Aku menatap gambar keluarga yang menjadi wallpaper laptopku. Hari ni hari cuti,mesti ibu dan abah akan bawa adik-adikku yang lain keluar bercuti. Huh! Mesti mereka tengah bergembira tanpa aku.
Aku melihat jam tangan yang sememangnya aku tak tanggalkan dari pergelangan tanganku. Aku memang sayang sangat dengan jam tanganku ini. Aku sentiasa memakainya tidak kira kemana aku pergi. Jam tangan ini adalah pemberian pertama ibuku. Tak hairanlah sebab aku memang jenis menghargai. Apa sahaja yang dinamakan pemberian,akan aku simpan sebaik mungkin.
" Mana Sheera ni... " Huh! Aku tak patut percayakan orang Melayu. Dah satu jam lebih aku duduk di kafe ni,bulu kening pun tak nampak lagi. Aku baca balik pesanan yang dia hantar tadi.
Yana,aku dah sampai sebenarnya,tapi kau tau kan malam tadi aku makan apa? Hehe... So,lima minit lagi aku sampai. Kalau aku tak sampai jugak,baca whatsapp ni lagi sekali.😘
Banyak la kau. Kalau aku baca lagi 10 kali,boleh tambah sejam lagi aku jadi penunggu kat kafe ni.
Aku mengalihkan pandangan ke arah sekeliling kafe. Mana tahu Sheera ni muncul dari mana-mana sudut yang aku tak jangka. Bukannya aku tak kenal Sheera ni. Sehari kalau tak buat aku tak terkujat boleh sakit agaknya. Oh,lupa nak cakap. Sheera ni kawan baikku dari sekolah menengah lagi. Tak sangka jodoh kami kuat,sama-sama sesat belajar di London. So,tak menghairankan kalau dia sanggup malukan aku dikhalayak ramai. Mungkin bila-bila masa dia akan cuba malukan aku. Heh,marilah. Aku dah sedia wahai Nurshaheera!Pintu masuk kafe dibuka. Mataku tertumpu pada lelaki yang bertubuh tinggi dan berkaca mata hitam yang sedang elok membuat grand entrance di dalam kafe,seolah-olah ada karpet merah yang terbentang untuknya. Jalannya penuh yakin,langsung tak pedulikan mata-mata yang memandang. Padanlah dengan wajah kacaknya. Tapi entah kenapa,aku macam pernah lihat wajah itu.
"Yana!!"
"Oh mak kau mamat hensem!" Haa kan dah keluar kuasa aku. Mata yang sedari tadi melekat pada wajah lelaki itu terus dialihkan.
Alamak! Dia nampak.Perhatian yang sebentar tadi diberikan kepada lelaki tadi berganti padaku. Tak cukup dengan itu,lelaki itu pun turut sama memberi perhatian sepenuhnya kepadaku. Aku tersengih kepada mereka,sambil mulut terkumat-kamit mengungkapkan maaf. Dari hujung mata aku nampak mamat kacak tu turut sama tersenyum sungging kepadaku. Aku menjeling Sheera yang sedang sengih tak bersalah di hadapanku.
"Kau ni! Janganlah buat aku famous kat sini."
Marahku kepada Sheera. Suara separuh dibisikkan. Cukup lah perhatian orang ramai untuk hari ini."Tulah hang,dari tadi aku duk lambai kat hang,sikit pun hang tak menoleh. Sibuk duk usha mamat tu!"
Alamak,kantoi.
"Alah,bukan selalu dapat cuci mata pagi-pagi. Lagipun,aku macam kenal lah dia tu?
Macam pernah nampak.."Aku memegang perutku. Kenapa tiba-tiba memulas wahai perutku yang kempis?
"Weh,aku nak gi toilet kejap. Turn aku pulak untuk melepaskan segalanya."
"Pucuk dicita ulam mendatang." Suara separuh dibisikkan,namun masih mampu menyapa telingaku. Dah mula dah dengan peribahasa merapu dia.
Mulut Sheera terkumat-kamit. Kenapa lah pulak budak ni? Jangan kata dia nampak benda yang tak patut nampak siang-siang buta ni?
"Kenapa kau?"
Kalau ikut gerakan mulutnya,aku nampak dia tengah cuba cakap, 'Yana,belakang kau!'
Curiosity kills the cat. Ya,sebab nak tahu aku pusingkan badan. Dan perut aku yang sedang elok memulas kini dipulas. Terus hilang rasa nak membuang. Di depanku kini ada seorang lelaki tinggi yang kita mengumpat tadi. Satu persoalan,kenapa dia datang sini? Lagi satu,kenapa dengan senyuman tu??