Bab 1 🌼 [ EDITED ]

1.8K 116 15
                                    

Aku adalah Kim Jisoo. Aku tinggal bersama dgn ibu bapa angkatku. Aku menganggap mereka sebagai ibu dan bapa kandungku sendiri. Setiap kali aku memikirkan bahawa aku ini adalah anak angkat mereka , aku berasa sedih kerana aku sendiri tidak tahu asal usulku.

Siapakah ibu bapaku ? Adakah mereka sudah meninggal ? Atau adakah aku ini adalah anak yatim piatu ? Aku pun tidak tahu tetapi aku bersyukur kerana memiliki ibu dan bapa angkat yang menganggap aku sebagai anak kandung mereka sendiri. Tahun ini umurku sudah mencecah 21 tahun. Aku menuntut ilmu di kolej.

Ibuku bernama Kim Mina dan ayahku bernama Kim Minho. Aku tidak mempunyai banyak kawan di kolej kerana mereka menganggap aku sebagai pelajar yang miskin. Tetapi aku mempunyai 2 orang kawan baik dan mereka selalu membela aku ketika aku dibuli.

Mereka adalah Park Jinyoung dan Park Chaeyoung. Mereka berdua ni sebenarnya anak kepada ceo park a.k.a majikan ibu ku.

Flashback 21 tahun yang lalu.

Terdapat sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku di istana iaitu puteri kepada permaisuri im yang baru dilahirkan hilang. Pihak istana mencari puteri itu tetapi tidak dijumpai. Selama bertahun mereka mencari puteri itu tetapi mereka tidak menjumpainya dan mereka pun berputus asa.

Permaisuri im amat murung tetapi dia berharap agar suatu hari nanti dia dapat bertemu semula dengan puterinya itu. Dia juga mengingati bahawa terdapat tanda lahir di belakang telinga kiri dan seutas rantai khas dipakaikan di leher puteri itu. Di situ terdapat tulisan 'im' yang bermaksud puteri kepada permaisuri im.

Sepasang semua isteri yang baru pulang bekerja terdengar bunyi bayi menangis berdekatan dengan rumah mereka. Mereka pun mencari dan menjumpai bayi perempuan dan dileher bayi itu terdapat rantai dengan tulisan 'im'.

"Siapalah yang sanggup buang bayi ni." ujar Minho.

"Haah la." kata Mina pula.

"Kesian bayi ni , dia tak bersalah." kata Minho.

"Patutnya diorang bersyukur dapat anak , kita yang lama mahukan bayi pun tak dapat. Erm oppa apa kata kita je yang jaga bayi ni." kata Mina.

"Hmm yela biar jela kita yang jaga lagipun kita tiada anak." kata Minho.

"Thanks oppa. Saya namakan anak ini Kim Jisoo. Cantik tak nama tu ?" soal Mina.

"Cantik juga nama tu. Macam tuan punya nama la." kata Minho.

Mereka pun menjaga bayi tersebut sehingga besar dan menganggap nya sebagai anak kandung mereka sendiri.

End flashback.

Di rumah Jisoo.

"Yah Kim Jisoo cepat bangun nanti lambat nak pergi kolej." arah eomma Jisoo, siapa lagi kalau bukan Mina?

"5 minit lagi omma." rungut Jisoo seraya menutup mukanya dengan bantal.

"Wahai anakku Kim Jisoo yang eomma sayangi. Bangun sekarang dah lewat!" kata eomma sambil memerhati Jisoo, bertuah punya budak. Boleh pulak dia tidur, kalau dia tak sayang dah lama dia campak budak ni keluar rumah.

"Yela." kata Jisoo lalu bangun dan masuk ke dalam tandas. Nak tak nak dia ikutkan juga kata ii eommanya. Maklumlah anak yang mendengar kata bukan.

Skip

Jisoo keluar dari biliknya dan menuju ke dapur untuk sarapan.

"Morning eomma , appa mana ?" soal Jisoo apabila melihat hanya eommanya seorang yang berada di dapur. Mana appanya?

