyebabkan orang lain
meletakkan bebanan pada kamu.

Kalau kamu pernah merasainya apa
yg kamu lakukan?

Adakah kamu meluahkannya?
Kepada siapa?

atau mungkin kamu meluahkannya kepada sesuatu.....



Inilah yg aku lakukan.....

Meluahkan untuk meringankan beban.

Diari ini menjadi saksi bisu atas segala penderitaan ku

Tolonglah sesiapa,bantu aku keluar dari kesengsaraan ini.....

Willy_



















[][][][][][][]

























Mereka kata aku sakit dan perlu dirawat untuk sembuh.Sekurang-kurangnya itu yg dikatakan mereka di rumah putih ini.

Ibuku kata aku perlu tinggal disini buat sementara waktu.Mungkin dia malu kerana jiran mula mengeluarkan gosip liar dan menjauhi keluargaku




















Kini,diatas rumah putih ini,aku berdiri diatasnya.Angin perlahan bertiupan menyapa wajahku.Kaki memijak di atas pembatas bangunan sambil tangan didepakan untuk menyeimbangi diri.

Di hadapanku pemandangan kota pada waktu malam masuk ke indera penglihatanku.
Oh,alangkah indahnya!

Kakiku perlahan memijak menyelusuri pembatas itu.Badan bergoyang cuba seimbang bagai pohon bergoyang ditiup angin.

Aku tidak melihat ke bawah...
Sungguh pemandangan bangunan tinggi ini akan membuat sesiapapun gayat

Perlahan melangkah kehadapan sehingga sampai ke penghujung.
Di hujung ini,angin bertiup semakin kuat.Seperti ingin menolakku jatuh.

Ku terkekeh.

Angin pun benci padaku,ingin menolakku jatuh dari sini....

Pembatas bangunan ini dapat diibaratkan seperti sempadan.
Jika ku ditolakkan ke hadapan kematian akan menyambutku.
Jika ku jatuh ke belakang neraka dunia akan terus menyiksaku.

Aku ingin lari dari neraka tersebut melalui pembatas dan jatuh ke syurga kematian.

Mereka kata kematian itu seindah syurga.




Masa terus berlalu.Awan merah mulai menutup bintang dilangit.Nampaknya tidak sempatlah aku untuk melihat horoskopku.
Haiwan berbisa yg menyengat....
Itulah deskripsi bentuk horoskopku.

Scorpio

Akhirnya, awan merah itu mengeluarkan hujan.Turun membasahi diriku yg menyedihkan.
Menangis untukku yg sudah lelah mengeluarkan tangisan


















'Tring!Masa melawat sudah tamat!!'

Suara petugas membuat pengumuman memenuhi indera pendengaranku.Nampaknya aku harus kembali ke ruangan ku segera.


















'Ah!'
Entah memang silapku atau air hujan yg melicinkan pembatas,kakiku tergelincir semasa hendak menuruni pembatas.

Diriku melayang ke belakang....

     .....atau lebih tepatnya ke syurga kematian.

Tidak!Tidak!
Ini bukan masanya.
Aku belum puas menikmati sisa kehidupan.

Tidak!!Bukan sekarang!!!!

Aku tidak ingin meninggalkan neraka menyiksakan ini!!

Itulah teriakanku.Teriakkanku dalam diam.Tiada sesiapapun yg mendengarnya.....

Peliknya aku tidak lagi ingin ke  kematian.Mungkin kerana dia yg sentiasa menungguku untuk sembuh.

Tolong!!!





































"Kau gila ke!!"

Suara itu....

Sebuah tangan menangkap dan menarik tanganku keluar dari jurang kematian.

Dia.
Malaikat putih yg menyelamatkan diriku dari neraka dunia.

Dialah sebab aku tidak ingin lagi pergi ke syurga idaman idamanku.....

My White Angle





































Oh,you're  the light
Cause you the reason that I survived













-end-





















Hello,author disini....
Apa khabar?Selamat berkenalan.
First of all thanks
sebab sudi baca cite mengarut ni
Maaf sebab work serendipity tu lama sangat nak update,
author kekeringan idea+malu
nak post
Apapun,jumpa lagi di work akan dtg

Psst....rumah putih disini adalah hospital ye bukannya
white house Amerika

See you ma~(^^)

White[✓]Where stories live. Discover now