30 W.J.

632 22 0
                                    

Malam itu, aku dibawa ke sebuah gudang. Kakiku melangkah keluar daripada perut kereta diiringi oleh beberapa orang lelaki mengikuti aku daripada belakang. Mataku meliar memandang keadaan sekeliling gudang tersebut.
Keadaan gudang itu sunyi dari luar kerana ia diletakkan jauh daripada kawasan perbandaran yang sesak. Cuma, ada dua tiga buah kenderaan sahaja melaluinya. Itupun hanya kenderaan seperti lori-lori besar.

Aku meneruskan sahaja langkahku membontoti Zack daripada belakang. Kiri dan kanan aku semuanya dikawal ketat oleh 3 tiga orang lelaki yang merupakan orang bawahan Zack.

Kami memasuki gudang tersebut. Di dalamnya dipenuhi dengan kotak-kotak kayu dan terdapat sebuah kilang yang ada di dalam gudang tersebut. Ianya seperti kilang yang digunakan memproses senjata dan senjata itu akan disimpan di dalam sebuah kotak.

"Welcome back, Sir." Sapa seorang lelaki yang memakai kot putih seperti seorang pekerja makmal itu pada Zack.

Lelaki itu memandang ke arah aku dengan pandangan yang terkejut. Aku hanya buat muka kosong dan membalas pandangannya yang masih memerhati ke arah aku itu.

"Kau dah sediakan semua yang aku nakkan, Menzel?" Tanya Zack kepada lelaki tersebut.

Aku hanya diam tidak bersuara sambil memerhati lelaki yang digelar Menzel itu.

"Ya, aku dah sediakan semuanya. Ikut aku."

Kami berlima mengekori Menzel menuju ke arah sebuah lagi bilik yang ada di situ. Aku melangkah masuk ke dalam bilik tersebut dan ianya merupakan sebuah makmal. Banyak perlatan dan bahan eksperimen yang ada di dalam makmal tersebut.

Aku berhenti melangkah dan memandang ke arah susunan tabung uji yang terdapat sejenis cecair kelabu di dalamnya. Aku rasa macam pernah tengok je cecair ni.

"Eh, budak. Mari sini."

Lengan aku ditarik kasar oleh Claudius apabila menyedari aku tiba-tiba sahaja hilang dari jagaannya. Aku berkerut ke arahnya menandakan aku tidak suka diperlakukan sebegitu. Aku nak melawan. Tapi, aku tak boleh nak buat macam tu.

Entah kenapa.

"Darling, sit here. Okay?" Arah Zack pada aku.

Zack memegang kedua-dua belah bahu aku dan aku dipaksanya duduk di atas sebuah kerusi yang ada di situ. Aku turutkan sahaja. Zack membuka jaket hitam yang aku gunakan. Aku hanya menggunakan baju T-shirt berlengan pendek berwarna kelabu di dalamnya.

Aku lihat Menzel menyarungkan sarung tangan pada kedua-dua belah tangannya. Menzel mengambil sebuah picagari dan memasukkan sejenis cecair jernih padanya.

"Cecair ni, akan buatkan ketahanan badan dia lebih kuat. Jadi, cecair ni menyukarkan dia untuk rasa sakit dan kekebalan badan dia akan meninggkat." Kata Menzel mengenai cecair tersebut.

Lengan aku di suntik dan dapat aku rasakan cecair itu mengalir pada saluran darah aku. Aku tahankan sahaja rasa sakitnya.

"Ooohh, kalau kena tumbuk memang tak sakit lah?" Tanya Zack pada Menzel.

"Yup, dia tak boleh rasa sakit langsung. Kecuali, kalau virus pada cip tu aktif. Jadi.."

Menzel mengambil satu lagi picagari yang terdapat cecair berwarna putih dan menyuntiknya pada aku selepas dia selesai dengan suntikkan pertama tadi.

"Kau kena suntik dia dengan cecair putih untuk mengelakkan virus tu aktif."

"Ohh."

"Ingat, cecair suntikkan pertama aku tadi memang kekal dalam badan dia dan tak boleh dibuang. Tapi, bila virus tu aktif, cecair tu tak boleh nak lawan virus itu daripada menyerang bahagian jantung. Ia akan menyebabkan budak ni rasa sakit pada bahagian jantung sebab cecair itu cuma dapat menghalang virus itu merosakkan organ yang lain kecuali jantung. Kau kena suntik dia setiap kali selepas 10 jam."

"Okey, kau ada bekalkan untuk aku cecair kelabu tu?"

Menzel selesai dengan kerjanya. Dia mengambil pula sebuah bekas yang terdapat banyak tabung uji yang membekalkan sejenis cecair kelabu.

"Ada."

Zack memakaikan semula aku jaket hitam itu. Menzel menghulurkan bekas itu kepada Zack. Aku memerhatikan sahaja bekas itu. Aku masih tak tahu kenapa Zack perlukan sangat cecair kelabu itu.

"Thanks, dude."

"My pleasure."

Aku dibawa keluar daripada makmal tersebut bersama-sama dengan 3 orang lelaki tadi dan Zack.

"Mike, aku nak kau ambil semua senjata yang kita perlukan nanti." Arah Zack kepada Mike dan lelaki itu terus melaksanakan arahan yang diarahkan oleh Zack.

"Baik, bos."

Aku pula dibawa terus masuk ke dalam kereta. Aku diam membisu tidak membuka bicara dengan mereka.

"Lepasni, kita pergi villa dan menetap sana." Kata Zack kepada pemandu kereta.

Aku diam di tempat duduk belakang. Aku duduk di tengah-tengah antara Claudius dan Veron. Aku pandang ke arah cermin kereta dan pandanganku bertembung dengan mata Zack.

Aku dapat rasakan Zack mengukirkan senyuman lebar melalui gerak matanya itu pada aku. Aku biarkan sahaja dengan menghadiahkan Zack satu jelingan.

"Bos, White Joker masih belum sedarkan diri kah?" Tanya Veron pada Zack.

"Kalau korang tengok dia diam je dan tak bertindak agresif. Belum lah tu." Kata Zack pada Veron.

Veron memandang wajah aku yang berada di sebelah kirinya itu. Aku pandang Veron dengan pandangan kosong.

Aku tak tahu kenapa aku langsung tak ada reaksi sekarang ni. Yang aku tahu aku duduk diam dan ikut je apa yang diarahkan oleh Zack.

B&W |THE PERFECT MATCH|Where stories live. Discover now