Setelah habis sesi meluah dekat tanah perkuburan bersama cik jeon aera , kami bercadang nak jalan jalan . HAHAHAH .
"Kau memang suka jalan jalan dekat taman namsan ni ke ? " Aera mengangguk perlahan .
"Taman ni tak ramai orang . Tenang . Angin dia pun segar . Sesuai sangat untuk orang yang nak dating" aku berhenti apabila dengar jawapan aera . Macam pernah dengar .
Flashback
"Kenapa awak suka sangat dekat taman namsan ni ?" Soalku kepada ha eun .
"Tak adelah . Tempat ni best sangat . Sunyi , sebab tak ramai orang . Angin pun segar , sesuai untuk saya . Lepastu , tempat ni sesuai untuk orang yang tengah dating macam kita" kata eun sambil tersenyum .
Alalaalala , cairlah aku dekat sini . Dahlah senyuman dia tu manis gila .
Endflashback
"Yeonjun ?" Aku tersentak apabila aera memanggil ku sambil melambai lambaikan tangannya .
"Haa ?? Kenapa ?" Aera mencebik dengan muka masam .
"Awak kenapa ? " aku tersenyum nipis lalu menggeleng perlahan . Takkan lah aku nak cakap dekat dia aku teringatkan Ha Eun .
"Kau nak ais krim tak ? " Aku menokar topik apabila terlihat pakcik jual aiskrim dekat tepi . Aku menarik tangan aera supaya dia tak jalan macam siput .
"Kau nak aiskrim apa ? "
"Coklat ! Tak nak strawberi atau pun vanilla . Tak sedap" aku terdiam seketika . Semakin aku kenal dengan aera ni , semakin banyak persamaan antara dia dan eun .
Bukan niat nak menyamakan mereka . Tapi , sedikit sebanyak perangai aera buatkan aku teringat dekat perangai Eun .
"Aiskrim coklat dua" mula lah tangan pakcik itu mengaut aiskrim coklat didalam bekas ke dalam kon aiskrim .
Satu aiskrim diberikan kepada Aera . Mula lah keluar perangai kebudak budakan aera apabila mendapat aiskrim tersebut .
Aku hanya menggelengkan kepala . Boleh tak kalau aku nak cubit pipi dia . Comel !
"Perangai tu matang sikit tak boleh ke ? Macam aku tengah berjalan dengan anak buah aku je sekarang ni" kataku lalu meninggalkan aera di belakang yang tengah terkebil kebil .
"Tunggulah saya !"
.
.
.
.Aera POV
Aku tak sedar pun sekarang dah pukul 5 petang . Lepas yeonjun kena call oleh seseorang tadi , disitulah baru kami berpisah .
Tak pasal pasal dapat dating satu hari . Hehehe . Ish aera , jangan macam macam .
"Haa . Pergi mana pukul 5 baru balik ?" Aku memandang kearah seorang lelaki dipintu . Siapa lagi kalau bukan oppa terchenta ku .
"Alaa . Bukannya Ae balik tengah malam pun . Yang oppa nak sibuk kenapa" aku mencebik lalu berlari masuk kedalam rumah sebelum jungkook mengetuk kepala fab ku .
Dia tu suka ketuk kepala aku . Tu yang aku ada sewel sikit . Aku mengaku okay ?
"Ae ! Buatkan oppa ramen !" Aku memejam mata rapat . Ish dia ni ! Tangan dengan kaki dia tu dah tak berfungsi ke !
Aku terpaksa akur lalu membuatkan dia ramen yang paling sedap di dunia . Dengan sedikit perisa tambahan . HAHAHAHAHAHAAH .
Nak tahu apa ? Tunggu kejap lagi .
15 minit aku memasak ramen , aku meletakkan perisa tambahan kedalam mangkuk tersebut lalu diberikan kepada jungkook .
"Nah . Iklaas daripada hati Ae . Oppa makanlah perlahan lahan . Nanti tercekik pula" aku menghadiahkan senyuman manis dengan senyuman jahat yang diselitkan .
YOU ARE READING
[C] Protective || C.Y.J
FanficMana sahaja aku pergi , pasti ada dia . Choi YeonJun . Ya . Dia assistant dan driver abang aku merangkap kawan baik abang aku . "Oppa akan pastikan Ha Eun selamat" Min Yoongi . "Cik Ha Eun nak apa apa lagi tak ? saya sedia nak tolong awak walaupun u...