"Awal ii lagi appa kamu dah pergi kerja." balas eomma.

"Oh ok la omma jisoo nak pergi kolej dulu." ucap Jisoo.

"Yela ii. Pergi kolej sorang ke dengan kawan?" soal eomma Jisoo.

"Pergi dengan Jinyoung dan Rose." balas Jisoo.

"Ok jangan balik lewat sangat tau." pesan eomma.

"Yeye bye." kata Jisoo lalu keluar dari rumah itu dan menuju ke kafe.

Mikrokosmos Cafe

"Hye korang , mianhei lambat." kata Jisoo seraya duduk diatas kerusi.

"Takpe kitorang tahu yang kau mesti bangun lewat kan." kata Jinyoung sambil tersenyum sinis memandang Jisoo.

"Hehehe." kata Jisoo.

"Dah jom la kita masuk kolej." kata Rose.

"Jom." kata Jinyoung dan Jisoo serentak.

Skip masuk kelas

"Kau tengok tu jin , budak tu dah datang la." kata Namjoon kepada Jin.

"Budak mana pulak kau ni?" soal Jin.

"Yang baru masuk tu , hyung ingat dia tak?" soal Jungkook.

"Tak." balas Jin selamba.

"Ish mesti hyung ni suka makan semut sebab tu la tak ingat." kata Jungkook lalu bermain phonenya.

"Amboi, bertuah punya budak." kata Jin namun Jungkook hanya mengendahkannya sahaja. Main game lagi bagus dari layan hyung bak kata Jungkook.

"Dia la budak yang hyung selalu buli masa dekat highschool dulu. Tapi sekarang dia dah lain sikit la. Kau tengok tu , pakaian dia pun dah ada style tak macam dulu budak nerd 😂." kata Taehyung sambil memerhati Jisoo.

Jin hanya menganggukkan kepala, betul juga tu.

Jisoo berjalan masuk ke kelas lalu mencari tempat kosong malangnya tiada tempat kosong.

"Rose , aku nak duduk mana ni ? Takde tempat kosong." rungut Jisoo kepada Rose.

"Eh kau ni ada la tempat." kata Rose yang meletakkan beg galasnya.

"Mana ?" soal Jisoo.

"Sebelah Jin." kata Rose sambil menghalakan tangannya ke arah kerusi disebelah Jin.

"Aku taknak , dia selalu buli aku dulu." rungut Jisoo.

"Tu dulu maybe sekarang dia dah tak berminat nak buli kau lagi so pergi jela duduk dekat tepi dia." kata Jinyoung pula.

"Yela ii semua ni sebab aku terpaksa je." rungut Jisoo lalu pergi ke sebelah Jin.

"Weh Jin budak tu duduk tepi kau la." kata Jhope.

"Ikut suka dia la nak duduk mana pun , aku tak kisah pun." balas Jin.

"Hye korang." sapa Jinyoung.

"Oh hye Jinyoung." balas Jungkook.

"Kau datang sekali dengan Jisoo ke ?" soal Jimin.

"Ye sekali dengan Jisoo dan Rose. Kenapa tanya ?" soal Jinyoung.

"Takde pape la." kata Jimin.

"Kau jangan nak buat benda macam dulu ye Jin. Kesian dia." pesan Jinyoung.

"Tengok la dulu." kata Jin acuh tak acuh.

"Ape la Jin ni , tak berubah langsung." kata Suga.

"Biar la." kata Jin pula.

Tbc

Ni adalah ff kedua yang Sya tulis sendiri. Actually ni dah lama ditulis tapi diedit oleh Sya. Kalau korang tengok banyak yang berubah dan Sya ada tambah sedikit perkataan yang Sya tak pernah tulis. So enjoyy. And Sya akan unpub chapter yang Sya belum edit.

Vote dan comment
Jika ada sebarang typo sila abaikan
Sekian terima kasih
Sila tunggu next chapter okey👌

[ EDITED : 02/08/20 ] by soochim-

[✓] Saranghae Princess!Where stories live. Discover now