ADEENA mengemaskan shawl berwarna cream yang dipakainya. Dia menilik pemakaiannya dari atas hingga ke bawah.
Perfect.
"Orang kalau dah cantik pakai la apa pun tetap je cantik."
Adeena menjeling Sophea yang mula melabuhkan duduk di birai katil miliknya.
"Sophea..."
Gadis yang bernama Sophea itu memuncungkan bibir tatkala Adeena menyeru namanya dengan meleret.
"Kau dah kenapa?" Adeena tersengih.
"Aku rasa aku dah ter-fall in love la."
"Wait...what?! Siapa lelaki yang malang tu?"
Adeena memukul paha Sophea yang berlapik dengan sehelai seluar tidur. Dia memasamkan wajahnya.
Huh merajuk!
"Ish! Ye la...Adeena sayang...siapakah gerangan lelaki yang terpaling bertuah tu?"
Sophea memandang wajah cantik Adeena yang seakan sudah dilamun penyakit angau.
"Tengku Aiden Nathaniel."
Jatuh rahang Sophea ketika sebaris nama itu diutarakan oleh Adeena.
"Kau dah gila ke Adeena!? Tengku Aiden Nathaniel. CEO syarikat Niel's tu?" Adeena mengangguk tanpa bersalah.
Jam yang terlilit di pergelangan tangannya sesekali di lihat. Sebentar lagi dia mahu keluar 'dating'. Dengan siapa lagi kalau bukan dengan Tengku Aiden Nathaniel.
Cukup dalam masa dua minggu dia mengenali Aiden. Lelaki berwajah dingin itu melamarnya untuk menjadi kekasih hati.
Tidak pula dia menolak dengan lamaran lelaki berwajah kacak itu.
"Dah tutup mulut kau. Aku nak keluar."
Sophea bangun dari duduknya lalu menghalang laluan ke pintu keluar.
"Kau tak habis lagi dengan aku Adeena Davina."
Sophea merenung sepasang mata cantik milik Adeena dengan penuh tanda tanya.
Gadis yang mempunyai anak mata berwarna hazel itu mengeluh, bahu kawan baiknya ditolak perlahan ke tepi.
"Aku nak keluar la Sophea. Nanti balik aku story dengan kau." Sophea merengus tidak puas hati.
"Alaaaaaaaaa Adeena." Tidak mengendahkan rayuan dari Sophea, Adeena keluar dari biliknya.
"Adeena Davina aku ikut kau!"
AIDEN tersengih kecil apabila melihat wajah cemberut Adeena atau lebih tepat kekasihnya?
"Kau ni Sophea kacau je date aku dengan Aiden." Sophea mencebik.
"Kau tak belajar agama ke Adeena? Aku sebagai kawan baik yang amat sayangkan kau, tak nak la kawan aku ni buat dosa berdua-duaan dengan ajnabi."
Adeena memuncungkan bibirnya terasa dengan kata-kata dari Sophea.
"Aku baru je convert to Islam lapan bulan yang lepas. Iman di dada masih lagi cetek tak macam kau."
Kata Adeena berjauh hati. Aiden berdehem bagi meredakan suasana. Adeena dengan muncungnya, Sophea kawan baik Adeena pula dengan selamba menghabiskan makanan yang tersisa di dalam mangkuk makanannya.
